Tanpa tinta naskah cinta
Kajangan puisi tersirat tersurat
Mahu ku lakar dengan darahku
Jika kau akur erti pengorbanan
Akan terpikul kita perjudian cinta?
Andai aku mentari
Bahang dan kilau serata maya
Pasti tiada derita untuk dikongsi
Tapi bukan dirimu
Yang menatap riak wajahku
Yang mengupas segala rentetan
Takkan punah, takkan sudah
Takkan tersangkal takdir
Alchemy hati bertaut kasih
Andai ku ingin menyapa
Bisakah aku tanpa melukaimu?
Andai ku ingin bermimpi
Bisakah aku tanpa melukakanmu?
Apabila ku timbang tara sekian kali
Biarlah abadi cinta hanya di hati
Bak kelopak kenangan nan mekar
Biarkan aku berpaling ketika ini
Tanpa kau saksi genangan airmata
Berpegang janji dengan cintamu
Dalam kemelut jua kekalutan
Adakala misteri alam amat indah
Dek catuan masa suatu perjalanan
Ibarat tatkala ku lihat rambulan setelah subuh
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
'Tahanan rumah': Adakah peruntukan seumpama itu?
5 hours ago
No comments:
Post a Comment