IP

Monday, October 11, 2010

Pesanan buat si dia

tolong...
tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
tolong betitahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga...
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana ditelapak itu syurganya...
tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya...
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...
tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...

tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...



Ya Allah Ya Tuhanku...
telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini...
sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik, yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi,
maka permudahkanlah urusanku, permudahkanlah urusan dia dan permudahkanlah urusan kami berdua...
Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim...
lindungilah imanku Ya Allah, lindungilah iman dia Ya Allah & lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini...
Amin... Ya Rabbal Alaminn....



Cinta...
Karya indah Sang Pencipta...
Dimulakan di syurga...
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa...
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa...
Dengan kadar yang berbeza...
Cinta sebenarnya tidak buta...
Cinta adalah sesuatu yang murnu, luhur dan diperlukan...
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan...
CINTA, MENCINTAI atau DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia...
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri...
Pilihan adalah di tangan kita...
Ke kiri atau ke kanan, kita yang tentukan...
Jikalau tertarik kerana parasnya, keelokkan parasnya dapat menyesatkan...
Jikalau tertarik kerana kekayaannya, kekayaannya dapat musnah...
Tertariklah kepada yang memberikan senyuman, keranan senyuman dapat menceriakan hari mendungmu...

No comments:

Post a Comment