IP

Sunday, January 1, 2012

Wahai TUHAN

Wahai TUHAN
Aku menjadi malu untuk terus meminta
Sedangkan hakikatnya
Engkau memang inginkan ku meminta pada Mu
Lihatlah segala nikmat yang sedang Engkau berikan
Tak terhitung tinggi nilanya
Engkau member ku kehidupan
Rumah untuk ku berlindung
Kereta untuk ku bergerak menuju destinasi
Dan banyak lagi
 
Deria mata ini
Sekiranya nya Engkau mengambil semula pandangan  mata ini
Bagaimana untuk aku meneruskan kehidupan ini
Aku tidak akan dapat lagi untuk
Bergerak ke sana dan kemari
Apatah lagi meneruskan sisa kehidupan ini
Tanpa mata seluruh kehidupan ini menjadi sukar
Selama mana orang sudi memimpin ?
Sehari dua, sebulan dua mungkin bolehlah
 
Wahai Tuhan
Terima kasih diatas segala nikmat Mu
Sempena di awal 2012 ini
Ku memohon
Berilah kemanisan dalam ibadat ku
Agar kita senantiasa dekat selalu
Dengarkanlah segala DOA DOA ku
Agar tercapai segala harapan ku
Kurniakanlah ketenangan dalam kehidupan ku
Agar tiada bisikan yang datang menggangu ku
Hulurkan pertolongan Mu di dalam kesukaran ku
Agar dapat ku berpaut pada Mu
Dan tidak tersalah haluan ku
Usah sesekali aku diuji
Bimbang nanti
Tak terlarat ku bawa diri
Usah diberi harta yang berlebihan
Kelak kesombongan berpanjangan
Percukupkanlah segala yang telah ada
Tidak terlebih mahu pun terkurang
Agar dapat ku teruskan sisa kehidupan
Seandainya ada yang terlebih untuk ku hulurkan
Itulah yang sangat sangat ku perlukan
Wahai Tuhan
Sesungguhnya engkau tidak pernah memungkiri janji
Wahai Tuhan dambaan hati ku dan kalbu ku
Inilah permintaan hati di kala sunyi
Pengubat resah di kala menyendiri
 
Ilham rasa: LUKHMAN S.

Sent from U Mobile

No comments:

Post a Comment