IP

Monday, May 9, 2011

Yang mana?

Setiap dari kita pasti terlibat dengan konflik perasaan kasih dan kasihan. Adakalanya berada di persimpangan dilema - kerana kasih atau kasihan? Mampukah kita membuat pilihan tanpa disulami kedua-dua perasaan ini?

Begitu juga dalam soal kehidupan, kemasyarakatan dan pelaksanaan tugas-tugas harian. Acapkali kita bergelut dengan perasaan kasih dan kasihan ini. Ibarat kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Persoalannya, apa yg patut kita lakukan untuk bersikap adil pada diri dan perasaan sendiri tanpa menolak atau menganaktirikan rasa kasih dan kasihan?

Begitu juga cinta. Cinta adalah rasa sangat suka (kepada) atau (rasa) sayang (kepada), ataupun (rasa) sangat kasih atau sangat tertarik hatinya . Sedangkan kasih adalah perasaan sayang atau cinta kepada atau menaruh belas kasihan. Dengan demikian erti cinta dan kasih hampir bersamaan, sehingga kata kasih memperkuat rasa cinta.

Kerana itu cinta kasih dapat diertikan sebagai perasaan suka (sayang) kepada seseorang yang disertai dengan menaruh belas kasihan. Walaupun cinta dan kasih mengandungi erti yang bersamaan, namun terdapat perbezaan juga antara keduanya. Cinta mengandungi lebih pengertian mendalamnya rasa, sedangkan kasih lebih keluarnya : dengan kata lain bersumber dari cinta yang mendalam itulah kasih dapat di wujudkan secara nyata.

Cinta memegang peranan yang penting dalam kehidupan manusia, sebab cinta merupakan landasan dalam khidupan perkahwinan, pembentukan keluarga dan pemeliharaan anak, hubungan yang erat dimasyarakatkan dan hubungan manusia yang akrab. Demikian pula cinta adalah pengikat yang kukuh antara manusia dengan tuhannya sehingga manusia menyembah tuhan dengan ikhlas, mengikuti perintahnya, dan berpegang teguh pada syariatya .

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment