Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Sunday, July 31, 2011
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam
KEDATANGAN bulan yang penuh berkat, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Ekspresi mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada, terutama kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Marhaban ya Ramadhan...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Acception
A weight is lifted off me,
The clouds are clearing up.
The journey in from the sea,
Had been seemingly rough.
The colors are coming together,
And the sky is turning blue.
The questions begin to surrender,
And the answers are on cue.
It all comes together now,
Exactly as it should be.
The silence makes a sound,
After being under lock and key.
The fear washes away,
and fearlessness takes cover.
The light turned on today,
And darkness suffers a stutter.
It all makes sense now,
Looking back at the waves.
The journey came and went,
Myself from me I saved.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 30, 2011
What if
If I stand in the pouring rain,
Will it wash away my pain?
If I swim in the green ocean,
Will it drown my emotions?
If I lay under the blazing sun,
Will its rays pull out my fun?
If I lay in the white snow,
Will I finally understand, know?
If I catch an autumn leaf,
Will it touch my skin and spread peace?
If I don't wake up tomorrow,
Will anyone shed a tear of sorrow?
But if you were to love me today,
My pain would be washed away.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, July 29, 2011
Sembilan Perkara: Suami Perlu Peka
Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami perasaan dan diri mereka semasa mereka sedang sarat mengandung. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, keadaan emosi mereka tidak begitu stabil dan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada orang lain terutamanya daripada suami tercinta.
Mungkin masih ramai para suami yang berada di luar sana yang masih lagi tidak berjaya untuk memahami situasi dan keadaan isteri ketika mengandung. Sebagai suami yang soleh dan mithali adalah wajar bagi anda untuk melakukan sembilan (9) perkara di bawah ini ketika isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda agar mereka sentiasa ceria dan sihat sepanjang tempoh kandungan yang mencecah sembilan (9) bulan itu.
1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan.
Usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana 'relaks' antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain.
Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada di samping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya).
Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak di dalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.
3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.
5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama sembilan bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.
7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
8. Membawa isteri pergi ke mana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah enam bulan dan ke atas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.
9. Menabung dari awal- Perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul di kemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih, itu jauh lebih baik.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, July 28, 2011
Astrology
anyhow nak digest x berapa pandai so i copy paste pasal character and love for pisces...
general rules |
character of pisces |
water sign. what? |
attraction chart? x paham hehe |
ni pasal love |
love chart pun ado hehe |
now dah x berapa nak paham dah.... kena sambung baca lg... ada pasal health.. body.. bla bla... nnti ada masa sy akan post lg. tah lah. but somehow baca jgn dok percaya sangat...
interesting gak apa yg dimention pasal pisces hehehe..... cam betul pun ada gak :))))))))
Wednesday, July 27, 2011
Senyumlah dikala duka
Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira. Begitu juga sebaliknya.
Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya tak kecewa.
Tidak seperti manusia. Ada ketika ianya berlaku seperti melepaskan anjing yang tersepit. Akan tetapi, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan.
Jadi, lebih baik jika bersabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu?
Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan.
Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan. Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita.
Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik, malulah pada Allah. Malu semalu-malunya.
Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Moga Allah redha.......
Monday, July 25, 2011
Memories remain
Sis : adik yie, ni kak dah. Kak dah otw back, now kat tapah. Td abe yie tepon mek dh xde.
me : mek gi mana? Balik klate ko?
Sis : mek dh xde, mek meninggal td. Abe tepon abe yie. Abe yie tepon kak dah.
Me : (silent)
Sis : helo helo
Me : ada ni. Lagu mano mek xdok?
Sis : mek tido pastu bangun nok minum air. Dia kata sakit dada. Abe bui air pastu urut dada mek. Mek tido balik. Pastu senyak.
Me : pahtu loni?
Sis : abe yie panggil orghe surau nok mandi mek. Nok kapan teruh. Wak balik hok siap doh.
Me : ok lah nok tepon zah suruh balik cepat. Packing. Ok bye.
Sis : ok bye.
Me called wife then pecut balik..... Mind was blank.
The rest was history...
Moga roh mak + ayah ditempatkan ditempat org2 yg beriman dan beramal soleh.
Maafkan anak mu...
Alfatihah....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Pedoman hidup berkeluarga
Semua orang inginkan rumahtangga yang bahagia jadi BERCAKAPLAH BENAR kerana bercakap benar adalah jalinan kasih yang menghubungkan kemesraan antara ahli keluarga di dalam rumahtangga. Suami dan isteri, kedua-duan ya berfungsi untuk saling bantu membantu dan tegur menegur pasangan masing2.
Percaya atau tidak, sikap suami / isteri yang gemar berbohong kepada pasangan masing2 bakal mengundang musibah kepada institusi perkahwinan. Masakan tidak, jika sekali mereka berbohong, mungkin perbuatan itu akan berulang dan mengundang keseronokan dalam jangka masa panjang.
Ketahuilah para ISTERI sekiranya anda bercakap benar, suami anda pun tidak akan berasa risau atau khuatir dengan pergaulan anda malah bertambah sayang.
Ketahuilah para SUAMI sekiranya anda bercakap benar, isteri anda tidak akan berasa risau atau khuatir dengan pergaulan anda.
Dalam rumah tangga, kebenaran atau bercakap benar PENTING untuk kerukunan, keselamatan dan kebahagiaan rumah tangga. Pepatah lama mengatakan - "Bercakap benarlah kamu, walaupun benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab."
Pesanan sang Sufi :
Suatu hubungan itu akan berkekalan apabila salah satu pihak dari hubungan itu sanggup BERSABAR.
Pesanan orang bercinta :
Camne nak eja "C_NTA" kalau takde i. Camne nak eja "KAS_H" kalau takde i. Betapa "R_ND_" dan "H_D_P" seperti tak bermakna tanpa U disisi i. Sebab tu la dalam hati U kena sentiasa ada "i" supaya "i" tak hilang, kena la sayang "i" selalu.. =)
.... Sekadar renungan ....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, July 24, 2011
Refleksi diri
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.
Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.
Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.
Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 23, 2011
Biografi Al-Imam Al-Bukhari
Beliau digelari al-Imam al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al Imam Al Bukhari. Buyut beliau, Al Mughirah, semula beragama Majusi (Zoroaster), kemudian masuk Islam lewat perantaraan gabenor Bukhara yang bernama Al Yaman Al Ju'fi. Sedang ayah beliau, Ismail bin Al Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan ulet dalam menuntut ilmu, sempat mendengar ketenaran Al Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah berjabatan tangan dengan Abdullah bin Al Mubarak.
Sewaktu kecil Al Imam Al Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim Al Khalil 'Alaihissalaam yang mengatakan, "Hai Fulanah (yang beliau maksud adalah ibu Al Imam Al Bukhari, pent), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putramu karena seringnya engkau berdoa".
Ternyata pada pagi harinya sang ibu menyaksikan bahwa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putranya.
Ketika berusia sepuluh tahun, Al Imam Al Bukhari mulai menuntut ilmu, beliau melakukan pengembaraan ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam. Guru-guru beliau banyak sekali jumlahnya. Di antara mereka yang sangat terkenal adalah Abu 'Ashim An-Nabiil, Al Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu Al Mughirah, 'Abdan bin 'Utsman, 'Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin Al Fadhl, Abdurrahman bin Hammad Asy-Syu'aisi, Muhammad bin 'Ar'arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin Al Muhabbir, 'Abdullah bin Raja', Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqri', Khallad bin Yahya, Abdul 'Azizi Al Uwaisi, Abu Al Yaman, 'Ali bin Al Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nu'aim bin Hammad, Al Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet imam dan ulama ahlul hadits lainnya. Murid-murid beliau tak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal adalah Al Imam Muslim bin Al Hajjaj An Naisaburi, penyusun kitab Shahih Muslim.
Al Imam Al Bukhari sangat terkenal kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, "Saya hafal seratus ribu hadits shahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadits yang tidak shahih". Pada kesempatan yang lain belau berkata, "Setiap hadits yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya".
Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim Al Warraaq, "Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadits yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya : kitab Shahih Bukhari)?" Beliau menjawab, "Semua hadits yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya".
Anugerah Allah kepada Al Imam Al Bukhari berupa reputasi di bidang hadits telah mencapai puncaknya. Tidak menghairankan jika para ulama dan para imam yang sezaman dengannya memberikan pujian (rekomendasi) kepada beliau. Berikut ini adalah sederet pujian (rekomendasi) termaksud: Muhammad bin Abi Hatim berkata, " Saya mendengar Abu Abdillah (Al Imam Al Bukhari) berkata, "Para sahabat 'Amr bin 'Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadits. Saya katakan kepada mereka, "Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadits tersebut". Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju 'Amr. Lalu mereka menceriterakan peristiwa itu kepada 'Amr. 'Amr berkata kepada mereka, "Hadits yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadits".
Al Imam Al Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadits yaitu kitab beliau yang diberi judul Al Jami' atau disebut juga Ash-Shahih atau Shahih Al Bukhari. Para ulama menilai bahwa kitab Shahih Al Bukhari ini merupakan kitab yang paling shahih setelah kitab suci Al Quran. Ketakwaan dan keshalihan Al Imam Al Bukhari merupakan sisi lain yang tak pantas dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan keshalihan beliau agar dapat dijadikan teladan.
Abu Bakar bin Munir berkata, "Saya mendengar Abu Abdillah Al Bukhari berkata, "Saya berharap bahwa ketika saya berjumpa Allah, saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (menggunjing orang lain)".
Abdullah bin Sa'id bin Ja'far berkata, "Saya mendengar para ulama di Bashrah mengatakan, "Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal ma'rifah (keilmuan) dan keshalihan".
Sulaim berkata, "Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, lebih wara' (takwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail."
Al Firabri berkata, "Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidur saya". Beliau Shallallaahu 'Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, "Engkau hendak menuju ke mana?" Saya menjawab, "Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail Al Bukhari". Beliau Shallallaahu 'Alaihi Wasallam berkata, "Sampaikan salamku kepadanya!"
Al Imam Al Bukhari wafat pada malam Idul Fithri tahun 256 H. ketika beliau mencapai usia enam puluh dua tahun. Jenazah beliau dikuburkan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand. Semoga Allah Ta'ala mencurahkan rahmat-Nya kepada Al Imam Al Bukhari.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, July 22, 2011
Loudness
Kalau dpt pegi sure happening with bunch of guys. Tp nak headbanging xleh rambut dh tinggal tunggul ahahahah....
Loudness Heavy Chains
She wants to run, goin' on,
point of no return
No looking back, hope is gone,
just a slow burning
Lost without love, so she tries
to get all she can
Into the night, desperate eyes,
look for helping hands
Like a scream, the siren's call
Now it seems she's lost to all
Moving slow, and trapped in pain
Don't run with heavy chains
What's left is torn apart
Heavy chains on heavy heart
Her broken life
Her broken heart
Broken promises lost and found
Just a knife
Into her heart
Keeping her down
What's left is ripped apart
Heavy chains on heavy heart
Broken pieces of life
Broken pieces of heart
Broken pieces of promises lost and found
Heavy chains like a knife
Cutting into her heart
Keeping her down
Ohh, heavy chains!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Time for Change
Lama x dgr lagu ni. Probably I've posted this song b4 but who cares. Last I saw this group perform was at chicago. Can't remember the place. Kinda stadium. What a show. Yeah of course with supplements haha. Sanggup drive dr st. louis. About 8 hrs drive. Gilo nye keje. Quite memorable.
Life quite easy back then. Thou starting to get used to be a small man in a big world. Full of colors from pure white to dark black, I'm moving on. A step at a time. But probably now full of commitments make me kinda chill to take a leap.
should I dragging my feet?
Should I restart from d beginning?
Should I just do it?
Seriously I don't know....
Motley Crue - Time For Change
I heard some kids telling me
How they've lost all the faith in the way
They've been talking world peace
And the war's in the streets
The lines on their faces so deep
A revolution, or reach out
And touch the day
We're overdue child
Change
Now it's time for change
Nothing stays the same
No it's time for change
I feel the future in the hands
Of our youth will be safe
No more lies
Old, tired fools tell our future
With tarot cards, and lie of crime
The lines on their faces so deep
A revolution, or reach out
And touch the day
We're overdue child
Change
Now it's time for change
Nothing stays the same
No it's time for change
I'll change
I'll change
Not tomorrow but today
Change
Now it's time for change
Nothing stays the same
No it's time for change
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, July 21, 2011
Kenapa Aku Penat Bekerja?
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi
tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja….
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku…
Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak
....... but the reality is..... Aku memang penat bekerja!!!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday, July 20, 2011
Marriage Humour
Pedomam hidup
Orang yang dalam hatinya ada karat dengki tanpa ia sedar akan menghalang orang lain berbuat kebaikan dan takkan berasa tenang dgn persekitarannya... renungi diri sendiri dahulu sebelum renungi orang lain...
Janganlah kita lakukan sesuatu itu kerana org lain walaupun kerana kekasih hati, tetapi lakukan ia kerana kesedaran diri sendiri dengan penuh keikhlasan...
Jangan bersedih melihat aku selongkar sampah sebab ianya lebih halal daripada aku yang selongkar manusia... dan jangan ganggu aku berjalan sendirian kerana itu lebih baik daripada aku bergosip bersama teman-temanku...
Jangan buat sesuatu perkara baik atau buruk kerana orang lain walaupun kerana sayang... tetapi biarlah kerana diri sendiri dan keikhlasan hati...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, July 19, 2011
Happy Birthday to you....
Sunday, July 17, 2011
Doa
Engkaulah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Engkau,
Engkau menciptakanku dan aku adalah hambaMu,
aku berusaha memenuhi tekad dan janjiku untuk taat padaMu semampuku,
aku berlindung padaMu dari keburukan perbuatanku,
aku mengakui semua nikmatMu,
aku juga mengakui banyak dosaku,
maka ampunilah aku,
karena sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku selain Engkau"
Aamiin..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Memori Tercipta
1:05am
Feeling blue.....
Shila OIAM - Memori Tercipta
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 16, 2011
Koir Patriotik
1:50 pm
Koir Patriotik
Along wakil skolah masuk koir. Seems like sume skolah kat sgor. Tgk td kecik je nmpk. Proud of her. Berani mencuba. This week n nx week for skolah rendah n menengah.
Anak2 dok koir. Mak bapak dok amik gambo. Bebudak abis di mekap. Cam pelakon opera pun ada hehe. Tp biasa la bebudak. Mana reti dok diam. Berlari sana sini.
Rupanya koir ni byk tune, intonasi, style bla bla... Abah baru belajar haha.. So happening. Thot minus one tp siap ada pemain organ, konductor skali. Hebat cikgu ngajar.
Esok along angan ada sports day utk skolah agama plak. Bz abah jd driver. Smalam dok cite2 acara masuk. Abah haah haah je.. Pastu lelap hahahaa
Few photos of her..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, July 15, 2011
Bila dewasa
Jadi dewasa ni..
Kena matang..
Kena professional..
Banyak tanggungjawab..
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu..
Banyak essay nak kene tulis..
Banyak pakai duit..
Tak boleh emosional tak bertempat..
Kena cari makan sendiri..
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan..
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita..
Kena berpada-pada bila berkawan..
And banyak lagi la kena, kena, kena, kena, kena dan kena.
Apapun kena redha dan telan je....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, July 14, 2011
Apa itu kegembiran?
Knowing you're not alone,
Knowing its infinite,
Feeling true unconditional love,
Being free,
Being you,
Being true,
Not telling lies,
Looking to the skies,
Knowing where you came from,
Being home,
Learning the truth,
Teaching others,
Growing,
Ascending,
Marveling at everything around you,
Feeling the earth beneath you're feet,
The wind on you're face,
The rain washing away you're fears,
The fire incinerating the dead making way for new life,
Happiness cannot be defined or bought,
It just is,
Happiness is everywhere,
SO SMILE.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, July 13, 2011
Care for each other
Sinar.fm
Once upon a time, we're as what the song mentioned. I'm very grateful of what I've. God gave me the opportunity and very lovely person for me.
Thank you thou for short stint :)
Every Breath You Take - Police
Every breath you take
Every move you make
Every bond you break
Every step you take
I'll be watching you
Every single day
Every word you say
Every game you play
Every night you stay
I'll be watching you
Oh can't you see
You belong to me
How my poor heart aches
With every step you take
Every move you make
Every vow you break
Every smile you fake
Every claim you stake
I'll be watching you
Since you've gone I've been lost without a trace
I dream at night, I can only see your face
I look around but it's you I can't replace
I feel so cold and I long for your embrace
I keep calling baby, baby please...
Oh can't you see
You belong to me
How my poor heart aches
With every step you take
Every move you make
Every vow you break
Every smile you fake
Every claim you stake
I'll be watching you
Every move you make
Every step you take
I'll be watching you
I'll be watching you
Every breath you take
Every move you make
Every bond you break
Every step you take (I'll be watching you)
Every single day
Every word you say
Every game you play
Every night you stay (I'll be watching you)
Every move you make
Every vow you break
Every smile you fake
Every claim you stake (I'll be watching you)
Every single day
Every word you say
Every game you play
Every night you stay (I'll be watching you)
Every breath you take
Every move you make
Every bond you break
Every step you take (I'll be watching you)
Every single day
Every word you say
Every game you play
Every night you stay (I'll be watching you)
Every move you make
Every vow you break
Every smile you fake
Every claim you stake (I'll be watching you)
Every single day
Every word you say
Every game you play
Every night you stay (I'll be watching you)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, July 11, 2011
Coretan ini
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...
saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Pencipta mengatur setiap takdiran,
Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Yang Esa...
Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...
Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...
Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...
Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 9, 2011
Terus Melangkah
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan, dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kabur
bukan alasan
untuk aku berhenti berfikir
bukan alasan
untuk aku berhenti memilih
bukan alasan
untuk aku berhenti berjuang lalu tunduk kalah pada kelamnya
Aku masih ada hak melihat cahaya
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, July 8, 2011
Tazkirah Jumaat
Kita akan merasa bingung menghadapi hidup ini. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya, tidak tahu apa yang akan dicari. Dalam menghadapi kebingungan ini segala macam cara ditempuh untuk mendapatkan jawapannya. Ada yang berusaha mendapatkan harga diri, ada yang berusaha mencari kekayaan, ada yang berusaha mencari ilmu dan ada juga segelintir orang yang menyiksa dirinya untuk mendapatkan kenikmatan hidup yang tanpa disadarinya ia telah membunuh dirinya secara perlahan-lahan. Ada sesuatu kekosongan dalam dirinya
Banyak hal telah diperbuat, namun kekosongan hati itu tetap berjalan, sampai suatu saat timbul pertanyaan dalam dirinya:
“Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Apa yang ingin aku capai? Apa yang ingin aku perbuat?”
Sejenak merenung. Tiba-tiba muncul jawapan pada dirinya bahawa mereka jarang sempat untuk melihat dirinya sendiri, jarang sempat berbuat untuk dirinya sendiri, jarang sempat menikmati dirinya sendiri. Selama ini yang mereka lihat adalah orang lain. Ia ingin bersaing dengan orang lain. Ia ingin berbuat untuk orang lain. Dan ia ingin mengabdi untuk orang lain. Yang mereka lihat, yang mereka cari adalah yang jauh dari dirinya.
Dalam merenung itu ia mulai merasakan betapa ia kehilangan dirinya sendiri, kehilangan kontak dengan sumber kehidupan, sumber kekuatan, sumber pengetahuannya sendiri.
Dalam merenung, ia merasakan bahawa dirinya jarang berguru dengan asalnya sendiri yang memberikan kehidupan, yang memberikan kasih sayang, yakni Yang Maha Esa.
Dalam merenung, ia mulai bangkit, bangkit untuk maju menghadapi kehidupan.
“Siapa yang kuat ia yang menang, siapa yang kuasa ia yang benar”
Keseimbangan antara keperluan material dan spiritual merupakan langkah pasti yang akan ia jalani. Kebahagiaan merupakan awal mulainya perjuangan itu tanpa mengikatkan diri pada hasilnya.
Thursday, July 7, 2011
Apa itu rindu....
Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.
Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.
Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.
Wednesday, July 6, 2011
Percaya & Yakin
And what you can be,
And not what others,
Think that you are,
Believe in your dreams,
And what you can achieve,
If you work towards your goal,
Believe in tomorrow,
And the hope that it brings,
With the dawn of each new day,
Believe in love,
And the one that you love,
The person you know him to be,
But the most important of all of these,
Is that you believe in you.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, July 5, 2011
The reason why
And help me to cope
When life pulls me down
You bring me around
You teach me to care
And help me to share
You make me honest
With kindness the best
From you I learned love
With grace from above
It's for you I live
And I want to give
You are the reason
That fills each season
When I hear love I think of you
You are my world and best friend too
I love you because you are so kind, thoughtful and caring
I love you because you are so pleasant, lovely and sharing
That's why I love you
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, July 4, 2011
Masa itu emas
time to play
but some times
time just flies away
there's time for life
time for death
but i need to follow
in there foot steps
and there's not alot
of time left
there's time for school
time for work
but where's the time gone?
when your childeren
are all grown up
there's time
spent here
and there
time is everywhere
i'm running out of time
i just need a bit more
but time
just won't streach
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 2, 2011
Pimpinlah aku...
Cyberjaya
Sahabat,
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku supaya tidak kalah,
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah.
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Pimpinlah aku bersamamu,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.
Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Adakah anda mencintainya?
Begitu juga seorang ibu yang mencintai anak-anaknya pasti akan sanggup berkorban apa sahaja bahkan nyawanya sendiri demi kebahagiaan anak-anaknya.
Apakah itu cinta? Cinta adalah pautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dan dapat membahagiakan jiwa seseorang serta akan membina satu pautan yang kukuh.
Jika pautan itu sangat kuat, maka ia dinamakan rindu, rindu inilah yang menjadikan seseorang ibarat hamba kepada kekasihnya.
Sudah adakah tanda-tanda cinta itu dalam dirimu? Jika ada, pada siapa ya cinta dan rindumu itu? Pada kekasih yang jauh dimatakah? Ataupun pada arjuna yang setia menanti di hadapan mata?
Mungkin juga pada keluarga yang tercinta?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, July 1, 2011
Kesalahan dan Kesilapan
Sesungguhnya kesalahan itu dapat menjadi pengantar untuk peroleh suatu kebenaran. Kesalahan juga bisa menjadi sebuah proses yang efektif dalam mempelajari dan meraih sesuatu yang positif.
Orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, atau tidak mengenal dengan baik tentang hal-hal yang salah, tidak akan pernah benar-benar menghargai nilai sebuah kebenaran serta selok-belok jalan menuju pengetahuan.
Tidak sedikit orang yang sampai pada kebenaran dan kebaikan yang besar melalui pintu kesalahan.
Kita kerap melakukan kesalahan, tapi ia perlu disesalkan. Kesalahan tetaplah sebuah kesalahan. Akan tetapi cara kita merespon kesalahan itu dapat memberi perbezaan yang sangat bererti.
Respon yang salah akan membawa seseorang pada kesalahan dan keburukan yang lebih besar lagi. Respon yang tepat mampu menghantarkan pada perbaikan diri dan keberhasilan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
saya follow...
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
spageti..11 years ago
-
2012......iam back12 years ago
-
Demi masa12 years ago
-
-
-
-