Ia mungkin disebabkan oleh perasaan sayang, cinta, kasih kepada pasangannya. Bila ianya melanda, pikiran akan melayang menyebabkan adanya rasa was-was dan berpikiran syak wasangka. Ada baik dan buruknya bila berpikiran demikian tetapi biarlah diundangi dengan fikiran yang waras dan bukan tuduhan dan tindakan yang melulu yang tidak berasas. Berbincang, Argue dan mintak penjelasan. Cari bukti dan alibi sehingga puas dihati. Perbalahan dan pergaduhan kengkadang penting dalam perhubungan. Sebab ianya akan merapatkan hubungan suatu pasangan.
Mungkin sang pencinta ingin memastikan yang dia tidak diperbodohkan oleh yang tersayang. Oleh itu, dia akan cuba mengekori kemana pasangannya dengan berbagai cara. Ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh pasangannya semasa berjauhan. Dizaman sains dan teknologi banyak cara yang boleh digunakan tetapi yang selalu saya dengar dan baca adalah Friend Finder. Dia mungkin tidak yakin dengan diri sendiri atau ketulusan pasangannya. Dia mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri.
Mungkin sang pencinta pernah menipu pasangannya dan pembohongan itu dapat dihidu atau terbongkar. Sesuatu yang sukar diterima oleh setiap manusia. Mungkin padanya itu adalah perkara remeh atau tidak penting akan tetapi tidak pada pasangannya. Ungkapan orang tua-tua “Jangan sampai pisang berbuah dua kali”. Pembohongan juga berlaku selalunya bila adanya orang ketiga. Sang pencinta tidak mahu melukakan pasangannya walaupun dia mengetahui ianya kemudaratan melebihi kebaikan. Bermula dengan hanya flirting….
Mungkin sang pencinta mempunyai rasa rendah diri (low self-esteem). Mungkin pengalaman yang lalu menyebabkan beliau begitu. Perasaan begini mengakibatkan beliau akan membuat perbandingan dan tindakan yang tidak wajar. Semua tindakan pasangannya dirasakan ada motif disebaliknya. Setiap panggilan telefon, perbualan pasangannya, pesanan ringkas dan sebagainya dirasai sebagai cubaan untuk merosakkan perhubungannya. Selalu berpikiran negetif yang akan menyebabkan pasangannya terasa lemas dan letih untuk menerangkan setiap tindakan atau perbuatan yang dilakukan semata-mata untuk memuaskankan sang pencinta.
Mungkin sang pencinta mempunyai sikap yang suka menguasai (control freak). Beliau akan berbuat apa saja untuk mengetahui tindak-tanduk pasangannya. Username dan Password, sering bersama dengan pasangannya, berhubung setiap detik dan sebagainya diguna-pakai untuk tidak membenarkan pasangan berhubung dengan dunia luar. Padanya mungkin itu menunjukkan kasih, sayang dan cinta beliau kepada pasangannya. Mungkin juga beliau berpikiran yang pasangannya adalah miliknya. Mungkin juga beliau tidak memahami rentak pasangannya.
Akan tetapi sang pencinta perlu sedar bahawa bila berpasangan, perlu ada perasaan saling hormat menghormati, bertimbang rasa, bertolak ansur, tidak berperangsangka dan sebagainya perlu ada dan wajib digunapakai. Setiap manusia selalunya akan sedar siapa yang mampu membahagiakan dirinya, siapa yang sesuai dengan dirinya, siapa yang menyayangi dirinya seadanya, siapa yang menerima dirinya seadanya dan siapa yang ini dan itu.
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Friday, May 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya follow...
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
spageti..11 years ago
-
2012......iam back12 years ago
-
Demi masa12 years ago
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment