IP

Saturday, March 24, 2012

Tentunya ini 'cinta'

Tentunya ini 'cinta'...
ia datang ketika bersunyian dan menangis bila dikhalayak,
ia melintas bila tiada tumpuan
dan menghilang bila ada kehadiran ramai
memaksa senyuman meleret di bibir walau tertahan2..

Tentunya ini 'cinta'...
kerana merindui kpd yg tiada,
ia tidak menyuarakan tetapi kedengaran
ia tidak berada tetapi ada
memaksa pengharapan dalam ketakutan..

Tentunya ini 'cinta'...
hati tercari2 arah yg ketidaktahuan tetapi yakin pada kedekatan,
merasai dakapan salju tetapi masih kepiluan
merasai hirisan di qalbu tetapi ianya menyamankan
memaksa langkah2 berterusan tanpa penghujungnya..

Pastinya inilah 'cinta'...
kerana tiada kepenatan dan tiada kepayahan
hanya keasyikan dan keterujaan
untuk menemui kerinduan yg menyelubungi hati
memaksa langkah2 semakin laju untuk menghilangkannya.

Sent from U Mobile

No comments:

Post a Comment