Acap kali saya berbohong kepada diri sendiri. Beberapa tahun yang lampau
saya cuba menenangkan diri, "tidak mengapa, saya akan ok. Saya bukan orang jahat. Allah akan tolong".
Saya memujuk diri supaya bertenang. Dan saya mahu diri saya menerima pujukan tersebut. Dan saya fikir hati dan jiwa saya tenang. Saya berpura-pura tenang.
Orang sering berkata tetapi saya nyatakan dalam bahasa sendiri, "ulangan yang sentiasa menjadi biasa," sangat relevan. Ulangan berbohong pada diri sendiri menyebabkan hati menjadi keras membatu.
Hilang rasional antara realiti dengan apa yang diimpikan. Itulah pembohongan pada diri yang tidak kita sedari. Jika hati tenang maka tidak mungkin kenyataan itu dikeluarkan.
Hakikatnya, kita memujuk diri agar menerima justifikasi kenapa kita tidak mahu atau perlu berubah.
Apabila sampai ketikanya, ramai yang berdolak-dalih dengan pelbagai alasan. Ada yang menuntut, "tunjukkanlah kelebihan yang ada supaya kami mempercayai apa yang kamu cakapkan". Ada yang masih meneruskan cara hidup masa lalu mungkin kerana takut.
Akan tetapi, hakikatnya, kelegaan yang dicari tidak ditemui jikalau kita masih terus berbohong pada diri sendiri.....
Sent from U Mobile
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Sunday, February 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya follow...
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
spageti..11 years ago
-
2012......iam back12 years ago
-
Demi masa12 years ago
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment