Monday, January 30, 2012

Ingatan dari pakar motivasi

From Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah FB page.....

As salamu'alaikum shbt FB & Twitter. Moga Allah rahmati kita semua. Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita. Allah Maha Adil n Maha Penyayang. Moga Allah jadikan kita org yg bersyukur n redha. Wassalam.


Sent from U Mobile

Ingatan ikhlas

Nasihat, teguran dan kritikan sahabat karib adalah jauh lebih baik berbanding pujian dan sanjungan biarpun dari mana ia datang sebagaimana tikaman dari arah belakang oleh seorang yang sangat dipercayai adalah jauh lebih berbisa berbanding keji maki dan caci nista biarpun dari mana ia datang. ~ Ustaz Nasrudin Hassan

Sent from U Mobile

Sunday, January 29, 2012

Juara AJL 2012

Begitulah Awan Nano..... Bagai lilin membakar diri.... Setia menabur bakti.....

http://m.youtube.com/watch?desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3D6zVWQb1jnYU&v=6zVWQb1jnYU&gl=US


Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Sent from U Mobile

Mungkin

Seseorang yang benar-benar menghargai dan menyayangi kita itu sebenarnya tidak perlu dikejar kerana
dia selalu "berjalan" bersama kita...

.... cuma mungkin ada ketikanya kita tidak menyedari atau menghargai.

Setelah ketiadaannya barulah kita menyedari dan menyesali.......


Sent from U Mobile

Andai itu takdirnya

Lipatan sejarah terpapar. Kesusahan mengajar erti kematangan. Kegetiran mendidik erti kecekalan.

Andai kita diuji dengan kematian orang yang kita sayangi, jangan terlalu bersedih doakanlah untuknya. Sampai masa kita pula menyusul.

Andai kita diuji dengan sebuah perpisahan, yakinlah jika kita tidak berjumpa di dunia. Insya-Allah di syurga yang kekal abadi.

Andai kita diuji dengan kemiskinan bersyukurlah kita masih lagi mampu bernafas di bumi tuhan. Jadi banyakkanlah amal supaya kita kaya di sana.

Andai kita diuji dengan kesenangan. Ucaplah Alhamdulillah akan aku agihkan rezeki tuhan kepada yang memerlukan.

Andai kita diuji dengan kesusahan janganlah goyah. Sahutlah cabaran dengan hati yang gagah kerna itu yang mendewasakan kita dalam musafir panjang.

Andai itu takdirnya. Terimalah seadanya. Janganlah berkeluh lalu lumpuh. Ayuh semarakkan perjuangan agar kita mendapat manfaatnya. Setiap musibah ada hikmah. Ubat itu pahit namun menyembuhkan. Jika ingin ke puncak mesti mendaki. Bukannya hanya merenung tanpa bertindak. Yakin akan janjinya.

Sent from U Mobile

Saturday, January 28, 2012

As I walk....

From my friend page :

When I see your humble grace
I can see the light of your charm surrounds me
As I stare, as I touch, as I bend down on my knees

I turn to you everytime I fall
I run and run just to face the truth about you
As my feet stays on the ground
I know I will be alright on your arms

My dearest light of mercy
If this is the way all goes
I have to be ready

My light on the alter of my path
Show me the way
Take my hand
For I always try to reach

The depth of your profound grace
Is take me to this place
The place where I belong
House of light workers carries their dreams

Enlight me beautiful being
Can you see that I'm lost
Torn me apart dearest kind
For I broken everytime I try to see


Sent from U Mobile

Thursday, January 26, 2012

Suatu renungan

Cuba renungkan....

Burung tempua dan sarangnya
Sungguh cantik sarangnya
Dan bergayut tergantung
Dari satu dahan ke satu dahan
Dan punyai satu lubang untuk
Pintu keluar masuk

Dan setiap ekor burung
Tak pernah tersilap masuk
Ke sarang yang lain

Renungkan;

Burung tak pernah ke sekolah
Atau pusat pengajian tinggi

Siapakah yang menjadikan semua itu
Sudah tentu.....

Tuhan yang memiliki segalanya

Sent from U Mobile

SAYA SAYANG AWAK

bila ada orang kata, "sy SAYANG awk"

sy cuma nak tanya, "BETUL ke awk SAYANG sy?"

sya cuma nk minta "kalau betul awk sayang sy, jangan biar sy terus HILANG dalam terang"

"kalau betul awk sayang sy, jangan biar sy TERSALAH ARAH"

"kalau betul awk sayang sy, TUNJUKKAN sy ke arah KEBAIKAN"

"kalau betul awk sayang sy , tolonglah sy... agar kasih sayang antara kita, BUKAN hanya di dunia , tapi hingga ke syurga"

kalau TIDAK, maka janganlah pernah ungkapkan "SAYA SAYANG AWAK"

sebab saya TAKUT, kata sayang itu hanya gula² dibibir awak yg SIA-SIA, tidak memberi sebarang makna menyebabkan ia menjadi ayat BIASA yang tiada HARGA lagi....

kerana 'sayang' tidak akan membiarkan yang disayangi MENZALIMI DIRI


Sent from U Mobile

Tuesday, January 24, 2012

Lagu untukmu

Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah


Sent from U Mobile

Sunday, January 22, 2012

Jiwang

Lirik Untuk Kamu – Hafiz (OST Ombak Rindu)

Raut wajah…Mendamaikan…
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata…Mempersona…
Bagai gugur seluruh jantungku…

Aku Ingin engkau tahu…
Cinta aku satu…
Tercipta buat dirimu..
Hanya… Untuk kamu…

Huuu…Huuu…Huuu…
Huuu…Huuu…Huuu…

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu…..
Tercipta buat dirimu…
Hanya untuk kamu…

Sent from U Mobile

Saturday, January 21, 2012

Kekuatan Untuk Terus Bersabar

From ILoveIslam.com


Pernah suatu hari seorang sahabat nabi yang bernama Khabab ibnu 'Arat R.A datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada baginda dengan soalannya, " bilakah kita akan menang wahai Rasulallah?"

Sahabat nabi yang bertanya ini sebenarnya telah mendapat seksaan dan ujian yang teruk. Badannya dipanggang sehingga diriwayatkan lemak di badannya mencair dan menitik ke lantai.

Akibat tidak tertahan dengan seksaan yang diterima maka beliau bertanya kepada Baginda bilakah masanya Islam akan menang mungkin dengan harapan agar Islam segera dinaikkan dan umat Islam terus menjadi dan dihormati.

Namun itu tidak terjadi. Rasulullah akhirnya memujuk beliau dengan lembut tetapi tegas melalui kata baginda, "Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji."

Apa perasaan kita mendengarkan kata-kata seperti ini?

Bukankah kata-kata ini juga sebenarnya ditujukan kepada kita?

Tdakkah ada dalam diri kita sedikit kekuatan untuk terus bersabar menghadapi kesusahan hidup dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah?

Sesungguhnya kehidupan dunia bagi seorang muslim sememangnya ibarat penjara yang memenjarakan jasad dan pergerakannya. Kerana dunia ini sementara, dijadikan Tuhan hanya untuk menguji hamba-hambaNya siapa di kalangan mereka yang baik amalannya.

Maka bersabarlah dengan kesusahan melaksanakan suruhan Allah kerana sesungguhnya syurga Allah dan redhaNya sedang melambai-lambai untuk membahagiakan anda di sana.

Marilah beristighfar dengan penuh kesedaran.

Sent from U Mobile

Thursday, January 19, 2012

Muhasabah diri

Pernahkah kita merenung, bahawa kehidupan kita berlalu dengan pantas begitu saja. Perubahan pada diri kita pun tak bisa dihindari kerana selalunya akan terabai, terlupa dan terlalai. Walaupun ianya boleh dilakukan bila-bila saja.

Yang pasti selalunya akal pikiran akan dipenuhi hal-hal yang buruk dan sangat destruktif.

Sering kita tidak sedar, bahawa kita diciptakan sebagai manusia yang memiliki kemampuan berfikir yang luar biasa.

Jika demikian, kita mau kemana? Kita jarang memikirkan hal ini, hanya akan menyesal di masa-masa mendatang.

Menghindari untuk berfikir dan merenungkan hal-hal yang boleh membataskan diri hanya akan melemahkan kekuatan potensi akal dan membuatkan kita tidak bergerak.

Padahal, kelumpuhan akal sangat berbahaya bagi kewujudan manusia, kerana mereka akan mengalami kesukaran untuk membezakan hal yang benar dari yang salah.

Mereka tidak mampu membangkitkan kesadarannya untuk memahami peristiwa-peristiwa yang luar biasa yang terjadi disekitarnya.

Adakah kita berpikir?


Sent from U Mobile

Monday, January 16, 2012

Renungan : Sometimes

From FB ILoveAllaah.com

Sometimes Allah breaks your spirit to save your souls.
Sometimes, Allah breaks our heart to make us whole.
Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves.
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us..
Make plans but understand that we live by Allah's grace.

Ameen


Sent from U Mobile

A BLIND WOMAN AND HER CARING HUSBAND

The passengers on the bus watched sympathetically as the attractive young woman with the white cane made her way carefully up the steps. She paid the driver and, using her hands to feel the location of the seats, walked down the aisle and found the seat he had told her was empty. Then she settled in, placed her briefcase on her lap and rested her cane against her leg.

It had been a year since Safiya, thirty-four, became blind. Due to a medical misdiagnosis she had been rendered sightless, and she was suddenly thrown into a world of darkness, anger, frustration and self-pity. Once a fiercely independent woman, Safiya now felt condemned by this terrible twist of fate to become a powerless, helpless burden on everyone around her.

"How could this have happened to me?" she would plead, her heart knotted with anger. But no matter how much she cried or ranted, she knew the painful truth her sight was never going to return. A cloud of depression hung over Safiya's once optimistic spirit. Just getting through each day was an exercise in frustration and exhaustion. And all she had to cling to was her husband Meraj.

Meraj was an Air Force officer and he loved Safiya with all of his heart. When she first lost her sight, he watched her sink into despair and was determined to help his wife gain the strength and confidence she needed to become independent again. Meraj's military background had trained him well to deal with sensitive situations, and yet he knew this was the most difficult battle he would ever face.

Finally, Safiya felt ready to return to her job, but how would she get there? She used to take the bus, but was now too frightened to get around the city by herself. Meraj volunteered to drive her to work each day, even though they worked at opposite ends of the city.

At first, this comforted Safiya and fulfilled Meraj's need to protect his sightless wife who was so insecure about performing the slightest task. Soon, however, Meraj realized that this arrangement was not working - it was hectic, and costly. Safiya is going to have to start taking the bus again, he admitted to himself. But just the thought of mentioning it to her made him cringe. She was still so fragile, so angry. How would she react?

Just as Meraj predicted, Safiya was horrified at the idea of taking the bus again. "I am blind!" she responded bitterly. "How am I supposed to know where I am going? I feel like you are abandoning me."

Meraj's heart broke to hear these words, but he knew what had to be done. Meraj promised Safiya that each morning and evening he would ride the bus with her, for as long as it took, until she got the hang of it. And that is exactly what happened. For two solid weeks, Meraj, military uniform and all, accompanied Safiya to and from work each day. Meraj taught her how to rely on her other senses, specifically her hearing, to determine where she was and how to adapt to her new environment.

Meraj helped her befriend the bus drivers who could watch out for her and save her a seat. Meraj made her laugh, even on those not-so-good days when she would trip exiting the bus or drop her briefcase. Each morning they made the journey together and Meraj would take a cab back to his office. Although this routine was even more costly and exhausting than the previous one, Meraj knew it was only a matter of time before Safiya would be able to ride the bus on her own. Meraj believed in her, in the Safiya he used to know before she would lost her sight, who was not afraid of any challenge and who would never, ever quit.

Finally, Safiya decided that she was ready to try the trip on her own. Monday morning arrived, and before she left, she threw her arms around Meraj, her temporary bus riding companion, her husband, and her best friend. Her eyes filled with tears of gratitude for his loyalty, his patience, his love. Safiya said good-bye, and for the first time, they went their separate ways.

Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday... Each day on her own went perfectly and Safiya had never felt better. Safiya was doing it! She was going to work all by herself!

On Friday morning, Safiya took the bus to work as usual. As she was paying for her fare to exit the bus, the driver said, "Sister, I sure envy you."

Safiya was not sure if the driver was speaking to her or not. After all, who on earth would ever envy a blind woman who had struggled just to find the courage to live for the past year? Curious, she asked the driver, "Why do you say that you envy me?"

The driver responded, "It must feel so good to be taken care of and protected like you are."

Safiya had no idea what the driver was talking about, and asked again, "What do you mean?"

The driver answered, "You know, every morning for the past week, a fine looking gentleman in a military uniform has been standing across the corner watching you when you get off the bus. He makes sure you cross the street safely and he watches you until you enter your office building. Then he blows you a kiss, gives you a little salute and walks away. You are one lucky woman."

Tears of happiness poured down Safiya's cheeks. For although she could not physically see him, she had always felt Meraj's presence. Safiya was lucky, so lucky, for he had given her a gift more powerful than sight, a gift she did not need to see to believe.

GIFT OF LOVE THAT CAN BRING LIGHT WHERE THERE HAD BEEN DARKNESS :)


Sent from U Mobile

Sunday, January 15, 2012

Why should I care?

Some of the answers / reasons that I can think of:

1. Because you matter.

2. Human beings are emotional and moral beings - we simply aren't capable of observing other people's behavior without reacting emotionally and morally (though not always rightly!) to it.

3. Because we are good at thinking, we can learn to override our initial emotional reactions and behave as detached.

4. We care about other people because we can't help it. When we cease to care altogether, we cease to function as humans.

5. Anytime you do something good, you should do it without expectation of reward - the world doesn't work like that - but for me at least, it is better than living with the fact that i could have helped and didn't.

6. Caring must come near top of the list of how we do things which help define us at our most empathy, giving, tender, reflective and nurturing.

7. Concerning yourself with this question means you care. The fact that you turned your computer on means you care. Specify what it is you care about then you have a non-rhetorical question.

8. Because in the end... why shouldn't you? What else is there to do in the world but care, when everything is the way it is and you've seen what it's like not to care ... how can you afford not to? Caring isn't optional when you've looked at the world. Because deep down inside, you know that you already do. You just shouldn't have to lie to yourself any longer.

9. Because asking "Why should I care?" means that you actually care because you want a reason or justification for your not caring.

10. When you cease to care, it's the defense mechanism 'discounting'. You literally make it nothing. You kill something's existence in your mind and equally kill your cognizance of a situation and a small fraction of yourself.


Sent from U Mobile

Saturday, January 14, 2012

Hati yang perlu dijaga

Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain.

Ketika tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan  akan memikirkan kejelekan orang yang membuat kita tersinggung itu.

Kesan yang biasa ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan. Bila kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal. Stress meningkat. Kerana itu, ketabahan dan kematangan kita untuk "tidak tersinggung" menjadi satu keharusan.

Seharusnya latihlah diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah.

Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita.

Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Kita harus belajar bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan.

Kadang-kadang penghinaan yang diterima adalah kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.

Memaafkan. Memaafkan dengan dada yang lapang. InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…" Surah Ali-Imran ayat 159


Sent from U Mobile

Tazkirah : When I'm alone

When I'm alone, I need company & someone to support me. No one comes to help me except ALLAH !

When I pretend to be strong infront of the world, nobody sees my hidden tears except ALLAH !

When I'm sad and I want a shoulder to cry on, nobody support me but ALLAH !

Pleasing a human is most dificult. Pleasing ALLAH is the easiest.

People sometimes punish me for the mistakes I have not done. ALLAH ignores & excuses the ones that I did.

.
.
.
.
.

That's ALLAH !
The Greatest, The Almighty,
The Most Beneficent.
The Most Merciful And all praise belongs to ALLAH..

Wednesday, January 11, 2012

Ikhlas ke?


Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,

Memberi serela jiwa.

Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tidak bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya,
"Ikhlas ke aku?"
"Ikhlas ke dia?"

Tapi mereka selalu kata,
"Saya ikhlas"
Mereka selalu persoalkan,
"Ikhlas ke?" atau "Macam tak ikhlas je"
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana disebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita diawal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita ditengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita dihujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang dihati.

Ikhlas itu milik Allah.

Hati-hati menjaga hati......

Sunday, January 8, 2012

Berdamai dan muhasabah diri

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka.

Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan.

Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya.

Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Apakah kita puas?


Sent from U Mobile

Saturday, January 7, 2012

Renungan : Tenangkan Hati

Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan bahawa dengan mengingatiNYA hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah zikir?

Justeru, ramai yang mengadu, mengapa hati mereka tidak tenang walaupun telah berzikir ketika menghadapi krisis, ujian dan kesusahan dalam hidup?

Mengapa kita belum mendapat ketenangan walaupun kita telah berzikir dengan kalimah 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar'?

Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama?

Adakah kita tidak yakin denganNYA apabila diuji?

Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

"We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita."

Kemudi dalam diri ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji.

Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kadang-kala kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.

Kita dituntut untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa, namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Maka dengan ujian inilah kita akan meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah.


Sent from U Mobile

Friday, January 6, 2012

RENUNGAN PAGI JUMAAT

MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah oleh Allah. Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi. Firman nya yang bermaksud:-

"Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44).

"Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)

Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah. Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia. Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya. Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.

Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa. Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.
FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13)

Maka kalau begitu tidak boleh kita mengukur kemuliaan seseorang kerana ilmunya, jawatan, kekayaan, keturunan dan lain lain lagi. Lagilah tidak boleh kita merasa diri hina, lemah dan kurang di hadapan seseorang yang lebih tinggi jawatannya atau hartanya atau kekayaannya atau ilmunya dari kita.

Sent from U Mobile

Thursday, January 5, 2012

HANDBOOK HEALTH

GENERAL :
01. Drink plenty of water.
02. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
03. Live with the 3 E's--Energy, Enthusiasm and Empathy.
04. Make time to pray.
05. Play more games.
06. Read more books than you did in 2011.
07. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
08. Sleep for 7 hours.
09. Take a 10-30 minutes walk daily. And while you walk, smile.

PERSONALITY :
10. Don't over do. Keep your limits.
11. Don't take yourself so seriously. No one else does.
12. Dream more while you are awake.
13. Envy is a waste of time. You already have all you need.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
16. Make peace with your past so it won't spoil the present.
17. No one is in charge of your happiness except you.
18. Smile and laugh more.
19. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

SOCIETY :
20. Call your family often.
21. Each day give something good to others.
22. Forgive everyone for everything.
23. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
24. Try to make at least three people smile each day.
25. What other people think of you is none of your business.

LIFE :
26. Do the right thing!
27. GOD heals everything.
28. However good or bad a situation is, it will change.
29. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
30. The best is yet to come.
31. When awake in the morning, thank GOD for it.
32. Your Inner most is always happy. So, be happy.

LAST BUT NOT THE LEAST:
33. Please forward this to everyone you care about, I just did. Have a great 2012!


Sent from U Mobile

Tuesday, January 3, 2012

Kesempurnaan yang dicari

Lahirnya kita ke dunia ini bersih, bersih dari dosa, bersih dengan akhlak terpuji, bersih dengan puji-pujian, bersih dengan kasih-sayang, dan bersih dengan reputasi yang mengkagumkan. Kita menangis dengan penuh keberanian, bersuara melalui deria suara dan tangisan air mata.

Dunia kita ketika lahir bagai sebidang kain yang kosong, belum dilukis, dicorak dan diwarnakan. Usia kita makin meningkat dari sehari ke sehari lalu memberi warna pada kain lukisan itu. Tetapi setiap langkah kita ditemani dan dipengaruhi orang-orang sekeliling kita terutamanya ibu bapa kita.

Ibu bapa bagai pelukis latar asal yang mencorak gambaran awal lukisan kehidupan kita. Namun, apabila kita jauh dari ibu bapa, kitalah yang menentukan kehidupan yang kita mahukan. Pesanan dan pengajaran yang baik diselami oleh diri kita ini akan membawa kita untuk memilih jalan yang baik untuk teruskan kehidupan.

Sedar tidak sedar, kita melalui kehidupan dengan mencari kesempurnaan dan kebahagiaan. Kesempurnaan seharusnya boleh diperoleh. Begitu juga dengan kebahagiaan.

Kita mengecapi kesempurnaan dari dua arah yang berbeza iaitu dari arah menambah melakukan kebaikan dan mengurangkan melakukan kesilapan. Arah mana yang lebih mudah adalah terpulang kepada setiap individu. Walau bagaimanapun, kita perlu usahakan dari kedua-dua arah itu.

Melakukan kesilapan antara cara kita mengenal kehidupan tetapi kita diingatkan untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Maka ini adalah arah mengurangkan melakukan kesilapan.

Seolah-olah ketika menjawab soalan peperiksaan. Pada asalnya kita perlu menjawab semua soalan dengan betul, tetapi kesilapan yang mengurangkan markah peperiksaan. Maka perlu bagi kita untuk kurang melakukan kesilapan.

Apatah lagi jika kita pernah menjawab soalan yang sama. Inilah keadaan apabila kita mendekati kematangan dalam kehidupan, rencah kehidupan kita telah kenal maka kita perlu mengelak dari melakukan kesilapan.

Kesempurnaan seharusnya boleh dicari dan boleh dikecapi. "No one perfect" tidak seperti dijangkakan. Malah, ungkapan itu hanya tepat bagi relatif antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Kesempurnaan yang kita cari adalah dari definasi dari diri kita sendiri.

Oleh kerana itu, kesempurnaan seharusnya boleh dicapai, maka wajar diusahakan.

Tentulah, setiap kali langkah lukisan kehidupan kita disentak oleh dugaan dan cabaran. Itu perkara biasa. Diri-diri yang mengenali hakikat ini akan mampu tersenyum apabila dugaan itu tiba. Ingatlah, dunia ini cukup luas untuk kita hidup, kerana dengan kelebihan dunia ini kita memiliki sosial dan kekeluargaan.

Apabila kita mencapai kesempurnaan yang kita mahukan, ketika itulah kita mencapai kejayaan di dunia. Sempurnakan ia menjadi kejayaan di Akhirat.

Bila Hati Diguris

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

Monday, January 2, 2012

There have been many time



There have been many time in 2011

when I may disturbed you

troubled u

irritated u

bugged u

annoyed u

angered u

.

.

.

.

.

.

today I just want to tell you

I plan to continue it in 2012.

I'm sorry for my action :)


Sent from U Mobile

Sunday, January 1, 2012

Wahai TUHAN

Wahai TUHAN
Aku menjadi malu untuk terus meminta
Sedangkan hakikatnya
Engkau memang inginkan ku meminta pada Mu
Lihatlah segala nikmat yang sedang Engkau berikan
Tak terhitung tinggi nilanya
Engkau member ku kehidupan
Rumah untuk ku berlindung
Kereta untuk ku bergerak menuju destinasi
Dan banyak lagi
 
Deria mata ini
Sekiranya nya Engkau mengambil semula pandangan  mata ini
Bagaimana untuk aku meneruskan kehidupan ini
Aku tidak akan dapat lagi untuk
Bergerak ke sana dan kemari
Apatah lagi meneruskan sisa kehidupan ini
Tanpa mata seluruh kehidupan ini menjadi sukar
Selama mana orang sudi memimpin ?
Sehari dua, sebulan dua mungkin bolehlah
 
Wahai Tuhan
Terima kasih diatas segala nikmat Mu
Sempena di awal 2012 ini
Ku memohon
Berilah kemanisan dalam ibadat ku
Agar kita senantiasa dekat selalu
Dengarkanlah segala DOA DOA ku
Agar tercapai segala harapan ku
Kurniakanlah ketenangan dalam kehidupan ku
Agar tiada bisikan yang datang menggangu ku
Hulurkan pertolongan Mu di dalam kesukaran ku
Agar dapat ku berpaut pada Mu
Dan tidak tersalah haluan ku
Usah sesekali aku diuji
Bimbang nanti
Tak terlarat ku bawa diri
Usah diberi harta yang berlebihan
Kelak kesombongan berpanjangan
Percukupkanlah segala yang telah ada
Tidak terlebih mahu pun terkurang
Agar dapat ku teruskan sisa kehidupan
Seandainya ada yang terlebih untuk ku hulurkan
Itulah yang sangat sangat ku perlukan
Wahai Tuhan
Sesungguhnya engkau tidak pernah memungkiri janji
Wahai Tuhan dambaan hati ku dan kalbu ku
Inilah permintaan hati di kala sunyi
Pengubat resah di kala menyendiri
 
Ilham rasa: LUKHMAN S.

Sent from U Mobile
There was an error in this gadget