IP

Thursday, March 31, 2011

Lantaklah... Satu luahan

2:00am
Bedtime story


Penat puaskan semua pihak? Saya pun. Bila kita dalam mode idealis, bolehlah kita kata, Lantaklah. Bukan orang buat kita. Fikir Tuhan sudahlah. Lantak dengan manusia. Melainkan kita hidup di pulau, seorang diri, penyataan diatas adalah BS.

Mana boleh lantak? Sebanyak mana kita nak melantakkan orang, sebenarnya kita memang tak boleh, sebab kita hidup bermasyarakat. Sebanyak mana kita nak pentingkan diri, sebenarnya memang tak boleh, sebab kita bukan hidup sendiri.

Mula-mula bolehlah kita beriya pentingkan diri, tapi lama-lama kita akan melaut ke membelai orang juga. Ikat ketat mulut sendiri, tutup kedap hati sendiri, sesak nafas pun tak apalah janji tak mencetus konflik.

Jaga hati orang tak sepatutnya jadi
satu perkara yang meletihkan mental dan emosi, tapi bila orang expect kita patut jadi begitu-begini, itu yang meletihkan.

Kawan saya ada ckp "aku tarik diri dari segala macam laman web sosial sebab semua orang nak add aku. Tapi benda yang aku nak cakap, bukan jenis benda yang semua orang nak dengar. Benda yang aku nak beritahu, bukan jenis benda yang semua orang nak tahu"

Kita semua lebih kurang sama dalam hal ini. Kita add orang, tapi kita tak betah dengan benda-benda dramatik yang orang lontar tiap hari. Sebab sebenarnya, bila orang kenal kita, dia cuma nak kenal bahagian kita yang dia nak kenal. Tu selalunya.

Faham? Maksud saya, dia cuma nak tengok bahagian diri kita, bahagian hidup kita yang dia suka. Yang dia tak suka, dia tak suka. Lebih teruk, bila dia bersuara yang dia tak suka. Tu manusia yang tidak dapat menerima orang lain seadanya. Nak yang best saja. Baiklah, itu hak masing-masing, dan kita boleh cakap lantaklah dia nak fikir apa.

Tapi kuat ke daya kita nak melantakkan orang? Kita cakap kita tak nak kisah tapi boleh ke kita betul-betul tak kisah? Kita
dah biasa hidup bermasyarakat, mana pernah kita hidup di pulau seorang diri, jadi mudah ke tak endah? Boleh ke kita tak peduli langsung pandangan orang, perasaan orang, walhal pada masa yang sama jiwa kita dan minda kita ini terbina dari cebis-cebis yang kita kutip dari setiap
orang yang melintasi hidup kita?

Macam mana kita nak pilih orang, bahagi-bahagikan orang, kategorikan orang
ikut citarasa kita walhal sebenarnya tak ada satu manusia pun di muka bumi ini yang kita boleh bulat-bulat percaya? Cuma kita adalah kita.

Orang pandai ilmu dunia tinggi mana pun, pandai ilmu agama tinggi mana pun, kenal kita seumur hidup pun, tak akan layak berkata "aku faham engkau". Yang layak berkata begini dan lebih lagi cuma satu. Allah.

Dalam pada saya cuma seronok mengomel macam ini, percayalah, entri ini ada potensi untuk dilihat sebagai kurang sabar atau emosional. Kadang-kadang saya hairan macam mana orang boleh menghakimi dari membaca blog dan melihat gambar saja.

Saya pun manusia, pernah menghakimi dan bersyak wasangka dalam sedar dan luar sedar. Tapi sama-samalah kita cuba elakkan benda ini. Sebab bila kita menghakimi, kita
dah macam nak main peranan Tuhan.

Macam kawan saya kata "Berhentilah mengata orang lain kafir; kita ni dah macam ada tuhan kecil dalam hati yang sedang membesar."

