IP

Friday, July 23, 2010

Jiwa yg sensitif

Keadaan mengajar kita tentang kehidupan, mengajar kita untuk berdepan dgn semua org. Pabila kita setiap masa berkomunikasi, ada ketikanya membuatkan jiwa kita tersentuh. Jiwa kita satu bende yg cukup sensitif. Perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Apabila sesekali terusik atau mengusik, ianya perlu dibelai dan dipujuk, insyallah akan sejuk juga akhirnya. Akan tetapi ada ketika ianya menjadi sebaliknya, menjadi dendam yg membara.

Jiwa akan tersentuh tidak kira dari siapa dan bagaimana. Selalunya jiwa akan senang terusik jikalau datangnya dari org yg dekat dgn kita; org kita syg, kwn rapat, saudara mara, kaum keluarga, suami atau isteri, anak2 etc etc. Cuma terpulang lah bagaimana ianya terusik. Adakah ianya mudah atau sukar untuk diubati. Selalunya jiwa akan senang sembuh jikalau org yg mengusik itu yg memujuk atau membelai.

Ada yg menasihati ku “Jgn biarkan jiwa yg terusik tu terlalu lama kerana ianya akan membawa kepada kekerasan jiwa. Ubatlah dan maafkanlah”

Sering sy terpikir dan berharap supaya ianya tidak membawa sy kepada dendam yg berkesudahan, menjadi kejam, sukar memaafkan dan member peluang etc etc.

Kehidupan…

No comments:

Post a Comment