Wednesday, January 11, 2012

Ikhlas ke?


Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,

Memberi serela jiwa.

Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tidak bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya,
"Ikhlas ke aku?"
"Ikhlas ke dia?"

Tapi mereka selalu kata,
"Saya ikhlas"
Mereka selalu persoalkan,
"Ikhlas ke?" atau "Macam tak ikhlas je"
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana disebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita diawal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita ditengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita dihujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang dihati.

Ikhlas itu milik Allah.

Hati-hati menjaga hati......

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget