IP

Thursday, March 31, 2011

Lantaklah... Satu luahan

2:00am
Bedtime story


Penat puaskan semua pihak? Saya pun. Bila kita dalam mode idealis, bolehlah kita kata, Lantaklah. Bukan orang buat kita. Fikir Tuhan sudahlah. Lantak dengan manusia. Melainkan kita hidup di pulau, seorang diri, penyataan diatas adalah BS.

Mana boleh lantak? Sebanyak mana kita nak melantakkan orang, sebenarnya kita memang tak boleh, sebab kita hidup bermasyarakat. Sebanyak mana kita nak pentingkan diri, sebenarnya memang tak boleh, sebab kita bukan hidup sendiri.

Mula-mula bolehlah kita beriya pentingkan diri, tapi lama-lama kita akan melaut ke membelai orang juga. Ikat ketat mulut sendiri, tutup kedap hati sendiri, sesak nafas pun tak apalah janji tak mencetus konflik.

Jaga hati orang tak sepatutnya jadi
satu perkara yang meletihkan mental dan emosi, tapi bila orang expect kita patut jadi begitu-begini, itu yang meletihkan.

Kawan saya ada ckp "aku tarik diri dari segala macam laman web sosial sebab semua orang nak add aku. Tapi benda yang aku nak cakap, bukan jenis benda yang semua orang nak dengar. Benda yang aku nak beritahu, bukan jenis benda yang semua orang nak tahu"

Kita semua lebih kurang sama dalam hal ini. Kita add orang, tapi kita tak betah dengan benda-benda dramatik yang orang lontar tiap hari. Sebab sebenarnya, bila orang kenal kita, dia cuma nak kenal bahagian kita yang dia nak kenal. Tu selalunya.

Faham? Maksud saya, dia cuma nak tengok bahagian diri kita, bahagian hidup kita yang dia suka. Yang dia tak suka, dia tak suka. Lebih teruk, bila dia bersuara yang dia tak suka. Tu manusia yang tidak dapat menerima orang lain seadanya. Nak yang best saja. Baiklah, itu hak masing-masing, dan kita boleh cakap lantaklah dia nak fikir apa.

Tapi kuat ke daya kita nak melantakkan orang? Kita cakap kita tak nak kisah tapi boleh ke kita betul-betul tak kisah? Kita
dah biasa hidup bermasyarakat, mana pernah kita hidup di pulau seorang diri, jadi mudah ke tak endah? Boleh ke kita tak peduli langsung pandangan orang, perasaan orang, walhal pada masa yang sama jiwa kita dan minda kita ini terbina dari cebis-cebis yang kita kutip dari setiap
orang yang melintasi hidup kita?

Macam mana kita nak pilih orang, bahagi-bahagikan orang, kategorikan orang
ikut citarasa kita walhal sebenarnya tak ada satu manusia pun di muka bumi ini yang kita boleh bulat-bulat percaya? Cuma kita adalah kita.

Orang pandai ilmu dunia tinggi mana pun, pandai ilmu agama tinggi mana pun, kenal kita seumur hidup pun, tak akan layak berkata "aku faham engkau". Yang layak berkata begini dan lebih lagi cuma satu. Allah.

Dalam pada saya cuma seronok mengomel macam ini, percayalah, entri ini ada potensi untuk dilihat sebagai kurang sabar atau emosional. Kadang-kadang saya hairan macam mana orang boleh menghakimi dari membaca blog dan melihat gambar saja.

Saya pun manusia, pernah menghakimi dan bersyak wasangka dalam sedar dan luar sedar. Tapi sama-samalah kita cuba elakkan benda ini. Sebab bila kita menghakimi, kita
dah macam nak main peranan Tuhan.

Macam kawan saya kata "Berhentilah mengata orang lain kafir; kita ni dah macam ada tuhan kecil dalam hati yang sedang membesar."

Makin banyak teori buruk kita buat tentang orang, makin besarlah tuhan jadian kita tu, dan makin butalah kita pada Tuhan sebenar.
Pada saya, bendanya simple. Kalau tak berkenan dan sungguh nak baiki keadaan, approach orang itu secara peribadi. Bukan dengan lantang memberi komen public atau membuat kritikan meruntuh. Takkanlah sebab orang itu lain sikit dari kita, dia dikata tak betul?

Bukan kita boleh improve diri dengan mencari salah orang pun. Memanglah kita ini manusia dah bertamadun dan berilmu, tapi Maha Tahu tetap cuma satu. Reti-retilah
rasa segan dan rendah diri. Benda atau orang yang kita belum kenal, belum faham,
dia memang akan nampak sama ada sangat negatif atau sangat positif. Lepas itu dia akan nampak biasa saja.

Orang yang kenal kita biasanya dia dah set idea tentang diri kita dalam kepala otak dia. Benda ini selalu kita buat tanpa disedari. Dan bila dia lebih kenal kita, dia expect
kita adalah sama seperti idea tadi. Idea dia tentang kita.

Masalahnya kita bukan idea. Kita manusia. Solid human. Nak tak nak kita mesti terima semua manusia dicipta berlainan. Anda bukan saya dan saya bukan anda.

Hanya kerana seseorang itu gaya hidupnya tak serupa kita, pemikirannya tak serupa kita, taklah menonong bermakna dia itu salah dan wajar diambil serong.

Manusia kan Tuhan jadikan beza-beza? Itulah cantiknya. Kalau semua sama, baik jadi robot. Dan saya, sekarang di alam siber saya cuma ada weblog ini. Kalau di sini pun saya tak boleh jujur, eloklah saya bertukar jadi robot......

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

  1. yang i paham....nabi muhammad pun x boleh berenggang dengan umatnye...inikan kita pula umatnya..janganlah kita menidakkan benda yang sudah menjadi hukum benda hidup di dunia ni..:) Jangan bila sussah baru terhegeh2 nak bermasyarakat..betul x?

    ReplyDelete
  2. Ada org selesa begitu. Ada yg gembira bila berteman....

    Siapa saya untuk membuat andian...
    Siapa saya untuk membuat telahan...

    Siapa saya untuk membuat persepsi...
    Siapa saya untuk membuat penghakiman....

    Siapa saya untuk menegur...
    Siapa saya untuk mengajar...

    Saya adalah manusia biasa........

    ReplyDelete