IP

Monday, June 21, 2010

Jangan ada benci...

Teringat apa apai kata "bae, dlm perhubungan, kita jgn memaksa. Kalau dia suka kita, dia terima kita seadanya dan stay ngan kita. Kalau tak, biarlah dia pergi. Kita xde hak nak menghalang. Yg penting, kita terima seadanya." Time tu dok pikir apa la apai ni merapik. Pandai gak mamat ni berfalsafah. Maklumlah orang dok tengah mencuba nasib ngan semua huruf yang ada dalam abjad A-Z hehehehe.

Bila dikenangkan, betul juga katanya. Kawan tadika dah hilang tah kemana. Begitu juga dengan kawan sekolah rendah, menengah, kawan kolej, kawan universiti, kawan kerja (dah berbagai tempat dah kerja). Yang ada pun hanyalah beberapa kerat je. Mungkin tu lah kawan sejati. Tu pun ada yang datang dan pergi gak.

Level ikatan ukhwah (pinjam kata-kata sape tah hehe) tu yang membezakan antara kawan biasa ngan kawan sejati. Bukan senang kita nak berkawan apatah lagi mempercayai antara kita bagai tiada rahsia. Akan tetapi, pilihan ditangan kita. Dayung ditangan, perahu diair. Jika keputusan tidak menyebelahi kita, harapan dan doa dipanjatkan untuknya. Moga dirahmati, diberkati dan dipermudahkan hidupnya oleh Allah.

Yang penting.....

Jangan Ada Benci - Casey

( 1 )
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

( ulang 2 & 3 )

( ulang 3, 4 & 1 )
Di sudut hati

Sent via BlackBerry Smartphone

No comments:

Post a Comment