IP

Friday, May 20, 2011

Adakah kita lupa?

Manusia sering melakukan kesalahan yang sama. Ada yang berusaha untuk memperbaikinya dan ada yang tidak.

Mengapa tidak?

Adakah kerana mereka enjoy melakukan kesalahan berulang kali? Tetapi, mengikut logik, bukankah setiap manusia mahukan yang terbaik?

Hairan, bukan?

Bukan mereka tidak ingin maju, tetapi mereka tidak sedar akan kekurangan diri yang ada pada mereka. Tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya sedang memudaratkan dan menzalimi diri sendiri.

Mata kita, hati kita, sudah tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. Kita hanya seronok melakukan apa yang kita suka. Kita hilang kebolehan untuk melihat, memikirkan, memahami dan mengambil pengajaran dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kita sudah "terhijab" dari melihat pintu-pintu kebaikan.

Manusia di sekeliling kita juga seperti tidak sedar akan keadaan kita dan selalu saja ada yang menghalang mereka dari mengajak kita ke arah kebaikan. Bahkan, sekalipun telah datang pesanan kebaikan itu kepada kita, kita sendiri yang akan mengendahkannya kerana kejahilan pada diri kita.

Renungkanlah... Tazkirah pagi Jumaat...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment