Saban hari kita mengalami pasang surut dalam kehidupan kita. Ada masa kita gembira dan ada masanya kita sedih. Kegembiraan dan kesedihan itu mencerminkan jiwa kita, naluri kita dimainkan oleh emosi dan emosi datang dari persekitaran.
Kita selalu beranggapan bahawa kesedihan adalah satu perkara yang kita taknak. Kita nak elakkan dalam kehidupan seharian kita.
Kita selalu beranggapan bahawa kesedihan tidak memotivasikan diri kita dan kita juga selalu beranggapan bahawa kegembiraan akan sentiasa memberi impak yang lebih baik kepada diri kita dalam melayari kehidupan seharian.
Mana yang lagi memberi impak? Sedih atau gembira?
Kita boleh ibaratkan kesedihan itu umpama ubat yang pahit. Memang sukar untuk ditelan tetapi akan memastikan kita berasa sihat di masa hadapan.
Kesedihan akan menjadi ubat yang mujarab apabila kita mendampingi dan memohon kepada yang Maha Mulia dan Maha Suci untuk membantu kita melalui doa yang kita panjatkan.
Kesedihanlah yang menjadikan manusia itu hebat dan maju kehadapan. Kesedihanlah memotivasikan diri kita untuk lebih berjaya. Kesedihanlah yang akan membangkitkan jatidiri setiap individu. Kesedihanlah meletakkan kita samada menjadi insan yang berjaya atau yang gagal.
Bersyukurlah yang kita masih diingati oleh Allah dengan diberi sedikit kesedihan tetapi dijanjikan ganjaran yang hebat di masa hadapan bagi kita yang mahu berfikir!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali kepada orang yang berpesan-pesan dalam kebenaran dan berpesan-pesan dalam kesabaran.
Sent via BlackBerry Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya follow...
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
spageti..11 years ago
-
2012......iam back12 years ago
-
Demi masa12 years ago
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment