Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Wednesday, August 31, 2011
Quote
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, August 30, 2011
Renungan dipagi raya
Life is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not about how we care in the beginning, but how much we grow and nourish one another in a relationship. Some people always throw stones in your path. It depends on you what you do with them - build a wall or a bridge? Remember you are the architect of your life.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir batin
2011 / 1432H
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, August 28, 2011
Here Without You
Syoohhh syoohhh go away. Please leave me for a while. Sedih n sayu. Life isn't always pretty. I know. Penat laa.
Ingat dh berlalu pergi. Mmg nakal how mind works. Twisting and turning.
Sigh................
A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face.
A thousand lies have made me colder
And I don`t think I can look at this the same.
All the miles that separate
Disappear now when I`m dreaming` of your face.
I`m here without you baby
But you`re still on my lonely mind.
I think about you baby and I dream about you all the time.
I`m here without you baby
But you`re stull with me in my dreams
And tonight, it`s only you and me.
The miles just keep rolling
As the people leave their way to say helli
I`ve heard this life is overrated
But I hope that this gets better as we go.
Everything I know, and anywhere I go.
It gets hard but it want take away my love.
And when the last one falls, when it`s all said and done.
It gets hard but it want take away my love.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, August 26, 2011
inilah negaraku MALAYSIA....
Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di
tempat kejadian.
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi
1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati
dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar
beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru
David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi.
/---------------------------------------------------------------------------\
Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.
This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd)
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control
\--------------------------------------------------------------------------/
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011 / 1432H
Thursday, August 25, 2011
Nukilan jiwa di penghujung ramadhan
Bintang jatuh ke riba
Awan pula menyelimuti jiwa
Alam dan malam tadi
Menjadi saksi kita
Ikrar cinta abadi
Yang bersemi
Lena dibuai angin
Kita berdua
Bertemu rindu
Bersaksi purnama
Kita bersama
Saling bercinta
Sehati dan sejiwa
Kita bersama
Saling BerDOA
Berkekalan akhirnya
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Dari meja....
Mata ku dan mata MU bertentangan
Terjalin semangat yang membuka Rahsia di jiwa
Dengan gertaran rasa ku bisikan
Ungkapan kata ku bernafas cinta
Indah nya debar rasa
Saat pertama bersua
Bermesra, bercanda, bergurau senda
Dengan mu
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, August 24, 2011
Penting Rahsia Solat Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
You Raise Me Up
You Raise Me Up - Josh Groban
When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.
There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.
You raise me up... To more than I can be.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, August 23, 2011
Pesanan dari teman...
Bukan nya yang terkusut
Ku ikat
Ku belai dan ku simpul
Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir
Tanpa sebarang noktah
Selangkah Engkau pergi
Seribu langkah aku mengejar mu
Sekelip mata engkau hilang
Seluruh pelusuk ku cari
Setinggi mana Engkau membawa diri
Akan ku daki
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi
Akan aku selami
Biar terbukti
Biar bersaksi
Cinta kita tersimpul rapi
Ku lerai segala yang terkusut
Ku simpul agar menjadi rapi
Kerna Engkau maha mengasihi
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, August 22, 2011
Soalan Licik, Jawapan Cerdik
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Abu: (berfikir) Kaki
Abu: Saku
Abu: Kelapa
Abu: Baik Cikgu
Abu: Anak panah
Abu: Okay
Abu: Firetruck
Abu: Fork
Abu: Surname
Abu: Heart
HAHA! Nasib Cikgu nih tak wujud masa aku skolah dulu!!
Baju Cinta Si Nenek
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”
Lelaki vs Perempuan
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian
HAHA!! Tak baik berprasangka buruk lah!!
Menantu VS Mertua
Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
ibu mertuamu”.
melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu
bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
HAHA!! Bapa mertua dah lama tunggu saat itu rupanya!
Kalau Mati, Abang Kahwin Lagi Tak?
HAHA!! Alamak kantoi!
Jom Berbahasa Jepun!
HAHA!! Kusuka Bacalagi!
Realiti Yang Kita Sedang Hadapi
Setiap kali kita makan nasi… tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu? Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting… yang penting kita makan saja.
Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia?
Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau… ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.
Ramai orang beli carrot dan broccoli kat Cameron Highlands… tapi apa yang orang tak tau, carrot dan broccoli itu semua dari Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali.
Baru-baru ini, heboh pasai telur tiruan dijual di Pulau Pinang. Dulu pun ada orang jual telur ayam murah di Kuala Kangsar. Kalau telur ayam biasa, satu tray antara RM8-10. Tapi ada orang jual hanya RM5.00 untuk satu tray (30biji). Belum sempat keluar lori dah habis.
Pengguna hanya mahu barangan yang murah tanpa mahu mengetahui dari mana asal usul barangan itu dan berapakah kos yang munasabah. Depa tak peduli kalau telur ayam itu telur reject dari pusat penetasan anak ayam.
Maklumat rangkaian makanan ini sengaja diputuskan untuk memastikan pengguna boleh ditipu. Sekarang ini berapa ramai yang tahu sama ada ikan itu datang dari Pangkor atau Narathiwat? Berapa ramai yang kenal mana kobis Cameron Highlands, kobis Indonesia atau kobis China? Peduli la… yang depa tau kobis murah atau kobis mahal.
Pengguna menetapkan spesifikasi tentang barang yang depa mahu. Murah, segar, dan sedap. Kalau makanan yang sudah siap… spesifikasinya ialah , bau rupa, rasa. Hangpa nak bubuh apa… itu aku tak peduli.
Keselamatan makanan tak termasuk dalam spesifikasi. Peduli la kalau penuh dengan racun. Kadang-kadang aku kesian tengok pelancong ke Cameron Highlands yang kemaruk strawberry. Sampai saja terus petik.. dan terus masuk mulut.
Cuba fikir… strawberry tak tunggu hujung minggu atau hari cuti baru dia nak masak. Strawberry tak tunggu pelancong untuk masak. Dan untuk memastikan buah strawberry masak serentak dengan kedatangan pelancong.. macam-macam depa bubuh. Kalau mahu racun-racun yang diharamkan, yang diseludup masuk dari Thailand… pergi Cameron Highlands. Tapi kena ada kabel la.
Sama macam mana sistem pendidikan dipisahkan dari masyarakat.. pertanian juga dipisahkan dari pengguna. Kalau ibubapa sudah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekolah, pengguna juga sudah tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku diladang atau kebun.
Dalam pendidikan, ibu bapa hanya mahu tahu anak depa dapat berapa "A". Depa tak peduli kalau sistem pemarkahan itu dimanipulasi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat "A". Depa tak peduli kalau markah lulus untuk Additional Mathematics ialah 1. Dapat satu markah pun lulus!!
Dalam pertanian, pengguna hanya mahu sayur yang segar dan murah. Hangpa nak buat macam mana.. itu hangpa punya pasal.
Kemudian datang hypermarket. Mula-mula dulu Giant, Carrefour, Makro, tapi yang paling agresif ialah TESCO. TESCO dianggap "berjaya' kerana dibantu oleh ajensi kerajaan seperti FAMA ataupun Pertubuhan Peladang.
Kriteria utama TESCO ialah MURAH. Kalau harga cabai masak di pasar awam berharga RM10.00 sekilo, TESCO mesti jual antara RM6.00-8.00. Kalau harga di pasar awam jatuh kepada RM4.00, TESCO akan jual lebih murah lagi.
Itu harga jualan runcit. Berapa harga diladang? Katakan TESCO ambil untung 30%. Pembekal yang meraih dari peladang perlu ambil minima 70%. Ramai orang ingat orang tengah ambil untung atas angin dan mencekik darah…tapi kena ingat… orang tengah kena bayar petrol, tol PLUS, tol JPJ, tol trafik. Berapa yang petani dan pekebun dapat? Sedangkan harga baja, upah pekerja semakin meningkat!
Pembekal kepada TESCO ini juga perlu menanggung modal yang tinggi. Setiap kali penghantaran belum tentu dapat bayaran dalam masa sebulan. TESCO jual barang secara tunai dan duit tu depa masuk dalam bank. Dua bulan dah berapa interest yang depa kutip? Manakala orang tengah kena pinjam dari bank untuk menanggung kos dan terpaksa membayar interest.
Pengguna pula dah tak mahu beli sayur di pasar awam sebab mahal. Petani pula tak sanggup nak jual kepada pembekal TESCO sebab harga yang terlalu murah. Akhirnya… lebih baik tanam sawit.
Tapi… kalau petani tak mau tanam sayur, apakah TESCO tak dapat bekalan? Depa buat hubungan dengan cukong-cukong kaya untuk membuat ladang sayur Hi tech yang memerlukan modal jutaan ringgit.
Hangpa seronok makan broccoli, cauliflower, salad ataupun sayur-sayur iklim sederhana. Kacang panjang, terung, kobis.. macam dah tak ada standard. Dari mana datang sayur-sayuran ini?
Siapa yang duduk sekitar Nilai tentu tau ladang sayur Sime Fresh. Ladang ni tak tanam sayur kat tanah… tapi menggunakan teknologi Aeroponik. Ingat lagi siapa businessman yang pergi Israel zaman Mahathir dulu? Teknologi Aeroponik ini diimpot dari Israel.
Akhirnya? Petani-petani susah nak cari makan disebabkan TESCO. Memang pada mulanya, TESCO dikenali sebagai cuba membantu petani. Ramai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan FAMA menyanjung TESCO tapi kalau pernah berurusan dengan TESCO… tau la. Seperkara lagi, setiap kali TESCO membuka cawangan baru, kedai-kedai kecil terpaksa tutup. Macam mana nak bersaing dengan TESCO? Cuma yang kreatif sikit… yang dapat bertahan.
Benarkah harga barang-barang di TESCO itu murah? Apa definasi murah?
Tak perlu serabut kepala. Cuma tengok harga kereta. Kalau nak dibandingkan, semua orang akan kata harga Proton murah. Memang murah kalau dibandingkan dengan kereta lain. Tapi nilai sebenar Proton berapa? Harga Proton murah kerana harga kereta lain dinaikkan dengan menaikkan cukai impot.
Dalam pertanian pun macam itu. Sebelum TESCO datang.. harga baja dan harga racun serangga, racun kulat jauh lebih murah. Sayur-sayuran pun murah. Tapi pasai apa sekarang mahal?
Kita semua kena tipu sebab kita tak peduli macam mana TESCO berniaga. Mampuih pi la dia nak buat macam manapun, janji aku boleh beri barang dengan harga murah. Mampuih pi la kalau ada petani yang jual kebun… janji aku dapat beli barang dengan harga yang murah. Kalau TESCO nak impot barang dari China pun.. mampuih pi la kat depa.
Kita tak peduli Menteri nak buat apa dengan sistem pendidikan… janji anak kita dapat 8A.
Kita tak peduli peniaga nak buat apa.. janji kita dapat beli barang murah.
Hey… kita juga tak peduli orang politik nak buat apa… janji hidup kita senang.
Mampuih pi la Rosmah nak beli cincin 24 juta… janji harga getah naik.
Mampuih pi la Najib sapu komisen Scorpene… janji harga sawit tinggi.
Bukankah Ketua Penerangan Umno Selangor dah cakap.. orang Melayu luarbandar lebih peka terhadap siapa yang mereka undi. Kalau orang tu datang repair jamban, ganti atap rumah…yang tu depa sokong. Hangpa nak rasuah ka… nak sapu komisen ka.. nak beli cincin ka… itu bukan isu depa.
Aku tak peduli Najib nak boros berapa ratus juta duit negara. Aku tak peduli Muhyidin melancarkan program bernilai ratusan juta. Aku tak peduli Zahid Hamidi melancarkan program tah apa benda. Tapi anak-anak aku nak makan… kalau aku terpaksa minta dari gereja… itu aku punya pasai. Hangpa pun bukan nak ambik tau hal aku!
Itu realitinya. Berapa ramai pemimpin yang memahami realiti ini?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, August 21, 2011
I wish....
Di mana ada pelabuhan,di situ aku berlabuh
Di mana ada kasih Mu di situlah aku mengharap redho Mu Ya Allah
Aku meminta pada yang ada
Aku merayu pada yang kasih
Aku merajuk pada mu yang sudi memujuk
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.
Keluhan remaja perempuan A:
"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."
Keluhan isteri A:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."
Keluhan remaja perempuan B:
"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"
Keluhan isteri B:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"
Keluhan isteri C:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
Keluhan isteri D:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"
Keluhan remaja perempuan C:
"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?".
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!"
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan"
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"
Beruntung perempuan ini
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"
Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya
Lelaki beriman bertanya, "Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki."
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tinggal Solat Dosanya Lebih Besar Dari Zina!
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.
Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.
Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.
Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.
'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.
Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas? atau tahun lepas?
Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.
Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". -HR. Ahmad dan Abu Dawud
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, August 20, 2011
Jangan engkau.....
Petikan dari email beliau bunyinya camni........
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Semangat yang makin pudar
Saya terkadang letih untuk terus menahan perasaan tanpa membuka mulut bercerita. Terasa membengkak di dalam dada ini dan hanya tunggu masa untuk meletup tetapi saya cuba untuk tidak mengeluh dengan ujian yang diberikan.
Hanya saya dan DIA yang tahu apa yang saya rasai dan alami. Kawan-kawan mungkin ada yang tahu.
Namun saya bersyukur kerana meskipun saya sedih dan tertekan, DIA masih meminjamkan kewarasan untuk mencari jalan ketenangan meskipun penyelesaiannya masih kabur, namun saya yakin ianya pasti ada!
Saya bukan seorang yang gagah perkasa namun saya pula tidaklah mudah dikecewakan. Walau apa yang terjadi, pastikan kita jangan lupa untuk menyebut dan memohon pertolongan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, August 19, 2011
Berbuka posa ngan kekawan....
Wednesday, August 17, 2011
Long lost fren
Catching up balik since school days, her progress in life, byk la chit chat. Dok gelak sorg2 td. Now suri rumah sepenuh masa. Dh 2 bulan katanya.
Dulu masa skolah, her fav words "kita kan..." "Kami kan..." slalu jd bahan ketawa. Tp dia x amik pot. Dia geng rapat. Dh la sekelas. Ada sorg lg pompuan tp dh dok ganu. Kawin ngan schoolmate.
Dulu minat gak kat dia. Tp mikirkan ada 2 ekor manusia yg suka perli (rosh ngan zahar), terus batalkan niat. Kami ber4 mmg rapat. Last2 sy jd posman sbb ada sorg budak suka kat dia.
Dia gi itm mana tah buat banking tp last2 koje hr haha. X kawin pun ngan mamat tu. Now dh anak 3 dok sri gombak. anak sume pompuan n laki dia business sendiri katanya.
Td dok bercerita kisah2 lama. Zaman skolah, cikgu2, rakan2 yg dh tah kemana, reminds me of glory days. Sy ckp yg dulu sy suka dia tp simpan dlm hati, dia kata dh xde jodoh sbb tu sy wat gitu. Sy kata nak ngorat dia balik, dia kata jgn nak ngada + kata sy senget! Hahahaha
Apa pun byk info dpt pasal kekawan sesekolah terus kat bbm buat group skolah. Terus ada 5 org termasuk sy. Now dh stop sbb yg pompuan nak masak n koje, yg laki (termasuk sy) nak tido n koje pd yg koje kl (ari ni nuzul quran).
Dia xde la cun mana pun. Dulu kat sekolah cam tiang bendera + kurus cam papan lapis hahaha tp minda dia sy suka. Dia suka ckp, suka sharing ideas n angan2, suka ketawa, suka mkn (dululah, now diet la kot!), happy2 joy2 nye kaki.
Kita org dulu dok dkt2 masa dlm kelas. Apa lg memekak je la. Siap kena sound ngan cikgu jakpo, pn sue haha. Hwork mmg tiru dia je lah. Dia ngan As mmg rajin. Slalu jd tmpt rujukan.
Byk la kita org share cite td. Ada yg best ada yg x best. Pastu gelak sesama. Dia masih cam dulu suka ketawa. Rasa fun n hepi hahaha. Probably sbb dh 39 kot. Cara borak ada beza tp masih ada perangai yg lama.
Dulu ada gak cari dia lepas balik dari states. Ingat nak mencuba nasib tp x jumpa. Mmg xde jodoh la tuh hahaha.....
Apa pun hepi jumpa dia.....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, August 16, 2011
Kesedaran....
"Understanding is a wellspring of life to those who have it, but to give instruction to fools is folly.".
Tidak ada orang yang mampu memahami orang lain sepenuhnya. Tetapi itu bukan bererti kita tidak bisa berbuat apa-apa. Kita selalu bisa memperoleh sesuatu yang baru dari mereka setiap hari.
Belajar menghidupi "the wellspring of life" kita, hidup berdampingan secara harmonis dengan setiap orang, rukun dan damai. Dan itu semua bisa kita alami apabila kita mau mulai belajar untuk lebih mengerti orang lain.
