Tuesday, May 31, 2011

Rumi & Juli

Rumi Dan Juli : Febians

Rumi dan juli
Dua remaja saling bercinta
Berjanji sehidup semati
Bersumpah setia
Kekal abadi oooo..

Rumi dan Juli
Lambang cinta yang suci dan murni
Kasih sayangmu kekal abadi
Hingga akhir nanti

oo.. Rumi dan Juli..

(*)
Keabadian cintamu
Menjadi lambang setia
Saling cinta menyintai
Antara sesama.. ooo...

ooo.... Rumie dan Julie
Lambang cinta yang luhur dan suci
Tetap di kenang hingga kini
oh cinta..
Rumi dan Juli....

(Ulang *)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 30, 2011

Hidup penuh dengan persoalan....

Suatu luahan dari seorang teman. Disini saya kongsikan apa yang terbuku dihati beliau. Hanya dia yang tahu......


Hidup ini penuh dengan tanda tanya, tidak kira walaupun di mana kita berada pun, tapi yang pasti kita perlu redha denganNya. Kalau itu sudah kehendakNya...

Tidak guna kita menangis. Kerana walaupun menangis airmata darah sekalipun ia tidak akan berubah keadaan seperti yang kita inginkan. Sebab itu kita harus redha...

Kita selalu bertanya, apa maksud semua ini. Kerana sesetengah orang tidak sanggup mengharungi rintangan itu, seperti aku jua hanya bertemankan air mata. Tapi pada ketika itu kita harus kuatkan semangat walau apa pun yg terjadi..

Kerana semua itu ada hikmah, Hanya DIA sahaja yg mengetahui dan kita hanya mampu berdoa dan minta petunjuk darinya. Agar menunjukkan jalan ke depan...

Oleh itu, kita harus redha kepadaNya dengan dugaan yang terjadi sekarang kerana masa akan datang kita tidak tahu apakah yg akan terjadi...


Teringat akan quote yang saya terima suatu ketika dahulu...

"Every sunset gives us 1 day less to live. But every sunrise gives us 1 day more to hope. So, hope for the best."

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Somewhere I Belong

LINKIN PARK : Somewhere I Belong

Video Clip

(When this began)
I had nothing to say
And I get lost in the nothingness inside of me
(I was confused)
And I let it all out to find
That I’m not the only person with these things in mind
(Inside of me)
But all that they can see the words revealed
Is the only real thing that I’ve got left to feel
(Nothing to lose)
Just stuck, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own

[Chorus]
I wanna heal, I wanna feel what I thought was never real
I wanna let go of the pain I’ve felt so long
(Erase all the pain till it’s gone)
I wanna heal, I wanna feel like I’m close to something real
I wanna find something I’ve wanted all along
Somewhere I belong

And I’ve got nothing to say
I can’t believe I didn’t fall right down on my face
(I was confused)
Looking everywhere only to find
That it’s not the way I had imagined it all in my mind
(So what am I)
What do I have but negativity
’Cause I can’t justify the way, everyone is looking at me
(Nothing to lose)
Nothing to gain, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own

[Repeat Chorus]

I will never know myself until I do this on my own
And I will never feel anything else, until my wounds are healed
I will never be anything till I break away from me
I will break away, I'll find myself today

[Repeat Chorus]

I wanna heal, I wanna feel like I’m somewhere I belong
I wanna heal, I wanna feel like I’m somewhere I belong
Somewhere I belong

Aku mahu pulang

Amuk (Fauzan S / Bob Lokman) : Aku Mahu Pulang

Video Clip

( 1 )
Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

( ulang 1 )

( 2 )
Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

( 3 )
Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan

( ulang dari 2 )

( ulang 3 & fade out )

Sunday, May 29, 2011

Tazkirah ahad

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pelangi petang

Sudirman : Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Suratan atau kebetulan

Suratan atau kebetulan..
aku di persimpangan,
antara kiri dan kanan,
antara kasih dan sayang.

Aku harus memilih,
kerna kakiku ini perlu melangkah,
meski sesekali sumbang jua langkahku,
meski suatu ketika aku kan terjatuh,
menahan kesakitan yang mengundang airmata.

Namun aku pasrah...
lebih rela merasa pedihnya terjatuh,
dari aku terus bingung dipersimpangan,
dari aku terus termangu tanpa jawapan.

Sabarlah duhai hati,
bangkitlah wahai diri,
suratan atau kebetulan??
Pilihan tetap di genggaman...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, May 28, 2011

Mengawal

Kali ini saya ingin berkongsi akan satu statement yang saya baca namun baru sekarang rasa mengerti maksudnya.


"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"


Keupayaan seseorang untuk mengawal diri merupakan satu kunci yang cukup penting untuk menguasai diri. Orang yang tidak mampu mengawal diri akan jatuh ke dua hujung yang melampau.


"Self-control is the key to self-mastery"


Dua komponen perlu diaktifkan untuk mengawal diri:
1. Pemikiran
2. Perbuatan

Pemikiran di sini merujuk kepada suara dari dalam diri kita. Suara hati dengan kata lain. Suara hati yang TEKAD ingin belajar bersungguh-sungguh perlu digabungkan dengan USAHA yakni perbuatan belajar bersungguh.

Sekiranya kita dapat mendisiplinkan diri untuk konsisten mengawal pemikiran dan perbuatan kita, maka kita akan dapat mengawal diri kita.

Bila kita dapat mengawal diri kita, maka kita sudah mula membuka kunci yang pertama!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 26, 2011

Awak apa khabar?

Petikan dari email yang diterima. Untuk kekawan yang rasa nak menulis surat cinta, sila tulis dengan tangan (baru lah real hehe). Berusahalah sikit untuk memenangi hati bintang pujaan...

Kalau tidak cair saya musykil hehe....

Ianya bermula begini....


Awak...

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Jujur aku rindu kamu...

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Awak sihatkah?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Awak sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimu bersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Awak, saya rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Awak...

Adakah kau juga rindu padaku? Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Awak...

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Awak...

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Awak...

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Awak...

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu..


Dari insan yang merinduimu
(Nama / tandatangan)

p/s
Pecah kaca pecah gelas...
Sudah baca harap balas...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Best kan.....

Bestkan kalau itu kalau ini. Bestkan jadi orang itu jadi orang ini. Bestkan kalau ada itu kalau ada ini. Anda mesti pernah terfikir sebegini.

Kadang-kadang kita merasakan hidup kita ini kalau dibandingkan dengan orang lain amat membosankan. Hidup orang lain best-best belaka. Jarang kita nampak orang lain hidup dalam keadaan sedih dengan masalah-masalah yang tidak diingini seperti kita.

Lagi menambahkan kesedihan kita kalau kita lihat orang itu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan seperti naik pangkat, beli kereta mewah, suami atau isteri yang baik, anak-anak membesar dengan baik, berjaya dalam pelajaran dan macam-macam nikmat lagi.

Akhirnya nanti kita akan berbisik sendirian, "kalaulah aku jadi dia kan best'...

Ramai yang berpikiran macam tu. Saya pun sama. Tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan membesarkan orang lain?

Kita selalu lupa dengan sifat 'bersyukur'.

Sesungguhnya orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Kita tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sehingga membuatkan dirinya merasa sedih dan tertekan.

Tetapi kenapa ada perkataan bestkan?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 25, 2011

Addin: Pasangan Lesbian Ini Kononnya Nikah Secara Islam

Addin: Pasangan Lesbian Ini Kononnya Nikah Secara Islam: "Sarah dan Asra bertemu pada Ramadan tiga tahun lalu. Mereka berkenalan di sebuah acara buka puasa. “Kami berbincang, lalu sepakat untuk b..."

Tuesday, May 24, 2011

8 Pembohongan Ibu Kepadaku!

1 lagi bahan bacaan untuk renungan….

 

 

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua. Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

 

1. PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

 

2. PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

 

3. PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

 

4. PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

 

5.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

 

6. PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

 

7. PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

 

8. PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

 

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK! Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 

Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

 

Kasih Sayang Yang Terlihat

Sebuah petikan dari blog yg say abaca untuk renungan bersama…..

 

 

Kasih sayang Allah sangat luas jika hendak dibandingkan kasih sayang sesama makhluk-Nya. Namun kasih sayang yang dikurniakan kepada kita wajar kita syukuri. Di sini saya ingin berkongsi cerita yang mungkin ada persamaan dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah yang lemah.

 

Adik saya membela seekor kucing yang sangat comel. Kami tujuh beradik sememangnya sangat sayang akan kucing. Sifat kami mengikut jejak langkah arwah Abah yang sangat sayangkan kucing. Kalau Abah jumpa kucing di tepi jalan mesti dia berhenti dan cium kucing tersebut. Kami dididik sayangkan kucing kerana Abah pesan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad.

 

Adik saya memberi nama kucingnya dengan nama Memey. Nasib kucing tersebut sama seperti anak terbuang, tanpa ayah dan ibu kerana adik mengutip Memey di dalam sebuah longkang. Atas rasa simpati adik membawa kucing tersebut pulang dan menjaganya sehingga dewasa.

 

Walaupun saya jarang pulang ke rumah kerana tinggal jauh dari keluarga namun sedikit sebanyak saya tahu perkembangan Memey. Dipendekkan cerita, pada suatu hari Memey melahirkan seekor anak namun anaknya hilang mungkin dibawa lari oleh kucing lain.

 

Memey berasa sedih dan sering memanggil-manggil anaknya. Namun kesedihannya hanya sementara dan dia meneruskan kehidupannya seperti biasa hinggalah pada suatu hari Memey melahirkan 3 ekor lagi anaknya.

 

Apa yang mengejutkn kami, Memey sememang sayangkan anaknya sama seperti manusia namun dia tidak pandai menjaga anaknya seperti ibu kucing yang lain. Memey tidak pandai menggonggong anaknya dan ada lagi perkara lain yang kami  nampak janggal.

 

Kesimpulannya, kami beranggapan mungkin kerana dia pernah hidup terbuang tanpa kasih sayang ibu dan tanpa sentuhan ibu maka dia juga tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya pada anaknya.

 

Kisah ini mungkin nampak seperti tiada apa-apa yang menarik namun pada saya ia boleh dijadikan iktibar pada kita yang mempunyai akal untuk berfikir. Terutama ibu dan bapa dan yang bakal bergelar ibu. Berilah kasih sayang yang sewajarnya kepada anak masing-masing agar mereka tahu untuk membalasnya.

 

Berilah mereka kasih sayang sepenuhnya agar mereka sedar ada insan yang menyayangi mereka. Tunjukkanlah kasih sayang dan didiklah mereka seperti yang sepatutnya agar mereka rasa disayangi.

 

Tanpa kita sedar, gejala sosial yang berlaku pada masa kini juga akibat daripada kurangnya kasih sayang dan didikan. Saya teramat takut dengan apa yang berlaku sekarang. Moga-moga kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran untuk semua ini.

 

Andainya setelah kita beri sepenuh kasih sayang dan didikan yang sempurna namun keadaan tidak diingi tetap jua berlaku maka janganlah anda sebagai ibu bapa terus menghukum, teruskan berdoa dan

banyakkan doa agar anak diberi petunjuk.

 

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan jangan lah kita tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang berputus asa.

 

Dalam al-Quran ada mengatakan: Kalianlah yang menjadi anak kalian sama ada Majusi atau Nasrani..

 

Coraklah kehidupan anak-anak dengan warna yang betul.

 

Monday, May 23, 2011

Amnesia: Kenangan lalu...


Sebuah nama yang menghadirkan rindu yang tak pernah habis, debar yang tak pernah hilang meskipun hanya sepintas lalu dalam ingatan,atau apapun yang terbawa oleh angin dalam perjalanan hidup yang berkelana.

Sebuah ingatan....

teringat akan saat bersamamu
yang kita lewati
terasa indah sekali...
sejuk meresap ke dalam sanubari
walau pun duka sempat menyinggah
kita hadapi bersama
bahagia sangat hatiku...

kini..
hilanglah sudah kisah
yang tinggal hanyalah
kenangan...
saatnya datang menghampirimu
dengan segala janji
berikan sudah semua
atas nama cinta
hapuskan cerita kita...

Sunday, May 22, 2011

Faedah-Faedah Sakit

Faedah-Faedah Sakit

Hilang... dalam terang

Lost feeling to care
Lost sympathy to spare
Lost patience to bear
Lost sense to keep fair

Lost endurance, to follow restriction
Lost peace, to stop frustration
Lost power, to avoid attention
Lost strength, to shun aggression

Lost courage, to sacrifice
Lost kindness, to be polite
Lost temper, to keep quiet
Lost thought, to be right

Lost anger, to control
Lost opinion, to give poll
Lost desire, to keep goal
Lost myself, to have a role...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 20, 2011

Adakah kita lupa?

Manusia sering melakukan kesalahan yang sama. Ada yang berusaha untuk memperbaikinya dan ada yang tidak.

Mengapa tidak?

Adakah kerana mereka enjoy melakukan kesalahan berulang kali? Tetapi, mengikut logik, bukankah setiap manusia mahukan yang terbaik?

Hairan, bukan?

Bukan mereka tidak ingin maju, tetapi mereka tidak sedar akan kekurangan diri yang ada pada mereka. Tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya sedang memudaratkan dan menzalimi diri sendiri.

Mata kita, hati kita, sudah tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. Kita hanya seronok melakukan apa yang kita suka. Kita hilang kebolehan untuk melihat, memikirkan, memahami dan mengambil pengajaran dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kita sudah "terhijab" dari melihat pintu-pintu kebaikan.

Manusia di sekeliling kita juga seperti tidak sedar akan keadaan kita dan selalu saja ada yang menghalang mereka dari mengajak kita ke arah kebaikan. Bahkan, sekalipun telah datang pesanan kebaikan itu kepada kita, kita sendiri yang akan mengendahkannya kerana kejahilan pada diri kita.

Renungkanlah... Tazkirah pagi Jumaat...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 18, 2011

Sahabat, Maafkan Daku

Sebuah kisah dan tauladan. Dipetik dari blog....


Saya mempunyai seorang teman, kawan, sahabat yang amat rapat. Kami berkenalan sejak beberapa tahun dahulu. Perkenalan kami tidak dirancang. Hanya dengan sedikit perkongsian kisah suka dan duka, kami menjadi rapat. Saya pernah menangis kerananya. Malah beliau juga pernah menangis kerana saya.

Keakraban kami semakin bertaut rapat, serapat adik beradik kandung. Tidak ada harta yang kami berkira. Kami juga saling sayang menyayangi.

Andai saya tahu hasrat  yang sahabat saya inginkan sesuatu, saya akan menghadiahkan barang kesukaannya itu. Harga dan nilai tidak pernah menjadi pertimbangan saya. Pada saya, kegembiraan sahabat saya adalah kebahagiaan saya. Usahkan permintaan untuk ditunaikan, hasrat dihati beliau pun akan saya selami untuk disempurnakan.

Itulah juga yang sahabat saya lakukan. Pantang didengari yang saya inginkan sesuatu, pasti sahaja dia akan menunaikan hasrat tersebut. Makan minum dan sakit demam saya sentiasa diambil berat.

Andai kami terpisah selang beberapa waktu, pasti rindu akan membelit jiwa dan raga. Jangankan sehari atau seminggu, sejam sahaja sudah tidak mampu melelapkan mata.

Pada saya, kesakitan beliau adalah kesakitan saya. Seperti pepatah, cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Yang sakitnya kepala, yang merungutnya mulut, yang mengusapnya tangan dan yang tidak lenanya adalah mata. Begitulah kami diibaratkan.

Justeru itu, saya tidak rela untuk menyakiti jasad meski hatinya. Andai ada orang lain yang mengutuk sahabat saya, maka tanpa berlengah, saya akan membela. Saya tidak pernah mengumpatnya, apatah lagi mengeji dan mengejeknya. Jauh sekali untuk memfitnah atau menjadi batu api. Apa yang saya lakukan hanyalah yang terbaik, demi seorang sahabat yang amat saya sayangi.

Pada suatu hari, saya terlanjur menyakiti hatinya. Cepat saya menyedari kesilapan itu. Hati saya gusar dan resah ditambah sedih dan pilu. Seharian saya tidak selera untuk makan. Saya mesti meminta maaf darinya.

Setelah berjumpa, saya lantas meminta maaf bersungguh-sungguh. Tangannya saya genggam erat. Namun, anak mata saya malu untuk betentang dengan matanya. Saya malu kerana saya bersalah dan berdosa. Saya berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Pada saya, pasti bukan mudah untuk kesalahan itu dimaafkan. Tapi, sungguh tidak disangka-sangka, beliau memaafkan saya. Betapa mulianya dirimu wahai sahabatku.

Setelah itu, kasih sayang saya padanya menjadi lebih dalam dan semakin mendalam. Saya lebih behati-hati dalam tutur dan tingkah laku. Bahagianya saya mempunyai sahabat sebegitu. Sahabat yang penyayang, pemurah, peramah, penghibur, peneman yang setia, pemaaf, malah segalanya. Dialah sahabat saya untuk saat duka mahupun duka.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 17, 2011

Apakah hati mengerti?

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada yang mampu mengerti. Kepayahan membuatkan hati banyak mengeluh dari bersyukur.

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima.

Duhai hati, sedarlah, bukannya tiada yang mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu."

Segala rencana perjalanan telah ditetapkan. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah.

Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya adalah nikmat yang tidak terperi.

Apakah hati mengerti?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 16, 2011

kedamaian yg dicari....

...... Suatu renungan .....




... kaki ini ingin melangkah sejauh mungkin ...
... agar semuanya tenang ...
... hati ini kian lelah ...
... lelah menahan segalanya ...

Sunday, May 15, 2011

Kenangan

I remember the joy of spring
I remember the joy of friendship
I remember the joy of days long past
I remember the pain of love
I remember the pain of letting go
I remember the pain of blending in
I remember how difficult it was to make new friends
I remember how difficult it was to give good results
I remember how difficult it was to stand out in a crowd
I remember the best times were with my kindred spirits
I remember the best times were together
I remember the best times were around the 'makan' table.
I remember the worst times were still to come.
I remember the worst times were when I was alone.
I remember the worst times were when love had deserted me.

... and that's the shitty feeling when you're alone

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 13, 2011

Bersediakah kita?

Terjemahan Bacaan Talkin

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

 Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah

WALLAHU A'LAAMM.

 

Bismillah hir rah man nir rahim.

 Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

 Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

 Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

 Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

 Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

 Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

 Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

 Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

 

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

 

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

 Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

 Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

 Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

 Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

 Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

 Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

 Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

 Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

 Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

 Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

 Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

 Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

 

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

 

 Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

 Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

 "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

 

Thinking of you

To whom it may concern...

 
When I think of you I smile
A smile that fills my face
When I hear your voice I sigh
Every tone I embrace
When I touch you I shiver
And thank the stars above
When I feel you, I know
That what we have is Love

Without question I know that deep in my heart..
I adore you completely We must never part
I am fully aware of the hardship we face
Until Time fares us well and allows us the space..
To live side by side and be always together
I love you my darling
Will be yours Forever

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 12, 2011

PASPB: TERBONGKAR : Taktik keji umno untuk merampas Selan...

PASPB: TERBONGKAR : Taktik keji umno untuk merampas Selan...: "Taktik keji yang dilakukan oleh gerombolan songkok tinggi cawangan Hulu Selangor terbongkar hari ini. Di dalam misi gerombolan untuk menaw..."

Addin: Pandi Kutty, Raja Gula Kencing Lagi..

Addin: Pandi Kutty, Raja Gula Kencing Lagi..: "Kerajaan dituntut dedah pembelian kilang ‘Raja Gula’ oleh Felda KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pemb..."

Lagu rock kapak

Helter Skelter

Tiada Lagi Airmata 

Di kalaku kesepian
Melihat keindahan alam
Wajahmu menjelma bermain di fikiran
Sejak aku, kau tinggalkan
Hancur musnah semua inpian
Hatiku pedih
Pilu mengenangkan

Tiada lagi
Air mata
Aku tak berdaya
Engkau hanya bersandiwara
Membiarkanku menderita

Dimana letaknya
Keagungan cinta
Sebagaimana kau pertahankan

Apalah ertinya
Sebuah pengorbanan
Jika hanya untuk dipermainkan
Wo wo wooo woooooo



http://www.youtube.com/watch?v=nmmtnsqhi90

Wednesday, May 11, 2011

Cerita pagi perihal.... Hati

Seketul daging. Terisi di dalamnya dengan seribu perasaan yang kadang-kadang sukar untuk diertikan. Manusia.. Ramai yang lemah kerananya. Memilikinya tanpa sedar akan pengaruhnya. Kenapa ramai yang suka menjadi hambanya? Menurut segala kemahuannya tanpa bertanya pada akal yang lebih sempurna.

Hati. Segalanya bermula di situ. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati yang sentiasa inginkan kepuasan. Cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada ketulusan hatinya.

Betapa sukar untuk menjaga sekeping hati... Pernah kita menjaga hati dengan sebaiknya? Atau kita sering mencacatkan hati dengan kerakusan hawa nafsu semata? Manusia mampu mencipta nama segah mungkin. Mampu melakar rangkaian teknologi yang canggih. Mampu merungkai rahsia alam yang sukar untuk ditembusi. Namun mengapa manusia ini khilaf dalam menjaga sekeping hati nan suci?

Hati seringkali dipenuhi dengan hasad dan dengki, benci dan dendam yang tidak terperi sehingga mampu mempengaruhi tangan dan kaki bergerak, berfungsi tanpa mengikut rentak akal yang diberi. Mengapa sanggup membiarkan hati yang penuh dengan amarah ini menyentuh sekeping hati yang penuh dengan ketulusan kasih sayang yang suci? Puaskah hatimu mencerobohi kamar hati dengan kerakusan hawa nafsu sendiri? Puaskah?

Kerana hati, ramai yang tersungkur, rebah menjadi hamba duniawi. Apabila diri dipuji-puji, hati kembang tidak terperi. Mencipta keangkuhan dalam hati dan merasakan akulah yang terhebat di muka bumi ini. Melayarkan sayap kesombongan sehingga terlupa untuk berpijak di bumi.

Lupa pada erti kesyukuran atas nikmat yang telah Allah pinjamkan. Hanya kerana rentetan hati yang teruji dengan pujian yang menggunung tinggi. Apabila ditegur akan kesilapan diri, dengan angkuh dan sombongnya menolak kritikan sehingga menampakkan kekejian di hati.

Ada segelintir manusia yang merasakan dirinya sudah cukup hebat. Jangan!

Jangan pernah berprasangka seperti ini kerana hati manusia sangat rapuh. Sangat-sangat rapuh. Mengapa kita yang sangat-sangat kerdil merasa bongkak dan angkuh seperti itu?

Dari sekeping hati yang suci mampu berubah menjadi onar dan duri. Hati pada asalnya penuh dengan kelembutan dan kasih sayang agar kita saling menyayangi dan melindungi sesama sendiri tetapi apa yang telah terjadi pada detik ini? Kerana dendam kita bermusuhan. Kerana dengki kita mencipta pergaduhan. Kerana marah, kita sanggup meleraikan persahabatan. Rosak binasalah hati akhirnya membawa kemusnahan pada diri sendiri.

Inilah persoalan yang membungkam pemikiran hati ini. Perihal penyakit hati yang semakin meruncing yang menggugat keimanan dan melunturkan ketakwaan.

Jangan gunakan kebencian dan kedengkian kerana apa pun kebaikan akan bernilai negatif di mata para pendengki. Jangan dibiarkan hati terus bernanah, membusuk sehingga kebusukan itu dapat dihidu oleh orang lain. Didiklah, tuntunilah hati ini dengan madah dan kata Allah.

Bersihkan hati ini dari kata yang kelam lagi suram. Jauhkanlah hati dari nafsu dan dendam. Dikhuatiri kita terus hanyut dalam jalan yang suram sedangkan jalan yang terang luas terbentang tidak dapat dilihat hanya kerana hati yang hitam penuh kegelapan. Semoga kita terlindung dari kekejian hati. Amin.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 10, 2011

A thought....

I'm strong on the surface....
Not all the way through.....
I've never been perfect.....
But neither have you....

So if you're asking me......
I want you to know......

When my time comes.....
Forget the wrong that I've done.....
Help me leave behind some.......
Reasons to be missed

Don't resent me.....
And when you're feeling empty......
Keep me in your memory.......

Leave out all the rest.....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 9, 2011

Yang mana?

Setiap dari kita pasti terlibat dengan konflik perasaan kasih dan kasihan. Adakalanya berada di persimpangan dilema - kerana kasih atau kasihan? Mampukah kita membuat pilihan tanpa disulami kedua-dua perasaan ini?

Begitu juga dalam soal kehidupan, kemasyarakatan dan pelaksanaan tugas-tugas harian. Acapkali kita bergelut dengan perasaan kasih dan kasihan ini. Ibarat kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Persoalannya, apa yg patut kita lakukan untuk bersikap adil pada diri dan perasaan sendiri tanpa menolak atau menganaktirikan rasa kasih dan kasihan?

Begitu juga cinta. Cinta adalah rasa sangat suka (kepada) atau (rasa) sayang (kepada), ataupun (rasa) sangat kasih atau sangat tertarik hatinya . Sedangkan kasih adalah perasaan sayang atau cinta kepada atau menaruh belas kasihan. Dengan demikian erti cinta dan kasih hampir bersamaan, sehingga kata kasih memperkuat rasa cinta.

Kerana itu cinta kasih dapat diertikan sebagai perasaan suka (sayang) kepada seseorang yang disertai dengan menaruh belas kasihan. Walaupun cinta dan kasih mengandungi erti yang bersamaan, namun terdapat perbezaan juga antara keduanya. Cinta mengandungi lebih pengertian mendalamnya rasa, sedangkan kasih lebih keluarnya : dengan kata lain bersumber dari cinta yang mendalam itulah kasih dapat di wujudkan secara nyata.

Cinta memegang peranan yang penting dalam kehidupan manusia, sebab cinta merupakan landasan dalam khidupan perkahwinan, pembentukan keluarga dan pemeliharaan anak, hubungan yang erat dimasyarakatkan dan hubungan manusia yang akrab. Demikian pula cinta adalah pengikat yang kukuh antara manusia dengan tuhannya sehingga manusia menyembah tuhan dengan ikhlas, mengikuti perintahnya, dan berpegang teguh pada syariatya .

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Sebagai pedoman....

 

 

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis p
enyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan
Jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Sunday, May 8, 2011

Sempena hari ibu

Copy paste.....


Cinta Buat Ibuku

Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempuh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,

Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu

Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cuma seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat

Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Superhero

2:48am
Bedtime story


Sy bukan superman. Ada ketika sy bule letgo, ada ketika sy bule pendam, ada ketika sy bule abaikan, ada ketika sy mmg tewas...

Ada hari mmg sy dh lupa ataupun buat2 lupa tp bila sesekali ia menjelma, sy kekadang x mampu nak menahan gelodak jiwa....

Penat mmg penat tp apakan daya. Sy kena terima. Kekadang rasa ada bagus jikalau tidak bermula tp permulaan itu menjadikan sy hari ini.

Memori yg manis dan penuh warna warni tp kadangkala perit utk diuraikan....

Bak kata Hattan.....


Hattan : Rindu Bertandang Lagi

Rindu bertandang lagi kekasih
Hatiku merintih keranamu
Kesunyian mencengkam
Lautan kenangan
Ajaibnya perasaan oh..oh..

Rindu membawa daku kekasih
Pada musim-musim bersamamu
Rasa kasih dan rindu
Yang tertanam buatmu
Di jambangan usiaku

Waktu memisahkan aku denganmu
Kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarah
Dan musim pun berlalu bersama waktu
Kini bertemankan sebuah perasaan
Rasa kasih rasa rindu padamu

Rindu bertandang lagi di hati
Rindu menghampiri kala sendiri
Halaman hidupku yang kosong tak terisi
Sungguh lama dikau pergi
Ha..ha..haa..
Ha..ha..oh..
Oh..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, May 7, 2011

Masakan mak best!

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu.

Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Sebenarnya kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding dengan kedai mamak yang didorongan dengan ganjaran komersial.

Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap kerja yang dilakukan. Setiap individu yang bekerja kerana Allah akan tinggi kualiti kerjanya.

Selamat hari ibu....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 6, 2011

Tazkirah Jumaat : Teladan Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

 

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

 

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus..."

 

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

 

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

 

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

 

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

 

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

 

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

 

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

 

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

 

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

 

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

 

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

 

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

 

Siaran ulangan

Sinar.fm at astro
11:45pm

Yeah... U r rite. It's rerun. Used to post it at the beginning of blogging era.

And yeah... U r rite too... It's a gift from someone who is an angel and means so much.

Ok ok... Another score for u. Rite now I'm thinking of dat person. Missing the moments....

What can I say... I'm just normal human being. Sometimes it flashes infront of me but hey... Let's enjoy what 'once' hv to say.....


Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati t'lah letih

Aku ingin menjadi sesuatu, yang s'lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan

[Reff]
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu oo~…
Seperti udara yang ku hela kau se-lalu, ada

[Bridge]
Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi

[Reff]  (x2)

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Sya Lalalala, lalalala (–> Fade)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 4, 2011

All Time Favorite

Tetiba teringat lagu...

"Saya Charlie Chickadees, yang rangup dan enak sekali......"

Rindu plak zaman2 ni.... Kum kum, tora etc etc smpi sanggup nipu mak nak duit sbb nak belinye pasal...

Sbb????

Ada mainan hehehe.....

Sorry mak, anak mu wat salah...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Karena Hati Bicara

Sinar.fm
7:35am


Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil : Karena Hati Bicara (OST Dalam Mihrab Cinta)

mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara

* terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara

reff:
tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

repeat *
repeat reff [3x]

ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 3, 2011

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat

Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat

Ngantukkkkkk

15:17
Sinar.fm

Lyn ngantuk drive balik dari sg choh. Dh la kat luar panas tp mendung nak ujan. Mmg sedap nak tido. Aircomd full blast. Huargh!!!! Nguap2 je.

Merewang minda masa dgr lagu ni. Bawa kete cam auto cruise. Cam naik KITT (knight rider) gitu. Mata makin kecik n pedih nak buka luas. Cepat la smpi opis isk isk isk......


Memori Duka : Sons Of Adam

Secara tiba-tiba aku mengingatimu
Di kamar sepi malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Berbekalkan saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian dirimu putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 2, 2011

Happiness

Happiness is happiness,
Happiness makes you whisper,
Happiness makes you love,
Happiness takes command,
HappinEss makes you calm,
Happiness gives you comfort,
Happiness makes you happy,
Happiness makes you murmur,
Happiness turned people to love you,
Happiness is love,
Happiness is honesty,
Happiness form peace,
Happiness is what we're waiting,
Happiness is deep down inside,
Happiness is gonna save us,
Happiness might just help me find true love.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 1, 2011

Still got the blues

Kenangan AFNIL
4:10pm

Memories remain.......


Gary Moore - Still Got The Blues

Use to be so easy
To give my heart away
But I found that the heartache
was the price you have to pay
I found that that love is no friend of mine
I should have know'n time after time

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

Use to be so easy
Fall in love again
But I found that the heartache
It's a roll that leeds to pain
I found that love is more than just a game
Play and to win
but you loose just the same

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

So many years since I seal you face
You will my heart
there's an emty space
Used to be

(SOLO)

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

Golden days come and go
There is one thing I know
I've still got the blues for you

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Apa khabar org kg

Bila dgr lagu ni kat Astro (sinar) teringat rantau panjang. Xde la lama x balik. Teringat mee celup, nasi air bla bla.. Kat manis pun lama dh x landing. Aritu makan nasi air kat ani sup utara. Not bad gak rasa.

Nnti lah. Dh confirm nnti ingat nak amik cuti. Dpt merayap sorg2 best gak nih... Semak sikit kepala lately...


Sudirman : Apa Khabar Orang Kampung

Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

Orang kampung merantau jauh
Mencari ilmu di kota
Orang kampung merantau jauh
Mencari rezki di kota

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PASPB: Eskay pegang naskah al-Quran terbalik, nak bersump...

PASPB: Eskay pegang naskah al-Quran terbalik, nak bersump...: "SENTUL 29 APRIL : Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelu..."
There was an error in this gadget