IP

Wednesday, August 4, 2010

Kita bermula dengan niat

Apa yg kita nak lakukan semestinya bermula dengan niat. Klu HYMM dipanggil visi. Yg saya tau niat kita kena jelas. Kita kena paham apa yg kita mahu / nak. X kisah lah apa yg kita nak pada hari itu, pada minggu itu, pada bulan itu, pada tahun itu dsb...

Niat haruslah terperinci dan jelas, sepertimana niat solat. Berdiri nak buat apa, solat apa, berapa rakaat, jamak, qasar, tunai, berimam atau tidak. Begitu juga dgn niat setiap kali kita bangun dari tidur, nak buat apa hari nih, kenapa dan bagaimana...

Dari situ baru tindakan kita akan lebih teratur. Lebih berstrategi dan lebih focus. Klu HYMM dia panggil misi. Nak set plan / niat / visi cukup senang. Nak implement tu yg susah. Sebab tu saya nak berenti merokok sampai la ni pun masih terkial2. Yg penting ada improvement. Peningkatan ke arah pembaikan berterusan tu yg penting. Bukan senang nak meninggalkan mende yg kita dah selesa dgnnya. Walaupun pelan, perubahan kena ada. Ada masa kita toleh kebelakang tengok kembali, adakah terdapat ke x perubahan.....

Kemudian syukur, sama juga kena tahu syukur pada siapa, syukur kerana apa, rasakan dalam hati, bayangkan dalam fikiran, setiap nikmat yang Tuhan beri pada kita. Bayangkan dan rasakan apa yang Tuhan dah beri pada kita semalam. Syukur sihat lengkap tubuh badan cemerlang pancaindera. Syukur ada keluarga yang menyayangi kita. Syukur ada kawan2 yg tak pernah berputus asa mahu membantu kita. Syukur kita belum pernah lapar lebih dari dua hari. Syukur atas kurniaan rezeki kepada kita. Syukur Tuhan menyayangi kita.. Bayangkan jikalau kita tidak punya semua itu..

Kemudian tawakal. Tawakal ini kena sentiasa ada setiap hari. Bila kita tawakal dengan benar, kita akan sentiasa yakin dengan apa yang kita perbuat. Kita akan terus berusaha kerana kita bahagia dan yakin Allah akan kabulkan. Kita takkan rasa bosan, marah atau sedih kerana kita yakin Allah jadikan semua itu untuk kebaikan kita dan Allah pasti akan menyempurnakan doa-doa kita.


No comments:

Post a Comment