Sebuah coretan...
Sambil melayan anak2 mkn, terkenang sifat yang perlu ada dan diamalkan tetapi selalu terlupa atau sengaja lupa. Menjaga hati dan perasaan. Kerana apa? Kita ni hidup bermasyarakat. Bukan hidup sorang-sorang. Kena fikir apa orang lain sama. Kekadang kita menjaga sebelah pihak tanpa memikirkan sebelah pihak yang lain. Yang lagi parah bila ada pikiran tak apa.
"Tak apa dia akan paham gak nanti". Senang diucap tetapi....
Kekadang terfikir, kenapa hal ini berlaku? Adakah hatinya tak terasa? Adakah hatinya dah kering? Adakah hatinya takde perasaan? Adakah takde secalit rasa bersalah? Apa yang boleh saya katakan, rambut manusia ni sama je hitamnya, tapi dalam hati tu, kita tak tahu, sebab kita tak berkongsi hati.
Saya rasa kita tak boleh pentingkan diri. Nak orang lain paham kita, kita kena paham orang lain. Bertolak ansur sangat penting untuk menjamin kebahagian. Saling memahami dan menerima. Sebagai manusia biasa, perasaan senang terguris. Sabar pun kekadang ada had.
Kita perlu menjaga mulut dan perlakuan kita sebab kalau tersalah tingkah, hati dan perasaan akan terluka. Jangan jadi sangat menjengkilkan @ annoying yang boleh menyebabkan orang di sekeliling membenci kita. Kalau dah benci, kita mungkin akan di jauhi.
Sebab tu mak ayah selalu berpesan untuk kita berakhlak dan beradab. Kan cantik kalau kita selalu menyenangkan orang lain. Hati pun senang, kawan pun ramai, pahala pun dapat. Takde la kita jadi kera sumbang kan.
Perkataan yang baik adalah sedekah kerana ia dapat membuka jiwa, mengembirakan hati, menyembuh luka, menghilangkan kemarahan dan menebarkan kedamaian pada orang yang mendengarnya. Kalau boleh, sebelum nak berkata-kata, fikir dulu apa yang nak di katakan.
Mengikut kata2 orang yang arif...
"Kata2 yang dilafazkan adalah semacam doa kepada pihak yang mendengar"
Sent via BlackBerry Smartphone
Lelaki Russia ceroboh kem tentera didenda RM1,000
36 minutes ago
No comments:
Post a Comment