IP

Thursday, May 26, 2011

Awak apa khabar?

Petikan dari email yang diterima. Untuk kekawan yang rasa nak menulis surat cinta, sila tulis dengan tangan (baru lah real hehe). Berusahalah sikit untuk memenangi hati bintang pujaan...

Kalau tidak cair saya musykil hehe....

Ianya bermula begini....


Awak...

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Jujur aku rindu kamu...

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Awak sihatkah?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Awak sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimu bersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Awak, saya rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Awak...

Adakah kau juga rindu padaku? Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Awak...

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Awak...

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Awak...

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Awak...

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu..


Dari insan yang merinduimu
(Nama / tandatangan)

p/s
Pecah kaca pecah gelas...
Sudah baca harap balas...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment