IP

Thursday, August 12, 2010

Keputusan

Keputusan masa marah...
Keputusan masa gembira...
Keputusan masa sedih...
Keputusan sementara...
Keputusan tetap...
Keputusan penuh pengharapan...
Keputusan mengundurkan diri...
Keputusan pilihan kawan atau kekasih...
Keputusan pilihan antara hati dan akal...
Keputusan pilihan internal dan external factor...
Keputusan x apa...
Keputusan menggunakan akal...
Keputusan menggunakan nafsu...

Senarai diatas adalah antara yg sy terpikir apabila membuat keputusan. Byk lagi yg sy mungkin lupa keadaan2 yg mana keputusan perlu dibuat. Setiap keputusan yg dibuat adalah untuk mengelakkan salah faham, yg hak dan yg bathil, yg patut dan yg x patut, yg putih dan yg hitam dsb supaya tiada yg kelabu atau kekeliruan dlm menetapkan hala tuju hidup.

Apa2 pun keputusan yg dibuat, kita kena tanggung kerana manusia dipegang pada kata, janji, pengakuan dsb. Sepatutnya setiap keputusan yg akan dibuat perlu diperhalusi utk mengelakkan kekeliruan atau menghantui kita dikemudian hari terutama keputusan yg melibatkan hati dan perasaan.

Preventive measure adalah lagi baik dari troubleshooting measure kerana memperbaiki keadaan adalah amat meletihkan dan memenatkan. Ianya juga melibatkan believe and trust satu pihak kepada pihak yang lain. Ianya juga bule diertikan sebagai amanah yg perlu dipegang dan dibawa kemana2. Jgn dirosakkan oleh salah membuat keputusan.

Setiap patah perkataan yg keluar dari mulut kita adalah satu ikatan kerana "Terlajak perahu bule diundur, terlajak kata buruk padahnya". Byk keadaan yg mana kita ingin sgt nak tarik balik apa yg kita lafazkan. Rasa menyesal menyebabkan ada ketika disebabkan kita salah langkah. Ada ketika kita mengakui kesalahan kita dan membetulkan kembali, ada ketika apabila ego, malu dsb menguasai diri, kita hanyut dgn keputusan yg dibuat. Membuatkan kita lagi jauh dari keluarga, kwn2, sedara mara, yg pernah bertahta dihati dsb.

Ada ketika sangat sukar untuk membuat sesuatu keputusan. Ianya seperti "diluah mati mak, ditelan mati bapak". Keputusan yg akan dibuat selalunya membuatkan kita keliru, x yakin, ragu2 dsb. Akan ada what if.. dlm diri. Pendirian tidak tetap. Ini yg dipanggil lalang.

Walaubagaimanapun keputusan kena buat. Suka atau tidak. Dari sekecil2 hingga keputusan antara hidup dan mati. Jikalau sukar, rujuklah kepada maha pencipta, org berilmu, rakan2 yg rapat dan boleh diercayai. Beristighafar dan berpikiran dgn waras dan matang.

Yakinlah dgn setiap keputusan yg kita buat kerana ianya mencerminkan diri kita....

Sent via BlackBerry Smartphone

No comments:

Post a Comment