Tidak hanya berpusat pada ego diri sendiri tetapi mulai memikirkan alasan-alasan orang lain ketika memutuskan sesuatu, mulai untuk lebih memahami orang lain.
Sejauh mana kita mau meluangkan waktu untuk belajar memahami orang-orang yang kita kasihi akan menunjukkan sejauh mana kita peduli terhadap mereka.
Tuhan tidak membentuk kita sebagai orang-orang yang tidak peduli, ignorance, berpusat pada ego dan kepentingan diri sendiri, hanya meminta dimengerti tapi tidak mau mengerti.
Understanding takes time and effort, but we can always learn something new everyday...
Paham?
Saya sendiri pun tak paham apa saya tulis hahahaha...
Salam ramadhan......
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, August 15, 2011
malas dan penat
malas nya nak kerja. rasa macam dah tak suka lah dengan kerja sekarang. rasa dah boring. dh 15 taun keje. mende sama je. pi mai pi mai tang tu. nak kata x tau, dh tau. nak kata x tau, ada gak yg x tau. boring. dah tak ada apa yang nak di look forward kan untuk kerja sekarang. dah tepu sungguh rasanya.
i think i have pushed myself too much. tapi nak buat macam mana beb. tak boleh la aku nak fikir kan pasal diri sendiri je kan. aku hidup pun bukan untuk diri sendiri je kat dunia ni. kalo tak fikirkan pasal keluarga, dan kalau nak ikutkan hati aku yang tak rasional ni, dah lama gua challo bette dari tempat kerja sekarang.
mana tak nya. dah la dengan jam nya yang terlampau especially bila balik koje, keje dh tah apa2, dan kerja yang semua pun longgok depan aku pastu pandai-pandai lah nak hidup. sudah lah tu aku kena hadap sekor2 manusia yg siap expect aku david copperfield tahap hustler. gua paling lemau bila orang expect yang mengarut-ngarut nih la. ye lah. support sana. support sini.
sekejap orang ni call cakap org xde. kejap pasal training. kejap pasal audit. kejap pasal hostel. kejap pasal ada masalah perangai xleh settle bla bla bla. kau ingat aku nak menepek kat opis tu sampai malam la ye? sorry la brader. tak kuasa aku nak balik lewat-lewat semata nak penuhkan apa yg korang nak.
ada dia kesah kau demam ke. pala dh jem ka. anak sakit ka. ada ka? (tiru chong pe hahaha) tak ada. tak ada. tak ada. jadi nya malas aku nak beriya sangat. aaarrggghhhh rasa loya tekak. tu belum lagi aku senaraikan kekecewaan aku yg berjela2 ni.
tapi aku kena sabar jugak. bukan senang nak carik rezeki dan membina kerjaya. sebab, kita tak tau masa depan kita macam mana. jadi apa yang ada ni, bersyukur je lah dan buat apa yang aku rasa terbaik. kadang-kadang yang tak baik pun aku buat jugak. tapi takpe lah. janji tak menyusahkan orang awam.
nak tulis blog pun xde idea. penat tau x. aku rasa x produktif langsung. tido pun xbest.
harap-harap ada pengakhiran yang termanis untuk semua kesukaran ni.
aammiiinnn.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, August 12, 2011
Tiada jodoh antara kita
Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri..
Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jatuh cinta..
Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..
Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik..
Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya..
Membuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan..
Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?
Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..
Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?
Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, August 11, 2011
Tenanglah Hati
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang. Kita berdoa. Kita mintak denganNya. Tetapi kenapa susah sangat doa kita nak makbul?
Apa masalah kita?
Hati kita tidak gembira sebab kita kurang bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita kurang menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.
Kita berdoa, tetapi kenapa susah dimakbulkan?
Sebab kita asyik meminta tetapi kita kurang mintak ampun, walhal dosa-dosa kita terlampau banyak. Alangkah tidak malunya kita.
Kita merintih, kita merayu agar dimakbulkan. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa padaNYA, kita tidak bersyukur. Apabila datang kesusahan, baru ingat balik. Baru nak menangis, merintih, mintak Allah pandang kita. Macam mana nak makbul doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?
Ada, mungkin ada, tapi dulu, waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam, waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?
Sebab dalam hati kita kurang ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?
Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.
Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita. Bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa boleh tarik balik. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Tenanglah dikau, wahai hati...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, August 10, 2011
Rapuh
So here is.....
Rapuh by Opick
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, August 9, 2011
hidup harus terus berjalan..
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih. Apatah lagi jika kita dibuang begitu saja.. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang..
Kadang kehadiran cinta yang tidak berbalas tidak seharusnya membuatkan kita terus lemah dalam mengejar erti realiti..
Sedarlah cinta bukan terletak pada satu impian yang kita cari selama ini.. Merasai masih ada nilai cinta seharusnya kita bersyukur kerana dalam hati kita masih ada ruang untuk berharap pada satu pautan..
Dan kadang cinta tidak berbalas seharusnya membuatkan kita lebih bersemangat dengan lebih membara kerana kita yakin akan sesuatu yang belum pasti..
Bersabarlah menghadapi peritnya pertemuan dalam perpisahan.. Dan sabar itu harus ada..
Kata orang untuk jatuh cinta hanya sekejap saja.. Hanya sekelip mata saja kita telah jatuh cinta.. Dan untuk melupakan seseorang yang kita cintai itu akan mengambil masa seumur hidup kita..
Itu kata orang yang tak bersemangat.. Sejauh mana kebenaran? Sedangkan kita manusia.. Mengapa perlu menghukum diri untuk sesalan seumur hidup..
Bersemangatlah duhai jiwa yang lara.. Cinta tidak seharusnya memiliki.. Dan cinta juga tidak seharusnya bahagia..
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
Jika tiada cinta si dia, mengapa harus di hukum kehadiran cinta yang baru?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Lagenda Cinta
7:08am
One of my all time favorite songs and groups. Haha yeah jiwang song... Who lost his/her love...
Lagenda Cinta : Lefthanded
Kenangan demi kenangan
Menjelma kini
Kau hadir dalam bayangan
Mencipta seribu mimpi
Kau hulurkan satu kuntum yang
Mekar mewangi
Sayang hanya seketika
Bunga layu hilanglah seri
Musnahlah kini ikatan janji
Sebuah harapan hanya ilusi
Hatiku sering meronta
Harap kau kembali
Tapi aku sadari
Ini semua takkan terjadi
Kekerasan hatimu sayang
Aku mengerti
Untuk apa aku merayu
Seandainya engkau membenci
Namun begitu kaulah lagenda
Bertapak kukuh dalam cinta kita
Kasih engkaulah lagenda cintaku
Masih terdengar suaramu yang merdu
Kasih engkaulah lagenda cintaku
Masih terbayang wajahmu yang ayu
( masih terbayang seraut wajahmu )
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Pergi
6:30 am
Tetiba sayu dgr lagu ni ......
Pergi – Aizat

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, August 7, 2011
Born To Be My Baby
Rainy night and we worked all day
We both got jobs 'cause there's bills to pay
We got something they can't take away
Our love, our lives
Close the door, leave the cold outside
I don't need nothing when I'm by your side
We got something that'll never die
Our dreams, our pride
My heart beats like a drum (all night)
Flesh to flesh, one to one (and it's alright)
And I'll never let go cause
There's something I know deep inside
You were born to be my baby
And baby, I was made to be your man
We got something to believe in
Even if we don't know where we stand
Only God would know the reasons
But I bet he must have had a plan
Cause you were born to be my baby
And baby, I was made to be your man
Light a candle, blow the world away
Table for two on a TV tray
It ain't fancy, baby that's OK
Our time, our way
So hold me close better hang on tight
Buckle up, baby, it's a bumpy ride
We're two kids hitching down the road of life
Our world, our fight
If we stand side by side (all night)
There's a chance we'll get by (and it's alright)
And I'll know that you'll be live
In my heart till the day that I die
Cause you were born to be my baby
And baby, I was made to be your man
We got something to believe in
Even if we don't know where we stand
Only God would know the reasons
But I bet he must have had a plan
Cause you were born to be my baby
And baby, I was made to be your man
[Solo]
My heart beats like a drum (all night)
Flesh to flesh, one to one (and it's alright)
And I'll never let go cause
There's something I know deep inside
Cause you were born to be my baby
And baby, I was made to be your man
We got something to believe in
Even if we don't know where we stand
Only God would know the reasons
But I bet he must have had a plan
Cause you were born to be my baby
And baby, I was made to be your man
You were born to be my baby
And baby, I was made to be your man
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
saya follow...
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
spageti..11 years ago
-
2012......iam back12 years ago
-
Demi masa12 years ago
-
-
-
-