IP

Saturday, April 30, 2011

Sedih dan Berduka

Tidak salah untuk merasa sedih kerana ia suatu perasaan. Tidak salah untuk merasa kecewa kerana itu juga suatu perasaan. Tidak salah juga untuk menangis kerana ia sememangnya jua sebuah luahan perasaan sedih dan kecewa.

Namun yang menjadi salahnya apabila melebih-lebihkan kesedihan itu dengan menyalahkan takdir, lalu melakukan perkara-perkara yang menyalahi fitrah.

Dimanakah kesabaran yang diajar ???
Kadang-kadang kita menyalahkan takdir sampaikan kita menangis dan terlalu kecewa, tetapi hakikatnya mungkin DIA tidak berkehendak kita jatuh ke tempat yang tidak baik.

Cuba kita teliti jalan-jalan yang pernah kita lalui dahulu, kadang-kadang ada kehendak yang kita tidak dapat penuhi lantaran tidak mendapat keizinan, dikecewakan, ditipu dan sebagainya.

Selaklah kembali kisah-kisah selepas kejadian memilukan tersebut, tentu ada kebaikan yang tersingkap lalu kita mengucap 'Alhamdulillah', 'nasib baik', 'kalau tak' dan ucapan yang seumpama dengannya.

Semua itu adalah hikmah, hikmah yang tersembunyi ketika berlaku musibah pada kita, kemudian terzahir beberapa waktu andai kita duduk berfikir. Semua itu untuk kita lebih mensyukuri setiap nikmat yang ada di depan mata kita.

Benarlah perkara yang berlaku dilakukan secara bergilir-gilir dengan perkara kebaikan dan keburukan. Ianya peluang untuk kita membuat pilihan sama ada hendak berbuat baik atau berbuat jahat. Pilihlah mana satu kata hati dan kehendak kita.

Tapi ingat, natijah dan kesan untuk keduanya berbeza.

Akhir kata, janganlah bersedih pada ujian yang menimpa. Bukan hanya kita yang merasa, orang lain juga lebih teruk menderita. Namun dengan ujian itu mereka yang bersabar akan diangkat darjat mereka.

Seperti kata pepatah....

'Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi.

'Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan seorang insan.'

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 29, 2011

Suatu renungan....


Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cintamu, jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.
Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu.. tapi kembali kan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur. Jgn amik kesempatan & jgnlah melukakan.
Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus di persalahkan… relakanlah cinta tu pergi. Kerana setiap yg berlaku ader maksud yg tesembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu. Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. 
cinta itu anehh......

MAK…


Petikan dan utk renungan dipagi Jumaat...


Bila dahaga, yang susukan aku…..mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak


Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak
Bila sambut anniversary … Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Memang Allah sengaja….


dipetik dari blog yg dibaca untuk renungan di pagi Jumaat....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. …..

SingaLautMetrO: TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED

untuk renungan dimanakah kita......

SingaLautMetrO: TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED: "DICERITAKAN mereka yang mendakwa sebagai sahabat, rakan sekerja dan yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Latar kehidupan allah..."

By Stylist

Sinar.fm
7:32am


I Can't Give You Anything But My Love

If I had money I'd go out
Buy you furs treat you like a queen
And in a chauffeured limousine we'd look so fine
We'd look so fine
But I'm an ordinary guy
And my pockets are empty
Just an ordinary guy
But I'm yours 'till I die
I can't give you anything but my love but my love
I can't give you anything but my love but my love
I can't give you anything
I cannot promise you the world
Can't afford any fancy things
But girl I give you all I own
I cannot buy you diamond rings
No string of pearls no strings of pearls
But my devotion I will give all my love just to you girl
My devotion I will give for as long as live
I can't give you anything but my love but my love
I can't give you anything but my love but my love
I can't give you anything
I can't give you anything
I can't give you anything anything but my love buy my love
I can't give you anything but my love but my love
I can't give you anything but my love

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 28, 2011

Blank...

it seems 2 days now i haven't write anything on my page..... BLANK!!!!!

Tuesday, April 26, 2011

For the Rest of My Life

Sinar.fm
8:30pm


For the Rest of My Life : Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally

Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Adakah kita mengalah dengan kehidupan?

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus.

Sungai Kehidupan ini mengalir terus tetapi kita menginginkan keadaan status-quo. Kita tidak melakukan apa-apa, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.

Penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Usaha pasti ada pasang-surutnya. Dalam berumah-tangga, pertengkaran kecil itu memang wajar. Persahabatan pun tidak selalu mesra.

Apakah yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

Apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan.
Kita leburkan keegoan, keangkuhan, kesombongan. Berlembut dengan kehidupan, berlembut selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan.

Kita tidak akan bosan. Kita akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan.

Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan. Itulah sebabnya, kita selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Puteri Kota

ELLA - Puteri Kota


Monday, April 25, 2011

Nasib kita

Wings & Mael : Nasib Kita

Datang dan pergi
Segala menanti
Menentukan arah
Meragut kerinduan
Hanyalah satu lagi
Masih bersembunyi
Kenyataan yang tidak dapat dilihat
Ia tidak akan dapat kau lihat

Warnanya serupa
Namun ianya tidak sekata
Sememang banyak bezanya
Itu yang diperlukan
Mengheret ke dasar lautan
Api atau pun syurga

Di kala tidur yang semakin tak lena
Memisahkan semangat kita yang membara
Bermimpikan indah bila di capai ia tiada
Betapalah sukar menentukannya

( korus )

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada. bencana
Banyak lagi kisahnya

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya

Berikan jalan menuju pulau harapan ( 2X )
oh oh oh... oh oh oh...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kisah dan pengajaran

X kisah la laki ke puan... Tp sanggupkah kita berkhidmat?


Kisah CINTA Seorang Suami
 
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

 
Mereka dikurniakan 4 orang anak …….di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
 
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
 
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
 
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
 
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
 
Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
 
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
 
Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
 
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
 
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
 
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.
 
"Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…"
 
Sejenak kerongkongannya tersekat…"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.
 
Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
 
 
Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
 
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
 
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
 
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
 
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
 
Ketika itu pak Suyatno pun menangis….tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
 
Disitulah Pak Suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…
 
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…
 
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
 
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
 
Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

What else do you want?

Happiness....

Happiness uplifts you
Happiness fills your heart, your mind, and your soul

Happiness gives you the strength you need
Happiness is a great feeling that enters your mind
Happiness takes the sorrow away

Happiness fills you life with joy
Happiness makes you feel happy, excited and thrilled

Happiness warms your heart
It gives you a sense of relief

Happiness welcomes you

Happiness can be seen by a smile and in your eyes
Twinkling with shine

Happiness is a very beautiful feeling which allows you to enjoy
Every day to the fullest

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 24, 2011

Angry, Sad and that's bad

Anger is a form of fear
Anger is a force that can never die
Anger building up
Anger is a virus
Anger is a like vicious circle it goes, around and around

Anger,
The root of all evil
Anger is such a strong emotion
So angry,
So sad

Anger is bubbling away at me
I have good reason to be angry
No one understand,
No one cares
It tears out my heart

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 23, 2011

Rain....

Rain, Rain don't go away
Rain, Rain I hope you stay
You make my friends think what they have lost
You make my friends happy for the one wish they made
Rain, Rain don't stop falling
So they can feel something one last time
Rain, Rain I hope you kill the one who put pain in-my friends of shame
Rain, Rain stop my friends from falling
Rain, Rain. I hoping it'll put my friends pain in-someone else vase before its to late
Rain, Rain help them out so they will be amazed for there is no pain

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 22, 2011

Sudut renungan utk suami isteri....

How I wish I can be that person....
Terasa byk kekurangan diri.....


Mungkin dah ramai yang telah membaca email ini.. tapi saya postkan juga untuk tatapan semua sebagai renungan untuk semua..


Ceritanya begini....
 
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang.

Ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
 
Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
 
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.

Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
 
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kenapa kita mudah lupa?

 

Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :

 

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

 

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.

 

2. Kurang berehat

Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

 

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

 

3. Berdengkur

Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

 

Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

 

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.

 

4. Metabolisme menurun

Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.

 

5. Usia lebih dari 65 tahun

Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.

 

6. Mengalami depresi

Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’. Segera cari pengubatan. Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.

 

7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur

Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

 

8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

 

10 Amalan Popular Tapi Songsang

 

Petikan dari http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/04/10-amalan-popular-tapi-songsang.html

 

 

Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

 

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

 

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

 

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

 

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

 

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

 

Ku ingin selamanya

How I wish....


Unggu - Ku Ingin Selamanya

Cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus tergenapi dalam kisah hidupku

Reff:

Ku ingin slamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin slamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku
Ku berharap abadi dalam hidupku
Mencintamu bahagia untukku
Karena kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu

Back to Reff

Di relung sukmaku
Ku labuhkan s'luruh cintaku
Di hembus nafasku
Ku abadikan s'luruh kasih dan sayangku

Back to Reff

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 21, 2011

What is RESPECT?

RESPECT:

Respect is a lesson that everyone should learn
Respect must be given before an expected return
Respect is something that's given for free
Respect is about us and never about me
Respect is the basis on which relationships are founded
Respect is the anchor that keeps a person well grounded
Respect builds the character and defines who we are
Respect sets the standard and raises the bar
Respect is magnanimous and helps to fulfil
Respect is the partner that sits with good will
Respect is like honey so sweet it's perceived
Respect a taste to savour for when it's received

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 20, 2011

Next CSR Project

Relay for Life by National Cancer Society Malaysia


I hope i'm there....

Addin: Siapakah 'Whistleblower' Sebenar Video Seks Fitnah...

Addin: Siapakah 'Whistleblower' Sebenar Video Seks Fitnah...: "Sejak 21 Mac, gandingan Datuk T diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk Perkasa dan Utusan Malaysia sebagai ‘whistle blower..."

Suatu renungan

Tuesday, April 19, 2011

Hope

What hope means

Hope is bright shining light which keeps darkness at the bay
Hope is gentle cold breeze on a hot summer day

Hope is to remain positive when going gets tough
hope is seeking more when others think u had enough

What hope means

Hope is dreaming of tommorow
Hope is simmering under sorrow

Hope is sparkles when tears in our eyes
Hope is a beautiful thing & beutiful things never dies

What hope means

Hope is as light as a feather
Hope keeps all of us together

Hope is ubiquitous and free of cost
hope is the last thing ever lost.....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 18, 2011

Rindu Bertandang Lagi

06:55 am
Sinar.fm


Rainy morning so does my heart....

Rindu Bertandang Lagi - Hattan

Rindu bertandang lagi kekasih
Hatiku merintih keranamu
Kesunyian mencengkam
Lautan kenangan
Ajaibnya perasaan oh..oh..

Rindu membawa daku kekasih
Pada musim-musim bersamamu
Rasa kasih dan rindu
Yang tertanam buatmu
Di jambangan usiaku

Waktu memisahkan aku denganmu
Kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarah
Dan musim pun berlalu bersama waktu
Kini bertemankan sebuah perasaan
Rasa kasih rasa rindu padamu

Rindu bertandang lagi di hati
Rindu menghampiri kala sendiri
Halaman hidupku yang kosong tak terisi
Sungguh lama dikau pergi
Ha..ha..ha
Ha..ha..oh
Oh..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 16, 2011

Dihati ada kamu?

Aku bertanya kepada diri, di manakah kau dihatiku?

Apakah kau menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hati yang rawan?

Kita dicipta dengan satu hati. Sekiranya cinta bersemi. Jika cinta bersinar, sirnalah segala cinta yang lain.

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku;

"Bila yang istimewa ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah yang menjadi tumpuan dalam hidupku?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap mu?

Dan kita akan terus mengemis kasih...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cerita Jiwa

Selebat gerimis di hati..
Semisteri air di Laut Mati..
Mengapa kau menangis duhai diri?
Mengapa kau merasa dunia ini tidak lagi bererti?
Mengapa kau meragui kasihnya?
Mengapa kau tidak percaya padanya?

Kau mencari-cari..
Meraba-raba di gelap hati pada malam hari yang sepi..
Kau bingung. Nanar dalam ramai.
Kau tidak mengerti mengapa ini yang harus kau hadapi.
Kau menanti, bilakah yang kau bisa dapati.
Kau merasa tak lagi disayangi.

Mengapa?
Mengapa begitu?

Oh, jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau jiwa yang baik,
Jiwa yang rindu,
Cuma engkau keliru...

Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau sedang menzalimi dirimu..
Padahal engkau tidak berhak disakiti..
Jasad dan rohmu adalah anugerah terindah,
Maka mengapa engkau tegar melukai?

Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau jiwa yang besar yang dikasihi.
Engkau jiwa hebat yang berpotensi menyengat
Engkau jiwa kebal yang kalis pada ujian
Engkau sebenarnya bercita-cita tinggi, lalu mengapa kau pilih untuk disakiti?

Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau sentiasa punya satu lagi pilihan.
Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan.
Kembali berteduh di bawah redup kasih.
Kembalilah.

Ya, bak kata para cendikiawan
"Bersamamu, apapun mungkin!"
"Bersamamu, kekalahan pun adalah
kemenangan."

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 15, 2011

Mengapakah Ibumu Menangis?

Tazkirah Jumaat....


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

04. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

05. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

06. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu"

07. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya -tempat dimana cinta itu ada.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sedetik lebih

Hot.fm
6:55am


Anuar zain - SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku… ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 14, 2011

Dunia dan Akhirat

Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dan menyintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja.

Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya, harta, ilmu dan sebagainya.

Namun dalam dunia serba moden ini, apabila menyentuh mengenai cinta ia akan ditujukan kepada sama ada cinta antara lelaki dan wanita ataupun cinta manusia kepada kebendaan iaitu harta dan kemewahan.

Pemikiran begini boleh menjadikan manusia hamba duit tanpa memikirkan hari kemudian.

Namun begitu masih ada yang bijak menguasai dunia dan mengharapkan kebaikan di akhirat. Mereka ini adalah golongan yang beruntung kerana diberikan nikmat untuk merasai keduanya.

Namun begitu, segala kekayaan dan kemewahan hendaklah jangan kedekut untuk dibelanjakan bagi mencapai kesenangan di dunia dan di akhirat.

Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun, ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Itulah yang melalaikan hamba-Nya.

Penuhi amal dan iman. Satu jalan mudah untuk menjauhi sifat kedekut iaitu perasaan terlalu cintakan dunia ialah penuhi dengan amal dan iman. Perkara ini mampu membersihkan jiwa dan hati daripada menjadi keras daripada hanya memikirkan dunia semata-mata.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Anda Semakin Matang Bila...

Words of wisdom.....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 13, 2011

Pulihkanlah baki cinta yang ada

3:50am
Bedtime story
CL : ManU vs Chelsea : 1-0 : 49:50


Kita ialah jiwa hamba. Jiwa kecil kita ini mudah tersentuh apabila perasaan tidak serasi dengan fitrah. Fitrah manusia senang hanyut sekiranya tiada iman sebagai pendinding. Kebal kita bukan kerana kuat atau sihat tubuh badan tetapi kuat iman menahan asakan di setiap penjuru.

Kadangkala apabila perkongsian terbina bukan kerana cinta yang tulus maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta daripada terus menerjah ke sumur hati.

Mulalah timbul niat di hati mahu berpisah ataupun membujang. Kita juga lupa apabila sudah berkahwin tiada lagi wangian melekat di badan seperti seawal bercinta dahulu. Kini yang tinggal hanya bau yang tidak menyenangkan lantaran penat bekerja.

Kini barulah kita tahu tembelang sebenar pasangan. Si suami bangun lewat tatkala Subuh menuju penghujung dan si isteri pulang lewat malam tanpa keizinan. Memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga.

Kita cuma terfikir kehidupan di dunia sahaja. Apabila timbul soal perkongsian hidup, ianya hanya berupa material luaran sahaja. Tiada lagi pertimbangan rohani dan tiada lagi soal kebahagiaan si dia, kebebasan si dia atau mengerti tentang si dia.

Kita selalu mengharapkan si dia sempurna tetapi adakah kita sedar pasangan kita juga menagih kebaikan dan tanggungjawab kita kepada institusi yang dibina seperti yang kita ikrarkan dulu.

Benar qadha' dan qadar adalah ketentuan daripada yang Maha Esa. Kita hanya merancang tetapi Allah SWT yang menetukan soal jodoh, maut, dan rezeki kita. Tidak penting di mana kita bermula tetapi ke mana kita berakhir. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Ianya umpama mengemudi sebuah kapal yang penuh dengan barangan dagangan untuk di layari di tengah-tengah lautan, ia adalah tanggungjawab.

Ingat! Laut pula tidak pernah sunyi dari ombak dan pelayaran tetap diteruskan. Hanya yang tinggal ialah kebijaksanaan komunikasi antara nakhoda dan kelasinya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 12, 2011

Nilai sebuah kehidupan

Teman,

Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.

Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.

Hadiah yang mahal tiada nilainya kalau diberi tanpa rasa kasih, tapi hadiah yang biasa-biasa mampu mengikat hati seseorang andai diberi dengan rasa sayang...

Hadiah tak perlu yang mahal cukup dengan sepotong doa tulus dari hati kita mampu mengikat hati orang yang kita sayang hingga ke syurga!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 11, 2011

What I want

From fren fb....


What i want is the perfect life
Free from suffering and strife
To be loved unconditionally
And to see everything clearly
To get rid of all this pain
A chance to stay sane


... duit bukan segalanya. A good partner is the best present of all.

Partnership di ibaratkan seperti kain putih. Apakah corak yg kita inginkan, kita yg tentukan....

Afterall kita adalah pengarahnya...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 10, 2011

Janji

Ternyata ketara hadirmu
Bak ombak mengubah pantai
Penuhi ruang rongga sepi
Ku mohon hanya cintamu
Kerna denganku tinggal kenangan
Bayangmu jua telah pergi
 
Hari-hariku hanya dirimu
Cinta Adam dan Hawa
Wujudnya sedari azali
Abadinya ia entahkan pasti
Walau tanpa simpulan
Untukmu kekal di ingatan
 
Jika kau tahu setiap saat
Aku merindui
Firasatku tak keruan
Tanpa khabaran
Sempadan tiada bertepi
Amat jauh untuk bersua
Mungkinkah terselit rindu buatku
Dalam mu mengharungi harimu
Apakah petanda untuk ku yakini?
 
Dengan doa dan cinta
Ku kirim pada bayu
Ku selit pada arakan awan
Sekiranya dapat digapai
Jua dapat diungkap
Olehmu entah hala arah
Di pusara cinta tanpa nama

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 9, 2011

Doing good deeds...

2day is the 2nd time I'm doing csr. Last time is food for life coordinating by 1901. My ex-boss was there for a short stint.

Sometimes I follow her giving pack foods for the needy at Post Malaysia, Bangkok Bank, something about kotak place. Its fun and tiring but I felt bless of my heath, my strength, my physical, my financial etc.

They are majority homeless people who live, eat, sleep are on the street.

Now my new place of work also doing csr. I coordinate 1 csr event 2day at Taman Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah PJ. Place for the disabled chidren.

Quite sad when seeing those kids. Ada yg dh almost 56 yrs old. Ada physical, mental neuro... Ada yg ditinggalkan begitu saja oleh parents... Ada yg yatim piatu sbb mak ayah mati sbb aids hiv... Kesian..

Terasa I'm been blessed with the healthy kids. Make me bersyukur diatas nikmatNya. Thou sometimes make me naik angin but I loved them. Thank you Allah.

Attached are few shots I took for us to ponder.

My 3rd csr will be at Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong nx wk on 16/4. I will share my experience with anak-anak yatim piatu yg if not mistaken from tadika ke spm. Ni all muslim.

Till my nx csr......

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

I hate...

I hate the part where the end for us is beginning.
I hate the part when we ignore that something isn't
right.
And hurt each other even more
I hate the part where we ignore each other.
I hate this part right now...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 8, 2011

Betulkah pilihan kita?

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah? Teman yang tak 'ngam'? Ataupun pasangan yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, mengenali manusia lain. Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya. Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Akhirnya...
Kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? Bukan tidak berusaha untuk mencari titik persamaan tetapi seakan titik itu menjauh dari pandangan.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita. Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang salah itu sendiri banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah. Semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman. Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah. Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang mengetahui kenapa kita dipertemukan dengan pasangan kita.

And He Knows best.

Bersabar, dan teruslah berdoa. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 7, 2011

Kau yang punya

My friend shoot this song probably to whom it may concern la kot......


Kau Yang Punya - Malique ft Najwa


Korus:
Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Verse 1
Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Korus

Verse 2
Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Korus

Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Korus

Kuhanya punya kau
dan
hip hop

Outro

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Catatan pagi....

Pesanan dari teman.....

"Teman, saat kita mendapatkan kesusahan, tulislah semuanya itu di atas pasir. Biarkan angin keikhlasan akan membawanya jauh dari ingatan. Biarkan catatan itu akan hilang bersama menyebarnya pasir ketulusan. Biarkan semuanya hilang, lenyap, dan pupus. Namun ingatlah, saat kita mendapatkan kebahagiaan, pahatlah kemuliaan itu di atas batu. Agar tetap terkenang, dan membuat kita bahagia. Torehlah kenangan kesenangan itu dalam kerasnya batu, agar tidak ada sesuatu yang dapat menghapusnya. Biarkan catatan kebahagiaan itu tetap ada, biarkan semuanya tersimpan".


Oleh itu.....

Mencintai...
bukanlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu mengerti ,bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Teman sejati...
mengerti ketika kamu berkata aku lupa, menunggu selamanya ketika kamu berkata tunggu sebentar, tetap tinggal ketika kamu berkata tinggalkan aku sendiri, membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata bolehkah saya masuk?

Orang terkuat...
bukan mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh, entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan yang telah kau buat.

Apabila cinta tidak berhasil...
bebaskan dirimu, biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi, ingatlah bahawa kamu mungkin menemukan cinta dari kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati
bersamanya.

Cinta yang agung...
adalah ketika kamu menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum seraya berkata aku turut berbahagia untukmu.

Dalam urusan cinta...
kita sangat jarang menang tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kamu tetap menang hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Ketika kita membayangkan?

Itu kerana hal terindah di dunia tidak terlihat. Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita. Ketika kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan cinta.

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka......

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 6, 2011

Sebuah realiti kehidupan

12:40am
Bedtime story


Cita-cita tak selamanya jadi kenyataan. Bahagia yang diharap, badai yang diraih. Berharap terbang keawan biru, yang ada petir yang menyambar. Berharap taman yang sarat semerbak bunga-bunga kehidupan, yang didapati simbol simbol kematian.

Kehidupan menjadi awan pekat yang penuh kebisuan dan sarat penderitaan. Waktu pun seolah bergerak perlahan, sementara kebahagiaan terbang kian jauh dan menjadi hal yang mustahil untuk diraih.

Tapi, ketika cita-cita itu berhasil di gapai, bahagia yang diharap datang sesuai harapan, dunia serasa berbunga-bunga. Hari-hari begitu indah mempesona. Beban hidup serasa menghilang. Canda-tawa, senyum bahagia senantiasa nampak dalam setiap detik.

Bahkan waktu pun terasa begitu cepat berlalu. Kehidupan ibarat gelombang, pasang surut hal biasa, seperti putaran waktu, siang malam hal lumrah. Jika hanya pasang saja atau siang saja, bukanlah kehidupan namanya begitu pula sebaliknya.

Kehidupan sarat dinamika. Ibarat roda pedati, kadang di atas kadang pula di bawah. Pergantian suasana dan putaran roda itu adalah seni yang memperindah rona kehidupan.

Begitulah hidup ini, yang penting kita menyedari bahawa ada Yang Esa disebalik semua itu. Keikhlasan, kesabaran dan keredhan menerima takdir, insyaAllah merupakan kunci untuk keluar dari belenggu yang melilit.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 5, 2011

Apakah masih ada kemaafan?

5:22am
Bedtime story


Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan walaupun sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang hadir menambah nilai erti kehidupan kita. Samaada mereka akan pergi meninggalkan kita atau kita akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

Kita seringkali mendengar, manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan, untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya. Ia mengajar kita bahawa manusia belajar melalui kesilapan, walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti kerana mungkin dia juga disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita? Mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

Mengapakah merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan? Kita sebenarnya telah membayar harga yang mahal kerana itu, hanya kerana enggan memaafkan.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan, mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 4, 2011

Nukilan dari teman

Tetiba teringat kata2 kawan. Penah post dlm komen kat blog. Ni sy nukilkan.....


Siapa saya untuk membuat andian...
Siapa saya untuk membuat telahan...

Siapa saya untuk membuat persepsi...
Siapa saya untuk membuat penghakiman....

Siapa saya untuk menegur...
Siapa saya untuk mengajar...

Saya adalah manusia biasa........

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kehilangan

12:30am
Bedtime story
City vs Sunderland : 5 - 0 : 74:36


Kehilangan orang yang disayangi adalah satu episod yang begitu sukar ditempuhi dan kesedihan serta sengsara yang dialami mungkin mengambil masa untuk berlalu.

Dengan kehilangan itu menyusul pula cetusan pelbagai rasa dan emosi. Biasanya hidup seseorang dalam situasi ini akan menjadi gelap dan kosong.

Kita seolah-olah hilang punca, tercari-cari dan tidak pasti tentang apa yang telah dan akan berlaku. Dan bila sebegini, kita tidak pasti dan takut untuk meluahkan apa yang dirasa kerana khuatir percakapan itu akan mengguriskan lagi perasaan dan mengeruhkan lagi keadaan.

Banyak kali, kita rasa seolah kita tidak boleh melakukan apa-apa bagi meringankan beban yang digalas.

Orang Lain, Lain Dukanya. Setiap perasaan duka yang dialami adalah berbeza untuk setiap insan.

Luka dari kesedihan mengambil masa yang lama untuk pulih. Sembuh dari kesedihan mengambil masa. Proses ini tidak boleh dipaksa atau dipercepatkan dan tiada jadual atau jangkamasa bagi sembuh dari kesedihan.

Pada saya, percakapan seperti ianya sudah ditentukan atau ramai orang telah melaluinya seharusnya dihindarkan. Percakapan sebegini akan membuatkan seseorang yang berduka itu menjadi lebih sedih.

Untuk menolong, biarkan dia tahu bahawa dia bukan keseorangan dan anda ada bersamanya untuk berkongsi apa yang dia rasakan. Tidak Perlu Cakap Apa-Apa. Hanya bila seseorang yang berduka bersedia untuk bercakap, barulah mereka mula bercakap tentang apa yang mereka alami.

Oleh itu interaksi yang sebaiknya adalah dengan mengucapkan "Saya tidak pasti tentang apa yang awak rasa atau perlu, tetapi saya ada di sini untuk membantu. Beritahu saya apa yang awak perlukan".

Berkongsilah tentang pengalaman yang pernah dilalui dan bagaimana anda menyelesaikan episod itu.

Mereka yang kehilangan orang yang dikasihi akan melalui empat fasa kesedihan - penafian, kemarahan, kemurungan dan akhirnya penerimaan. Dengarlah apa keluhannya dan nyatakan yang anda faham dan ingin berkongsi duka itu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 3, 2011

Mana hilang kebahagiaan?

1:15am
Bedtime story
Arsenal vs Blackburn


Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia.

Sesungguhnya bahagia itu bukan akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang akan bertambah terangnya.

Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa, pasangan kita yang patut merasa kebahagiaan itu. Jika yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Jika menderita, itu petanda yang kita menderita.

Hargailah kehadirannya. Rasakan bahawa dia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Dia adalah anugerah buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia.

Itulah insan yang sewajarnya diberi perhatian. Tetapi apakah kita menghargainya?

Cuba renungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding dengan keretanya. Batuk isteri semacam tidak didengari tetapi "Batuk" kereta cepat-cepat dihantar berubat. Itu belum lagi yang membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah.

Atau isteri yang leka dengan kehidupannya sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Ada yang bertanya bagaimana hendak menghargai pasangan. Jawapan saya, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Jalan akan tersedia kepada orang yang berkehendakan.

Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Lihatlah dengan mata hati.

Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi tetapi suatu yang murni dan hakiki; kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb, cinta itu tindakan. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya.Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Menonton tv bersama belum tentu lagi bercakap.

Malah, bila berjauhan pun belum tentu bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan pasangan. Akan tetapi bila pasangan tiada lagi, ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi. Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula itu sama dengan yang pernah bertahta dihati.

Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi ada yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'.

Ingatlah, kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 2, 2011

Redakan amarahmu itu

Bagaimana rasa apabila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita
berdepan dengan"pelakon" handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau
karier kita?

Jawabnya… JANGAN MARAH!

Kemarahan kita kepada seseorang akan
memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik– bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri.

Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan'musuh-musuh' kita.

Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang– sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah– degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap…

Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah "pandang betapa hodoh wajahmu di muka
cermin!" Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi'e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi.

Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga
bahkan agama.

Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai
pada tempat, sebab dan keadaannya. Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar.

Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama.
Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai 'teguran' daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera.

Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan.

Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk
difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai 'pekerja' dan diri kita sebagai 'majikan'nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah
semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan 'mentah'. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 1, 2011

LHDN

Huhu LHDN baik hati. Baru declare last week, arini dh smpi. Kaya kejap. Bule cover seminggu expenses haha...

Anyway thks LHDN sbb very effective and efficient..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pertarungan dalam diri

1:10am
Bedtime story


Pikir dan rasa adalah dua benda dalam jiwa manusia yang berkait rapat. Masalahnya, ada antara kita memiliki pikir dan rasa yang terpisah jauh sehingga sewaktu berpikir, kita tidak merasakan pikiran itu dan tatkala merasakan, kita tidak memikirkan apa yang kita rasakan.

Sebaliknya ada di antara kita yang tidak dapat memahami perasaan sendiri maupun orang lain. Kita hanya menggunakan pikiran sebagai dasar penentuan ucapan atau tindakan yang akan kita keluarkan tanpa mempertimbangkan unsur perasaannya.

Keseimbangan antara pikir dan rasa diperlukan untuk membangun jiwa dan tindakan yang tepat. Dominasi pikir dengan mudah memerangkap kita masuk ke dalam sikap atau tindakan membenarkan diri tanpa mempedulikan pada perasaan orang lain.

Sebaliknya, dominasi rasa akan membuat kita sukar memahami apa yang sedang terjadi dengan diri kita dan menyebabkan kita terumbang-ambing oleh ombak emosi.

Orang yang dikuasai rasa akan menganggap orang tidak mengertinya. Orang ini sentiasa membalut hatinya yang terluka namun gagal melihat kenapa ada orang melukainya atau apakah memang orang melukainya.

Ketidakseimbangan antara pikir dan rasa menciptakan jarak atau negatif dengan orang. Kita akan merasa tidak selesa bersama orang yang hanya peduli dengan perasaannya dan tidak mampu melihat apa yang membuat kita bertindak seperti itu. Kita pun tidak akan suka bersama orang yang tidak dapat melihat tindakannya. Perbezaan ini menjauhkan orang dari sesamanya dan membuatkan orang buta terhadap realiti.

Merasakan yang kita pikirkan dan memikirkan yang kita rasakan adalah keseimbangan yang perlu dan layak kita perjuangkan. Makin keduanya terpaut, makin besar celah jiwa yang tercipta dan makin sering dosa menyelinap masuk.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone