IP

Tuesday, September 6, 2011

Nukilan jiwa


Email yg diterima membuatkan saya pasrah.......

Terkadang dalam titik nadir hidup ini dan dalam saat-saat kita mencari haluan hidup, keberkahan sebaris perkataan semangat dari seorang yang bergelar ibu boleh membuatkan kita kembali bernafas.
Kerana insan yang bergelar ibu itu amat teristimewa di sisi Allah.
Memang seorang ibu itu Allah kurniakan kepada mereka berbagai-bagai keistimewaan. Doa mereka kepada anak-anaknya tiada hijab. Keikhlasannya menjaga keluarga dan suami mendapat pahala yang berlipat ganda.
Malah seharian menjadi seorang ibu yang bertarung dengan tugas dan berperang dengan anak-anak yang comel dan nakal akan mendapat pahala jihad. Apalagi jika seorang Ibu itu terlibat dengan dakwah dan mentarbiyah manusia.
Bukan semua wanita boleh menjadi ibu kerana gelaran ibu itu bukan setakat melahirkan, atau hanya menyusukan atau hanya memberi pelajaran dan memastikan anak-anaknya cemerlang di dalam pelajaran duniawi atau sekadar mengajarkannya sedikit ilmu Ukhrawi itu, tetapi lebih jauh dari itu, jauh yang harus diselami oleh seorang ibu dalam lautan jiwa anak-anaknya!
Memang kebanyakan ibu gembira dan bahagia bila anak-anaknya tidak menjadi Si Tenggang atau Si Malin Kundang! Lebih membahagiakan seorang ibu apabila melihat anak-anaknya berjaya menjadi seorang profesional!
Apalah guna seorang anak yang menjadi seorang profesional tapi kosong jiwanya! Mandul amal dan Imannya. Bacul dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang Muslim dalam memahami Deennya.
Sebab itu mendidik anak-anak memerlukan ketelitian, kesabaran dan berhati-hati. Mendidik bukan hanya memindahkan pengetahuan dan nilai-nilai kerana pada hakikat yang dididik adalah JIWA. Jiwa hanya bisa disentuh dengan kebenaran. Dengan al-Quran dan dengan qudwah ibu dan ayahnya.
Berapa ramai ibu dan ayah yang dapat memahami ini? Memahami hakikat jiwa dan ruhiyah ini!
Bagaimana hendak mendidik jiwa anak-anak sekiranya jiwa ibu dan ayah tidak stabil Ubudiyahnya pada Allah? Tidak stabil Iman dan mujahadahnya!
Bagaimana anak-anak hendak hidup jiwanya jika ibu dan ayahnya hidup bermewah-mewahan. Jika ibu dan ayahnya jarang-jarang membaca al-Quran?
Bagaimana hendak hidup jiwanya jika ibu dan ayahnya hanya membentangkan dalam kehidupannya keseronokan dan kemewahan?
Aduhai, pasti akhirnya anak-anak ini akan menjadi rapuh jiwanya bilamana berhadapan dengan lempung dunia dan tidak dapat membawa jiwanya pada cerapan cerapan Ukhrawi! 
Pasti jiwanya akan buta dari langkah-langkah kesucian. Tergila-gila di jalanan dunia! Akhirnya membawa hidupnya ke arah kenistaan dan bergelumang dalam putaran arus nafsunya hingga dia lemas dan tidak dapat bernafas!
Alangkah bahagia anak itu jika memiliki ayah yang kuat dan ibu yang suci jiwa dan bersemangat mencintai Akhirat! Pastinya mereka dapat memberikan nafas semangat dalam Ubudiyah kepada Allah!
Begitulah Sayyid Qutb bernafas... Bernafas dengan kata-kata semangat ibunya sehingga tulisan-tulisannya mampu menyuluh dunia dakwah ini. 
Teringat aku ungkapan kata-katanya setelah ibunya tiada dan sewaktu beliau amat downkepergian ibu tercinta, "Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku?"
Begitulah kesannya seorang ibu dalam hidup pejuang ini!
Memang kita memerlukan tiupan semangat dalam perjalanan panjang ini kerana sebagai manusia kita tidak terlepas dari menghadapi suatu perasaan yang sukar dimengerti yang membuatkan kita resah dan gelisah.
Sayyid Qutb juga pernah down dan pernah rasa kecewa sewaktu di dalam penjara. Sewaktu itu dia mengira dakwah lewat tulisannya tidak dipedulikan manusia namun setelah beliau muhasabah terhadap dirinya mengingati kata-kata ibunya barulah beliau mengerti bahawa beliau menulis adalah kerana Allah. Ia adalah satu tanggungjawab yang besar meskipun manusia menolaknya!
Dia bangun kembali.
Penuh semangat.
Penuh Ubudiyah dan penuh keikhlasan kepada Allah hingga Allah kurniakan kepadanya kesyahidan!
Begitulah kehidupan Sayyid Qutb yang mencari kesucian.
Aku tidak tahu, kenapa aku terlalu terinspirasi oleh as-Syahid Sayyid Qutb. Tidak dapat aku gambarkan betapa tenangnya beliau melalui fasa-fasa kehidupan ini keseorangan dan aku tidak tahu kenapa dia sanggup keseorangan hingga akhir hayatnya! 
Bermula dari melalui zaman kanak-kanaknya di samping ibu yang solehah yang senantiasa mendengungkan bacaan suci al-Quran di hadapannya. Membelainya dengan al-Quran. Menyanyikannya dengan al-Quran. Dan mencintainya bersama al-Quran. Hingga Syahidnya bersama al-Quran, memang beliau Fizillalil Quran.
Memang aku bukan Sayyid Qutb, tetapi aku rasa jiwaku mula berenang mencari jiwanya... Mencari kesucian yang dicarinya.
Aku mula memahami kehidupannya.
Hidup keseorangannya!
Baru aku mengerti kenapa beliau keseorangan sehingga syahidnya!
Kenapa seorang pejuang yang begitu mencintai Nabi tidak mengikuti sunnah untuk berteman.
Mempunyai isteri dan zuriat untuk menyambung perjuangannya.
Betapa aku amat teruja akan pendiriannya.
Suci sebagai seorang pejuang.
Mencari cinta suci yang benar.
"Tidakkah dirimu ingin berwalimah wahai saudaraku?" itulah pertanyaan sahabatnya ketika melihat beliau tidak memperendahkan soal perkahwinan.
"Insya-Allah!" Begitulah jawaban Sayyid Qutb.
"Kalau dirimu perlukan, biarlah jamaah yang menguruskan buatmu kerana ramai di kalangan wanita-wanita yang hebat-hebat di kalangan kita yang masih belum bernikah!" saran sahabatnya lagi untuk meminta kepastian.
Sambil tersenyum Sayyid Qutub bertanya, "Sucikah mereka?"
"Insya-Allah, mereka kesemuanya wanita-wanita yang baik-baik dari mudanya." Jawab kawannya serius.
"Pastikah saudaraku?" Sayyid Qutb bertanya lagi.
Sahabatnya terdiam. Setelah melihat sahabatnya terdiam, Sayyid Qutb menyambung, " Saudaraku, sebenarnya telah lama aku mencari seorang isteri buat pembantu dalam perjuangan ini. Telah lama aku merisik dan bertanya secara berhadapan dengan wanita-wanita ini baik dalam jamaah kita maupun bukan di kalangan kita tapi bagi ana semuanya tidak perawan! Bagaimana seorang yang tidak perawan dapat bersama dalam perjuangan yang penuh mehnah ini dan dapat mendidik generasiku seperti ibuku mendidik diriku?"
"Perawan apa yang dirimu maksudkan?" Tanya temannya lagi.
"Perawan jiwanya!" Jawab Sayyid Qutb.
Barulah sahabatnya mengerti betapa Sayyid Qutb amat menitikberatkan akan permulaan kehidupan rumahtangga yang ingin dibinanya!
Memang sukar apa yang dilakukan oleh Sayyid Qutb tetapi itulah yang difahaminya.
Dia punya kriteria tersendiri mengukur tingkat kesucian seorang wanita untuk menjaga keturunannya.
Baginya bukti kesucian seorang wanita bukanlah pada fizikalnya semata tapi kesucian hatinya. Perawan hatinya!
Yakni hati yang bersih dari noda asmara.
Hati yang belum dijamah oleh lelaki manapun.
Hati yang tidak dikotori oleh debu-debu cinta.
Pencarian itu harus dibeli oleh Sayyid Qutb dengan harga yang mahal untuk membujang hingga syahidnya kerana semua wanita-wanita yang dilamar olehnya mengaku bahawa hati mereka tidak suci lagi, pernah mencintai lelaki lain sebelumnya.
Memang lama pengembaraanya mencari dan mencari yang akhirnya dia menemui perawan yang suci hati itu di tali gantung.
Begitulah nilai sucinya seorang wanita di sisi seorang pejuang.
Apakah kita akan berjumpa seseorang yang begitu?
Mungkinkah kita telah terjumpa? Atau mungkinkah kita telah kehilangan setelah berjumpa?

No comments:

Post a Comment