Terasa ingin bercerita tentang menjaga hati. Kenapa dilema perasaan manusia ini sering diributkan dengan keserabutan yang tak pernah surut. Ada yg mengeluh kerana biarkan hati sendiri sakit dikala insan lain hatinya tertawa riang bergumbira.
Bila berbicara pasal hati, x sempurna jika tidak berbicara pasal hati disakiti dengan perit. Ada yg terniat ingin membalas kembali kesakitan itu. Berniat memang senang, tapi bila ingin bertindak amat sukar sekali.
Ada yg penah berkata "ahh! Kalau aku, aku sound direct jer. Apa nak peduli perasaan orang!". Ramai yg akan bercakap begini bila ada yg ingin memuntahkan ketidak-puasan hatinya. Sama seperti yg sy katakan di atas, memang berkata² itu mudah.
Selalunya otak tak akan sempat menapis segala percakapan yang ingin disampaikan. Maka wujudlah pepatah 'terlajak perahu boleh diundur'.
Kadang hati sering merungut. Kenapalah orang lain tak boleh bersungguh² menjaga dengan cermat hati orang lain? Selalunya kita sering mendengar "kenapalah orang lain sering mencalarkan hati aku tanpa mengendahkan perasaan aku?"
Maaf... Bukan saya nak kata saya ini sempurna tapi inilah saya rasa kelemahan saya dalam melayari kehidupan bersama orang lain.
Sering saya tegaskan pada hati, tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati sendiri sakit, tapi saya tak berdaya. Memang sifat saya bila bersama, saya akan mendahului orang lain berbandingkan saya.
Maaf... Coretan di hari ini yang agak menjengkelkan..
Bila hati terasa tidak dihargai, habis tembakau puntung dibuang?
Sent via BlackBerry Smartphone
Lelaki Russia ceroboh kem tentera didenda RM1,000
50 minutes ago
No comments:
Post a Comment