Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Monday, August 1, 2011
Kepercayaan lebih utama
Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini.
Ada yang mengungkap:
We thought we could trust the military,
but then came Vietnam,
We thought we could trust the politicans,
but then came Watergate,
We thought we could trust the engineers,
but then came the Challenger disaster.
Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan samada personal mahupun profesional dapat membuang prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat yang boleh menggugat sesuatu perhubungan.
Bagaimana kepercayaan dapat dibina?
Cakap dan sikap mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk mempercayai dan dipercayai. Bila kepercayaan sudah ada, pengaruh akan meningkat menyebabkan kita berjaya dalam memimpin.
Juga, kepimpinan adalah pengaruh. Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai. Percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta akan terhakis mebgakibatkan perhubungan akan terputus justeru hilangnya kepercayaan.
Apabila kepercayaan tiada, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya (action speaks louder than words).
Jadi apabila kita merasakan semakin sukar semakin sukar mendapat ketaatan, kerjasama dan kesetiaan, itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
Jadi..... dapatkan kepercayaan kerana kepercayaan lebih utama!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya follow...
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
spageti..11 years ago
-
2012......iam back12 years ago
-
Demi masa12 years ago
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment