Friday, April 27, 2012

Jualan Hari Wesak

Tempat : Hadapan Summit USJ
Masa : Tah (gerai tengah setup)

Sent from U Mobile

Thursday, April 26, 2012

Ingatan tulus ikhlas

From saudara Lukhman S bb:

Jika anda mahu menjadi seseorang dalam hidup, jika anda mahu mencapai sesuatu, jika anda mahu menang, selalulah  mendengar kata hati mu, dan jika ianya tiada memberi  sebarang jawapan, Mohonlah dan ber DOA dengan penuh kesungguhan dan keyakinan serta fikirkan dan bayangkan kedua dua orang tua mu.

Dan kemudian anda akan dapat mengatasi segala halangan, semua masalah akan selesai, kejayaan akan jadi milik mu, hanya untuk mu …..

Sent from U Mobile

Monday, April 23, 2012

Pelajaran dari kekhilafan diri .... part II


.... part II
Manusia umpama nakhoda yang belayar di lautan. Sebagai nakhoda kita punya arah dan destinasi tersendiri. Tetapi tiupan angin, pukulan gelombang dan cuaca tidak selalunya menyebelahi kita. Kita akan tersasar dari destinasi jika menurut sahaja tiupan angin.
Sebaliknya kita akan patah, jika  terus berkeras menentang tiupannya. Jadi, apakah kita menjadi 'Pak Turut' yang terpesong tanpa prinsip dan haluan? Atau bersikap keras, rigid dan akhirnya patah kerana kedegilan melawan gelombang?
Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we can't direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan manusia, sebagai khalifah.
Ramai manusia yang tidak suka berubah. Ada yang bersikap selamba dengan apa yang berlaku pada diri dan sekeliling mereka. Mengapa? Sebab perubahan menagih kesusahan. Orang yang berhijrah terpaksa meninggalkan zon keselesaan.
Pelajaran dalam hidup datang bersama tuntutan perubahan. Selalunya kita mengharapkan keadaan, individu lain dan peristiwa berubah barulah kita mahu dan mampu berubah. Sedangkan kita mesti berubah dulu, barulah keadaan, peristiwa dan individu lain berubah akibat perubahan kita.
Ingatlah, setiap kali sesuatu menimpa kita adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Jangan kita ada sikap bertangguh supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat.
End.

Note:
I'm sorry mr editor. i can't remember where i got your writing but it is very good writing. i'm simplified the text for my own understanding and for the people who read my blog.

Pelajaran dari kekhilafan diri


Kalau ditanyakan kepada orang tua, bilakah masanya mereka rasakan terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan?. Mereka akan menjawab, "semasa kami masih muda" kerana banyak perkara yang tidak sepatut dibuat, telah dibuat.
Kebanyakan dari kita tidak menyedari hakikat ini sehinggalah meningkat usia. Umumnya, kita lambat belajar di 'universiti kehidupan' ini. 'Kurikulum' pelajaran yang sepatutnya telah difahami di peringkat awal tetapi hanya difahami apabila usia kita meningkat.
Alam adalah sebuah 'universiti'. Setiap manusia adalah para pelajarnya dan berterusan belajar. Hidup adalah siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Mungkin inilah maksud "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."
Jika difahami, pelajaran ini memberi panduan dan suluh kehidupan tetapi sekiranya gagal, maka hidup akan huru-hara dan akan menempuhi keadaan yang tidak menentu.
Kurikulum tersusun mengikut tahap usia dan tempoh kedewasaan. Justeru, di peringkat awal, asasnya perlu difahami sebelum menghadapi usia dewasa yang lebih mencabar. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' pada awal usia terpaksa dibawa ke peringkat tua atau ’repeat’ seperti pelajar universiti yang gagal dalam peperiksaan semester.
Ada ketika kita sendiri melalui proses transisi. Proses dimana jiwa, akal, nafsu, emosi dan elemen dalaman sedang bergolak mencari identiti diri, krisis pemikiran, ingin mencuba, perubahan biologi dan macam-macam lagi. Di saat ini kita akan menemui pelbagai situasi seperti suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan.
Sesungguhnya semua itu tidak berlaku sia-sia melainkan ada pelajaran yang dibawanya untuk difahami dan dihayati kerana jika tidak, kita terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali.
Bezanya ialah ada diantara kita yang cepat belajar dan ada yang tidak pernah atau lambat belajar. Yang belajar, akan 'naik kelas', yang tidak, terpaksa belajar yang sama berkali-kali. Kita perlu akur bahawa setiap yang berlaku ada unsur pengajaran dan didikan. Setiap peristiwa, pahit atau manis, baik atau buruk adalah guru yang mengajar kita. Semua yang berlaku ada tujuan yang tertentu. Apa yang berlaku adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah.
Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu 'kesempitan' wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Apakah tujuan pelajaran yang datang  dan pergi dalam hidup kita?
Ianya adalah untuk mengubah kita ke arah yang lebih baik. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup ini sendiri adalah satu proses perubahan yang berterusan. Perubahan sentiasa berlaku. Kita akan kalah jika kita tidak berubah. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jika tidak, kita juga terpaksa berubah tetapi mengikut kawalan orang lain atau keadaan sekeliling.
.... end of part I

Saturday, April 21, 2012

Pernahkah…

Di saat kita sedih dan kecewa tidak ada sesiapa pun di sekeliling kita yang dapat kita jadikan tempat curahan hati, melembut jiwa, membelai rasa sedih dengan kasih sayang?

Itulah saat di mana TUHAN ingin kita berbicara kepada-Nya, merayu kasih pada NYA, melepas segala kesedihan kita pada nya...Renungkanlah,
Sent from U Mobile

Wednesday, April 18, 2012

Mind twister

... in Bahasa Malaysia

P3S4N4N 1N1 UN7UK M3M8UK71K4N 84941M4N4 074K K174 80L3H M3L4KUK4N P3RK4R4 H3847 . P3RK4R4 M3N4KJUBK4N . P4D4 4W4LNY4 494K 5UK4R 74P1 K1N1 074K 4ND4 5UD4H 80L3H M3M84C4NY4 53C4R4 4U70M471K . 74HN14H ! H4NY4 0R4N9 73R73N7U 54H4J4 Y4N9 80L3H M3M84C4 73K5 1N1 . 70L0N9 F0W4RD J1K4 4ND4 80L3H M3M84C4 73K5 1N1

Sent from U Mobile

Stories about dad


..... Someday I'll be like my arwah dad...
Sent from U Mobile

Bila dah terpaksa

Td tolong abg wat hwork. Liat ya amat. Subject membaca. Dari bule baca pelan2 terus xde bunyi. Sy tau dia penat. Jadual pack dari pagi smpi kul 9:30pm. Pastu nak wat hwork lg. Kesian pun ada. Mmg dia terpaksa.

Dh la subject dia x minat. Kalu kasi maths ke science xdela camtu gayanya. Mungkin ikut style sy. Dulu sy sekolah rendah pun sama. Subject baca je lelap. Sekolah menengah je baru ada minat. Along angah pun show same symptoms. Bila dh terpaksa creativity pun kurang.

Sy pun sama. Sy tau now sy salah bidang. Bila keje hr, byk mende kena membaca n be creative dlm mengarang. Tu yg jd terpaksa. Tu yg bila bgun pagi mmg terpaksa bawa diri ke opis. Really dragging my feet. Tp buat masa ni apa boleh buat sbb tu periuk nasi to support my family. Mmg terpaksa layan.

Byk cth bila dlm keadaan terpaksa. Terpaksa tunjuk muka baik bila dpn mertua. Terpaksa lyn org yg kekadang rasa nyampah sbb nak jaga air muka. Terpaksa buat things yg against our principle. Terpaksa berborak thou xde topic nak borak. Terpaksa this terpaksa that. Mmg penat.

Somehow I wish I can be selfish. Dun give a damn apa people say bout me. Tp sy hidup bermasyarakat. Kalu dok dlm gua sorg diri lainlah. Be cruel. Terpikir gitu. Tu yg kekadang kita mkn diri. Tp pikir balik, nabi lagi teruk dugaan. Cabaran dia nak tegakkan Islam dimuka bumi. Tp sy ngaku sy x penyabar cam nabi. Mmg niat nak gitu. Tu yg terpaksa.

Dlm rship pun sama. X kisah la berkawan ke, bercinta ke, berkahwin ke, kita terpaksa hadapi kerenah the other party yg kekadang really contradict. Terpaksa layan thou kekadang really menyakitkan hati esp bila the other party x jujur ke, bohong ke, curang ke, etc etc yg kekadang mmg jelas nmpk dpn mata tp x ngaku or x ckp. Kena lak kita syg that person. Mmg terpaksa.

So apa solution or moral of the story (kwn sy suka beno guna ayat tu)?

Tah. Sy xde jwpan. Sy pun hadap je. Mungkin kena ada open communication ke, talk heart-to-heart ke, improvise ke, eliminate ke, ignore ke, or others.

Tp I know, 4 me, I need to start somewhere. Kena ada cut off. Time is against me. Smpi bila kan. People say life begins at 40. Maybe now is the time for me to start something. Do or die. Prepare for any consequences. If I need to start from scratch, so be it. Selalu sy buat swot analysis. Mungkin dh x relevant kot.

Hmmmm pilihan yg sukar but as always, 1st step is always the hardest things to do. Kena kuat determination.

May Allah kabulkan niat sy.....

Nite....

Sent from U Mobile

Sunday, April 15, 2012

Bila gambar berbicara

..... yg manakah kita?

Sent from U Mobile

Saturday, April 14, 2012

BBM

Very cute n simple n says everything. Kekawan post kat BBM Group. Jiwang pun ada haha...

Buat sy tersenyum hikhikhik....


Participants:
-------------
asri, -̶̶•-̶•̸Ϟ•̸J ǑŦǍǏ Ƨ̷ЄМ̤̈ǙŦ ptt •̸Ϟ•̸-̶̶•-̶ *MY* <3¥øu'®

Messages:
---------
-̶̶•-̶•̸Ϟ•̸J ǑŦǍǏ Ƨ̷ЄМ̤̈ǙŦ ptt •̸Ϟ•̸-̶̶•-̶ *MY* <3¥øu'®:
Kdg2 sya BBM awk..
Kdg2 tidak..
Kdg2 sya reply..
Kdg2 tidak..

Tapi jgn risau, brpe
byk kdg2 tue..
Awk tetap "KAWAN" sya

Bkn utk kdg2..
tapi utk
SELAMANYA(",)

I <3 my friends :*

Sent from U Mobile

Kenapa berbohong

Tadi abang nak auta kata takde homework. Rupanya malas nak kaler2. Bila paksa muncung je. Tapi kenapa abang auta? Is it sebab saya yang mengajarnya?

Try google and here is few reasons:

Anak yang berbohong ternyata banyak ragamnya. Ahli psikologi membahagikannya kepada tujuh golongan iaitu:

i. Bohong imajinatif.
Biasanya anak senang berfantasi kerana rnengimpikan sesuatu. Apa yang dibayangkan dalam fikirannya sering diungkapkan dalam bentuk gambar. Dia tidak dapat menerima perbezaan antara imajinasi dan realiti. Apa pun yang dikatakannya dianggapnya realiti, padahal orang dewasa menganggapnya sebagai pembohongan.

Mendengar cerita dapat memberi pengaruh yang besar kepada anak. Pada suatu ketika, dia menganggap dirinya sebagai pahlawan dan berikutnya, dia menganggap sebagai doktor ahli bedah. Imajinasi seperti itu adalah petanda yang si anak memiliki akal yang sihat. Ibu bapa tidak perlu khuatir. Tetapi bila perlu, ibu bapa mesti menjelaskan kepada anak siapa dirinya yang sebenar.

ii. Bohong ambiguiti.
Seorang anak mungkin berkata bohong kerana dia tidak secara tepat mengetahui sesuatu kejadian atau kerana membesar-besarkannya. Kadang-kadang dia tidak mampu menjelaskan sesuatu kejadian secara terperinci dan tidak dapat mengungkapkannya secara efektif. Dalam keadaan seperti ini, ibu bapa harus bersabar menghadapinya sambil mencari kebenaran daripada kejadian yang diceritakannya.

iii. Bohong minta perhatian.
Ramai ibu bapa kurang memperhatikan anak mereka, misalnya apa keinginan dan pandangan anak. Bahkan ibu bapa sering melarang anak melakukan sesuatu di depan orang ramai hingga menimbulkan sakit hati pada diri anak. Keadaan ini akan dapat menimbulkan gangguan kejiwaan seperti perasaan tertekan kepada anak. Anak juga belajar berbohong untuk menarik perhatian orang lain terhadap dirinya.

Dalam keadaan ini, seorang anak mungkin misalnya, berpura-pura berlari sambil berteriak: "Rumah pakcik terbakar!" Ketika seluruh anggota keluarga terkejut dan berlari menuju rumah yang disebutkan, si anak berasa senang kerana dengan berbuat demikian dia membalas sakit hatinya. Salah siapa apabila anak berbohong seperti itu?

iv. Bohong kerana dendam.
Kadang-kadang anak bertengkar dan bahkan berkelahi sesama sendiri atau antara adik beradik. Biasanya seorang daripada mereka akan menaruh dendam dan cuba mencari sokongan ibu bapa dengan menuduh yang lainnya berbohong serta dialah yang benar. Ibu bapa atau pendidik harus berhati-hati untuk tidak cepat memihak, apatah lagi pertengkaran atau perkelahian antara anak biasanya tidak mempunyai alasan munasabah. Sebaik-baiknya, ibu bapa berusaha mendamaikan dan berbicara dengan baik pada anak yang berbohong sambil membimbingnya mengatakan apa sebenarnya terjadi.

v. Bohong membela diri.
Bohong jenis ini biasanya dilihat dalam keluarga iaitu ibu bapa bersikap kuku besi. Anak, kerana takut mendapat hukuman fizikal atas kesalahan yang dilakukan, lalu bercakap bohong. Jika keluarga itu diliputi suasana yang intim, anak tidak perlu berbohong. Bahkan mungkin dia terlebih dulu menyatakan persoalannya dan mencari bantuan ibu bapa untuk memecahkannya, atau dia dengan terus terang menjelaskan alasan tindakannya.

Bohong jenis ini sering terjadi berkaitan kegiatan sekolah. Banyaknya kerja rumah yang tidak dapat diselesaikan di rumah menyebabkan anak berbohong untuk menghindarkan hukuman. Dalam hal ini, ibu bapa atau pendidik perlu memperhatikan kemampuan anak agar dia tidak dimalukan di depan teman kelasnya, atau kalau tidak, dia akan terpaksa berbohong.

vi. Bohong egois.
Bohong jenis ini digunakan untuk memperdaya orang lain. Dengan berbohong, seorang anak berasa lebih mudah memanfaatkan orang lain untuk memenuhi keinginannya. Bohong jenis ini bukan sahaja terbatas pada anak, malah ia juga terjadi di kalangan orang dewasa.

vii. Bohong untuk menunjukkan kesetiaan.
Anak-anak berbohong terutama di sekolah kerana kecenderungan dan mereka terikat pada teman kelas. Dalam hal ini, pendidik harus selalu berkata benar walaupun keadaan mungkin menimbulkan kerugian sesaat.

Dalam kebanyakan keluarga, berbohong sudah menjadi epidemik dan ramai ibu bapa melakukannya.Mereka menganggap enteng perilaku tidak terpuji itu dan tidak bimbang perbuatan itu boleh menular kepada anak mereka.

Ibu bapa yang bercakap bohong di rumah akan meracuni jiwa anak dan seterusnya meracuni masyarakat untuk menyimpang dari jalan lurus yang diajar agama.Anak tidak hanya membohongi dirinya atau membohongi orang lain malah akhirnya akan membohongi Tuhan.

Anak adalah amanah Allah. Memberi mereka contoh pembohongan adalah bentuk ketidaksetiaan kepada masyarakat dan kepada-Nya.


Ni baru anak ngan ibu bapa. Kita pun sama. Kekadang tu yang terkeluar bohong sunat. Indirectly kekadang kita yang ngajar mereka.

Bila pikir balik, saya pun ada gak bohong. Bohong ngan kekawan, mak ayah, adik beradik etc etc. Bila la nak minta maaf. Haduiiiiii.....

Rasa bersalah especially to people yang saya care.....

Saya minta maaf.....

Sent from U Mobile

Thursday, April 12, 2012

Senyumlah

Satu perkara yang mudah namun ada kalanya ia menjadi begitu sukar. Mengukir senyuman di bibir kadang-kadang menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati.

Dengan senyuman sahaja dapat menjalinkan hati-hati manusia walaupun ada kalanya lisan lidah tidak jelas difahami. Namun dengan hanya menguntum senyuman sudah bisa untuk mentautkan hati-hati yang tersembunyi tapi begitu berarti.

"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam menghadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"

Jika kita berkeyakinan untuk berani berdepan perkara-perkara besar dalam menulusuri arus kehidupan, maka kita akan memiliki semangat dan azam yang besar yang bisa untuk memusnahkan segala bentuk halangan dan dugaan yang bakal menerjah tiba.

Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan  sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman.

Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan.

Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"...

Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata.

Jangan terus bercerita tentang masalah sampai lupa untuk berbicara tentang penyelesaian. Berbahas tentang masalah seolah-olah tiada lagi jalan keluar darinya sedangkan sifat kita sendiri yang suka memperbesarkan masalah. Tidak salah untuk berbicara tentang masalah, namun apa yang paling utama adalah mencari solusi dalam mengatasi masalah itu.

Jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu semalam dan sama sekali ia tidak dapat memberi manfaat jika kita terus diambang kesedihan. Pandanglah ke belakang untuk menilai semula masalah dan mulakan langkah untuk mengatasi masalah hari ini serta teruskan usaha untuk memadam kesedihan hari semalam.
 
Ketika kita sedang bersedih dek kerna kemiskinan mahu pun kesengsaraan yang sedang dideritai, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan lagi kesusahan kita? Ketika kita sedang bersedih di atas kritikan dan kata-kata hina lagi nista pada kita, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan mengobarkan lagi semangat mereka yang selama ini mahu melihat kita terus jatuh?

Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.

Sent from U Mobile

Wednesday, April 11, 2012

Bicara buat teman

By Shidee

Teman...
Sudilah kiranya
Mendengar bicara
Bicara sayu
Dikau semakin jauh
Jauh dariku
Dan pandanganku

Surat pengganti diri
Selalu kukirim untuk dirimu
Namun entah mengapa
Tiada balasan
Yang kau kirimkan

Teman, Mengapa dikau
Tak memahami diriku ini
Teman, Mengapa dikau
Diam menyepi ketika ini

Kiranya aku yang bersalah
Maafkan keterlanjuranku
Teman
Kuatkan semangat
Di dalam menempuh tiap dugaan

Aku tetap berdoa
Dalam menanti kejayaanmu

Sent from U Mobile

Old broken record

Tuesday, April 10, 2012

Kemesraan dan kasih sayang

Kemesraan tidak boleh dipisahkan dari kasih sayang, karana kelembutan cinta-lah yang menjadi pembentuk kemesraan, yang menjadikannya suara yang merdu dan sentuhan yang tembus sampai ke sudut hati.

Dan di dalam keluarga, kemesraan adalah bukti cinta yang mengundang persetujuan Tuhan bagi semua DOA yang meminta kedamaian dan kesejahteraan.

Sent from U Mobile

Sunday, April 8, 2012

Renungan zohor

Kemesraan menghilangkan sudut-sudut tajam pada peribadi kita, menghaluskan permukaan yang kasar, dan menyejukkan sudut-sudut yang panas.

Itu sebabnya, peribadi yang penyayang dan penuh kasih menjadi peribadi pilihan – sebagai belahan jiwa, sebagai pasangan hidup, sebagai partner, dan sebagai pemimpin.

Sent from U Mobile

Friday, April 6, 2012

Sebuah pelarian

Credit to blogger (sorry can't remember where I got this poem)

Berlari aku untuk meleraikan
sesuatu nafas yang telah buntu
harus dileraikan,
persoalan yang memburu
demi jawapan yang tidak pasti,

aku berlari cuba merlepasi sesuatu
atau aku yang dikejar tak menentu,

aku berlari untuk melepaskan diri
atau aku yang hilang arah tuju

aku berlari sendiri
dalam mencari kebebasan hakiki,
sehingga nafas ini belum terhenti lagi,

dan aku berlari lagi,
untuk merasakan ketenangan pada diri,
dan cuba untuk membuangi
segala keresahan dihati ini,

berlari dan terus berlari
supaya hilang segala yang dibayangi,
agar kebahagiaanku
datang menjelma kembali.

Sent from U Mobile

Thursday, April 5, 2012

Quotes & Pedoman

Credit to Lukhman S

1.
jangan pernah ragu untuk melangkah. Bayangkan saja wajah mereka yg kita sayangi…. Melangkahlah demi kebahagiaan mereka

2.
Kehidupan ini ibarat kenderaan yang dikemudikan dengan bantuan roda yang disebut keluarga dan bahan bakar yang disebut sahabat.

3.
Cinta adalah menerima, memahami, dan rela berkorban demi kebahagiaan bersama.
Cinta adalah kekuatan yang paling kuat di dunia. Cinta yang dapat melakukan apa saja

4.
Don't trust too much
Don't hope too much
Don't love too much
Don't hate too much
Because
That too much
Can hurt you so much

Sent from U Mobile

Tuesday, April 3, 2012

Yang remeh temeh

Yang Remeh Temeh - Pak Pandir

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Sent from U Mobile

Sunday, April 1, 2012

Kata-kata Lukhman S

Memberi nasihat itu bagai air yg menitis
Lama kelamaan pecah jugak batu yang keras tapi ada kalanya
Nasihat itu harus diberi bagai mengetuk
Paku di dinding yang keras
Kena hentakkan yang kuat
Semua itu adalah tanda kasih sayang

Seperti kata Tuan Islah kita:
Memberi nasihat ertinya sayang... kalau tak sayang tentu dia hanya membiarkan kita terus dlm kesalahan....

Sent from U Mobile

There was an error in this gadget