"... But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone ..."
Bila teringat bait2 lagu MJ ni, terasa sunyi seketika. Terasa tiada tempat mengadu. Keseorangan. Walaupun kehidupan makin menghimpit rasa, berbagai pengalaman yang telah dilalui dan ianya menjadikan kita semakin matang. Kematangan ini harus dimanfaatkan dan dijadikan panduan atau landasan hidup yang semakin singkat ini.
Walau macam mana kuatnya kita menghadapi dugaan hidup, ada ketika kita rasa keletihan, kehampaan, kepenatan, ketakutan dan sebagainya. Dimasa itu, kita akan mencari sahabat untuk mencurah rasa, mencari pedoman, meminta simpati atau apa yg terlintas dikepala. Sahabat yang sejati akan sentiasa membuatkan kita merasakan selamat apabila bersamanya. Kehangatannya dapat mencairkan kedinginan dan kebuntuan masalah kita. Jangan merasa rendah diri untuk meminta pertolongannya, pasti dia akan membantu dan menyimpan segala aib kita.
Ingat hidup tidak selalu di atas mungkin ada kalanya pula di bawah dan memerlukan pertolongan. Lumrah kehidupan kita saling memerlukan kerana hidup ini tidak mungkin keseorangan. Ianya tidak akan lengkap. Tabiat alam juga begitu. Saling bergantungan di antara satu sama lain. Sikap kita adalah dari pantulan sikap sahabat kita. Maka carilah sahabat yang dpt memberi jiwa kita ketenangan dan kebahagian kerana itu akan mendekatkan diri kita kepada sang pencipta.
Jangan segan apabila memerlukan tangan untuk digandingkan dan dihulurkan bantuan, bahu untuk memikul dan direhatkan masalah, wang ringgit untuk dipinjam atau diberikan terus atau mungkin ke tahap nyawa untuk mempertahankan yang hak di kala kecemasan atau darurat.
Sent via BlackBerry Smartphone
Lelaki Russia ceroboh kem tentera didenda RM1,000
25 minutes ago
No comments:
Post a Comment