Makin banyak teori buruk kita buat tentang orang, makin besarlah tuhan jadian kita tu, dan makin butalah kita pada Tuhan sebenar.
Pada saya, bendanya simple. Kalau tak berkenan dan sungguh nak baiki keadaan, approach orang itu secara peribadi. Bukan dengan lantang memberi komen public atau membuat kritikan meruntuh. Takkanlah sebab orang itu lain sikit dari kita, dia dikata tak betul?

Bukan kita boleh improve diri dengan mencari salah orang pun. Memanglah kita ini manusia dah bertamadun dan berilmu, tapi Maha Tahu tetap cuma satu. Reti-retilah
rasa segan dan rendah diri. Benda atau orang yang kita belum kenal, belum faham,
dia memang akan nampak sama ada sangat negatif atau sangat positif. Lepas itu dia akan nampak biasa saja.

Orang yang kenal kita biasanya dia dah set idea tentang diri kita dalam kepala otak dia. Benda ini selalu kita buat tanpa disedari. Dan bila dia lebih kenal kita, dia expect
kita adalah sama seperti idea tadi. Idea dia tentang kita.

Masalahnya kita bukan idea. Kita manusia. Solid human. Nak tak nak kita mesti terima semua manusia dicipta berlainan. Anda bukan saya dan saya bukan anda.

Hanya kerana seseorang itu gaya hidupnya tak serupa kita, pemikirannya tak serupa kita, taklah menonong bermakna dia itu salah dan wajar diambil serong.

Manusia kan Tuhan jadikan beza-beza? Itulah cantiknya. Kalau semua sama, baik jadi robot. Dan saya, sekarang di alam siber saya cuma ada weblog ini. Kalau di sini pun saya tak boleh jujur, eloklah saya bertukar jadi robot......

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, March 30, 2011

Rasa itu

Saat pertama kali ku melihatmu
Jantungku mulai berdegup kencang
Sejak saat itu
Malam-malamku penuh mimpi tentangmu
Setiap kali bersamamu
Serasa ku terbang melayang
Anganku membawamu turut serta
Menghadapi ribuan bintang di langit
Aku jatuh cinta padamu
Jatuh cinta yang pertama
Ku mohon.. jangan lukai aku..
Ini yang pertama buatku
Ku ingin yang paling indah
Walau pun nanti berpisah
Kisah ini tak kan terlupakan.....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 29, 2011

Mencari yang hilang

Kadangkala,
Kita terpaku mencari jawapan kehidupan,
Berlari dan terus berlari,
Mengharapkan penghujung yang sejati,
Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki,
Lantas kita berhenti sebentar,
Refleksi diri yang kian gentar,
Bertanya semula kepada kalbu yg keletihan,
Apa yang engkau lari-larikan?
Apabila hakikatnya,
Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata,
Kemuliaanmu terpancar hatta di celah-celah kota,
Walau dunia penuh pancaroba,
Dirimu sentiasa menanti masa,
Mencari, dan terus mencari.

...Kerdipan Yang Hilang...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, March 28, 2011

Persepsi

Kita selalu membuat kesilapan bahawa cara pasangan kita berfikir, bertindak adalah sama seperti kita. Kita menyangka bahawa cara mereka bercinta adalah sama
seperti kita bercinta. Kesannya, apabila pasangan kita melakukan sesuatu tabiat yang berlainan dengan tabiat 'normal', membuatkan kita berfikir bahawa terdapatnya masalah dalam hubungan itu. Sebenarnya adalah tidak!

Bahasa cinta Zuhrah adalah tidak sama dengan Marikh. Marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah. Apa yang diperlukannya adalah ruang untuk berfikir sebelum kembali kepada Zuhrah. Zuhrah mahu ada orang di sisi untuk membelainya dalam proses memenuhi emosinya.

Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang berlainan, mencetuskan konflik. Marikh sentiasa menyalahkan Zuhrah kerana tidak memberi ruang padanya. Zuhrah pula menyalahi Marikh kerana Marikh sering tidak ada dan meminggirkannya. Pergaduhan berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu perpisahan. Hal ini gara-gara Zuhrah dan Marikh lupa pada asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka adalah sama tetapi sebenarnya berbeza disebabkan datang daripada latarbelakang kehidupan yang berlainan.

Kesimpulannya, jangan dilupakan perbezaan yang ada pada diri. Kita adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu, ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu nasihat adalah sentiasa mengingati kita adalah berbeza.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 27, 2011

Demi Cinta Kita ...part 2

...sambungan dari part 1


Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun. Apatah lagi memaafkan pasangan. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya pasangan kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang masih hidup, bukan untuk orang yang telah mati.

Bayangkan, pasangan kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan  tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan "sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini..." Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

"Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. "

"Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku."

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu  jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu  dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah... aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit "benci tapi rindu" ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.

Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 26, 2011

Demi Cinta Kita

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Kita hanya manusia yang turut berdosa. Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia.

Kerana cinta kita perlu memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kita wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati. Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Pada ketika itu terujilah cinta kita. Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri. Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.

Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk pasangan mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.

Kemarahan seumpama 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup... berilah kemaafan.

Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan pasangan kita.


... akan bersambung jikalau ada idea...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 25, 2011

Mimpilah semampu mungkin

Hold fast to dreams
For if dreams die
Life is a broken-winged bird
That cannot fly.

Hold fast to dreams
For when dreams go
Life is a barren field
Frozen with snow.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, March 24, 2011

Sukarnya Memaafkan

Can't remember where I got this. Terpulang how you want to interprete it. For me, mungkin pengalaman penulis ada dendam or perasaan terguris....


Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika...
di pinggiran nostalgia
... sukarnya memaafkan
....sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan...
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah...
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan  semula
...di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, March 23, 2011

Sendirian

I walked alone
All Alone
Never felt so Lone
Home Alone

In the room
On the road
I laid on the bed alone
I felt silence creeping over
I was alone

I walked on the busy road
Yet walked alone
Felt the rush pass by
I yet remained alone

People came into my life
I was a prisoner of silence
I couldn't speak
No sound heard
As I remained alone

All Alone

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 22, 2011

Tegurlah dengan ikhlas

12:20am
Bedtime story


Remember this and keep it very dear to your heart. Dan jangan ulangi kesilapan yang sama. Cause it hurts!

And it hurts so much until you want to tear yourself apart.

1. Belajarlah dari kesalahan.

Tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat sekali.

2. Jalinkan kecintaan sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.

Tidak adil jika menegur seorang dalam keadaan tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting tidak merasai kasih sayang.

Hargailah semangatnya dan didiklah dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang mengundang kebencian.

3. Carilah cara yang terbaik.

Barangkali kita bukanlah orang yang terbaik. Carilah yang pandai berbicara. Jadikan mereka orang tengah. Kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada.

4. Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran.

Bukalah hatinya dahulu sebelum menyampaikan apa-apa. Bersemukalah dalam keadaan tenang. Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar.

5. Anggaplah seperti bercakap dengan diri sendiri.

Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur. Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur.

Jangan memandang rendah akan dirinya kerana setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga. Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan.

6. Jangan menegur dalam keadaan beremosi.

Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian. Kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar diri bersedia untuk ditegur dan berubah.

Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada seseorang.

..... From few sources. Copy-paste-ammend.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, March 21, 2011

Hati yang gelap

2:30 am
Bedtime story


Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!

Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.

Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?

Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana.

Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.

Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.

....... akan bersambung jikalau ada idea

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 20, 2011

Pesanan penaja

Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu. Pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh kemarahan.

Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 19, 2011

Manis bicara

Sering kita menjadi mangsa,
Pada manis bicara,
Putar belit kata,
Tuturan lidah manusia,
Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,
Sesat dalam rimba percaya.

Manisnya bicara,
Laksana gula,
Manisnya meracun jiwa,
Taksubnya ...
Mengikat sangsi di perdu jati,
Kukuh talinya bersimpul mati.

Sedar-sedar saja ...
Segalanya telah tiada,
Hilang harta,
Hilang mahkota,
Barulah terungkai maksud di sebalik kata,
Bukti yang nyata,
Janji-janji yang dikata,
Tidak pernah terkota.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, March 17, 2011

Sabar

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Sebagai contoh....

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang dianjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini.

Perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi....

Wednesday, March 16, 2011

Doubts

Doubt is an animal
That nibbles inside
Gnaws till the flesh
Rips on the outside

Thoughts stream through veins
Hastens far into night
Churns wild in the stomach
Till daybreak pours light

Raking over images
Contemplating the world
Relinquishing anguish
Cloudless skies unfurled

Ignore the ambush
That fights tooth and nail
To tether your being
Consequences unveiled

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 15, 2011

Anis

Keadaan anis b4 and after. Kena botakkan oleh atuknya. Nak buang rambut bersalin. X smpt abis dh nangis. Dah bertompok-tompok. Atuk naik fedup haha...

Lawak pun ada muka. Cam shaolin pun ada. Cam alien pun ada. Cam sinead o connor pun ada.

Kena gelak ngan sy hahaha...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, March 14, 2011

Like brand new...

Tergerak nak basuh kete. Baru siap. Jap lg nak vacum plak. Pastu nak lepak.

Cantik wooo hahahaha....

Sesapa nak... Tp kena upah laaa huhu....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kenangan

Among things that I treasure a lot. Thou dh koyak here n there, still my feet loves this.

Its has memory with it. Siap kena marah sbb pakai selipar tandas to pyramid. Siap kena buang dlm tong haha...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cerita arini....

Pagi ni ingat nak service citra. Dh lebih 1172 km. Otw ke rantau panjang nak amik abg ipar, citra wat perangai. Xleh nak start bila off engine. Hampeh. Last2 panggil tow truck. Ingat free. Mmg free pun but kena bayar dulu claim kemudian. Rabak 300.

Dh kami naik tow truck ke kb. Sampai sana, pomen dok cek. Bila diagnose kata fuel pump faulty. Pomen kata maybe wiring, fuel pump or ecu. Dekat 4 5 jam cek rupanya connector kat fuel pump connection loose. Hampeh. Berjam cek rupanya tu je. Betulkan terus ok. Pastu baru service.

bila smpi umah, dh kul 8 mlm. Ingat malas nak gi kenduri. 2 plak tu. Sume sedara dekat. Rasa x kena plak kalau x gi. Gi gak la. Mknan pun tingal baki2 hehehe. Mkn x ingat. Lapo. Mkn pg je. Tp ok la mkn nasi kerabu + teh o. Sedap. Ilang kempunan.

Tp atleast citra x wat perangai tgh2 hutan. Kalau x mana nak hala. Baru kua kilang pun ada prob. Dugaan tul. Hopefully xde mende pelik la lepas nih. Kalu betul fuel pump prob, pomen kata dlm seribu. Kalu ecu dekat2 4 5 ribu. Pastu kia service klate mana ada simpan part. Mau sadai. Ngan apa nak balik. Hehehe...

Esok kenduri lg. Ni cikgu taska tmpt abang ngan aida ngaji kat pantai sabak. Nak tuju pun x tau. Hadui... Cam org asing bila balik klate. Tmpt dok tau. Kalu lembah klang bule gak nak imagine mana nak tuju. Ni kg sendiri pun sesat hahaha. Sape suruh besar kat luar. Since 1988 me dh kua dari klate. Balik pun skali sekala. Org kata klate murtad marah hahahahaha....

Nak tido x ngantuk lg. Layan fb + ym + apa2 lah hehe.......

Terasa rindu dihati..... :(

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 12, 2011

Let get laughter way out of yourself

Let get laughter way out of yourself
Make the happy sound awake
Laughter magic and enchanting
Don't sustain it in your soul
Let yourself go into joy
May it help forever
People from wherever
Getting circled together
Laughter can be a kind of help
A worthy enemy to distress
Rise this laughter so dear
To be heard by human ears
Make it go on around the world
Little chuckles happy giggles
So many ways of laughing
Don't fear the others comment
Let laughter way out of yourself
Be assured laughter is magic
Open your heart to this very
Very special kind of sound
Let get laughter way out of yourself
Make the happy sound awake

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 11, 2011

this is the life

In life sometimes you're up
sometimes you're down
sometimes you win
sometimes you loose you crown
sometimes you survive
sometimes you drawn

In life sometimes you feel law
sometimes you feel high
sometimes you smile
sometimes you cry

in life sometimes your dreams come true
sometimes your dreams flew
sometimes it breakes all the hope and the thoughts you drew
sometimes it makes a strong relation that last forever between two
sometimes it takes friends and people we love and we knew
sometimes we forgot the pain
sometimes the pain grew
but this is the life
and we should go throw

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Maafkan saja....

12:45am
Bedtime story


Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidaksempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, March 10, 2011

Mimpi Yang Tak Sudah

Sinar.fm
6:50am


Ibnor Riza : Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, March 9, 2011

Sahabay selamanya

Sinar.fm
9:15am

Somehow thou katun but it shows what friendship is all about.....

For us to ponder and think where we are....


Padi : Sahabat Selamanya
(OST Upin & Ipin)

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 8, 2011

Aku dan Kenangan

7:20am
Sinar.fm

Lagu: Aku Dan Kenangan
Penyanyi: Hattan

Sunyi dan sepi…
Tiada bintang yang berkelipan
Di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata
Dan bersenda

Ku nanti dikau…
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya…
Yang aku nantikan tak kunjung tiba..

Tiada kata tiada pesan untukku
Yang engkau tinggalkan sayang…
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal…

(Ke)pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada
kasih…

Tersenyum aku…
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal…
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan

Tiada terduga…
Yang ini harus akan terjadi di malam begini
Mungkinkah…
Kitakan bersua lagi…

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, March 7, 2011

Lawak antarabangsa

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang, orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…"

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rama-rama

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Sunday, March 6, 2011

Alone with you... I want to be

Alone with you is where I long to be too
Alone together is the place where we should be
Alone without your words
it's you that I miss too

Alone I feel your touch
Alone today just feel like too much
Alone I don't want you to feel
Alone soon I hope you will not be

Alone and it's you I barely know
Alone a while longer and I will come to you
Alone this hunger that makes you ache
Alone this feeling my flesh can't hardly take

Alone this feeling soon you won't have to take
Alone with you I know will be home for me
Alone with you soon will come true
Alone you kiss me goodbye in your mind
Alone but your heart beats with mine

Alone and why is timing so unkind
Because with me, alone you will not find

Fragile how you are, strong and patient you will find
You I need, wait for me and alone you will not be

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 5, 2011

Everyone loves laywer jokes!

Q: How can you tell if a lawyer is well hung?
A: You can't get a finger between the rope and his neck!
 
Q: If you are stranded on a desert island with Adolph Hitler, Atilla the Hun, and a lawyer, and you have a gun with only two bullets, what do you do?
A: Shoot the lawyer twice.
 
Q: What do you call 5000 dead lawyers at the bottom of the ocean?
A: A good start!
 
Q: How can you tell when a lawyer is lying?
A: His lips are moving.
 
Q: What's the difference between a dead dog in the road and a dead lawyer in the road?
A: There are skid marks in front of the dog.
 
Q: Why won't sharks attack lawyers?
A: Professional courtesy.
 
Q: What do you have when a lawyer is buried up to his neck in sand?
A: Not enough sand.

Q: Why did God make snakes just before lawyers?
A: To practice.
 
A command was given to a dog: "SPEAK!"
The dog said in return: "Not without my lawyer present!"
 
Q: Why is going to a meeting of the Bar Association like going into a bait shop?
A: Because of the abundance of suckers, leeches, maggots and nightcrawlers
 
Q: Why are there so many lawyers in the U.S.?
A: Because St. Patrick chased the snakes out of Ireland.
 
Q: What's the difference between a lawyer and a herd of buffalo?
A: The lawyer charges more.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

What are words

New single from Chris Medina : What Are Words

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight

And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 4, 2011

Yakinlah Aku Menjemputmu

Kangen Band - Yakinlah Aku Menjemputmu

Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lalu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Reff:*
Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

**
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Back to Reff:* / **

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Memori Saya

My memory, my memory, runs and spills
through the sieve of forgot
ping pong, ding donged back and forth
jumped about catamont, scratching at the door

my memory leaks and flows,
swims seeps into, peeps about, ugly plain
forgetting is solid, just plumb forgot
memory is quite different

from the start, a different spark
the rain and four leaf clover and gold pot
that went to rot at the rainbow end
tied in knots constipated, needs associations

friends and friends of friends working
to remind, forget and select

Thursday, March 3, 2011

Sudah lupa...

Company nak launch safety campaign esok. Dok tgk bebudak dok prepare stage, props, etc etc. Bz semacam haha. Siap wat rehearsal smalam but to few hods, execs, supvs. Ikut je lah haha

Bila dok sini banyak dah lupa haha. Dh xde
A. Jd macai utk launching
B. Buat multimedia
C. Jd penanggah
D. Jd runner
E. Apa itu 5S?
F. Apa itu kaizen?
G. Apa itu icc?
H. Apa itu tahu sume?
I. Etc etc

Lupa... Makin lupa hehe... Rasa kat sini hanya wat keje je... Lain2 jd tukang tgk haha...

Rasa relex betul time launch nih. Kalu kat tmpt lama sure dh kelam kabut. Teringat masa last launching dulu... Seminggu hidup x senang. Ada je x kena hahaha

Now hanya ikut je apa org buat haha....

Legaaaaaaa.......

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, March 2, 2011

Birthday by the Beatles


today is my 39th birthday. lots of wishes pouring in to my fb, ym, sms,
emails. feel so honored as they still remember me as their friends. from
childhood friends to work related friends. i feel blessed.

the 1st wish came at 12:02 am this morning. the 1 that i kinda waited to
received coz it is our routine that at 12:00 midnight the phone should
popup with the birthday wish. really make my day.

unfortunately, today also is the sad day as i received the news that her
grandma passed away. takziah from me to her. it is kinda back-to back
sad episode as last year, on my birthday she met with an accident
on her way to work.

but as a my wish..... among others... i asked GOD to bless my family,
my friends, my relatives, people who know me and muslim around the
world with HIS kindness, merciful etc etc for us to live our life peacefully.

and my real wish.... *hehe sorry lorr... can't tell*

hahahah.....

Mother

From my friend page that I love to share.....


♥ A word "MOTHER" that means the world to me ♥

• My mother taught me RELIGION.
"You better pray that will come out of the carpet."

• My mother taught me WISDOM.
"When you get to be my age, you'll understand."

• My mother taught me TO APPRECIATE A JOB WELL DONE.
"If you're going to kill each other, do it outside. I just finished cleaning."

• My mother taught me IRONY.
"Keep crying, and I'll give you something to cry about."

• My mother taught me about STAMINA.
"You'll sit there until all that spinach is gone."

• My mother taught me the CIRCLE OF LIFE.
"I brought you into this world, and I can take you out."

• My mother taught me about ENVY.
"There are millions of less fortunate children in this world who don't have wonderful parents like you do."

• My mother taught me HOW TO BECOME AN ADULT.
"If you don't eat your vegetables, you'll never grow up."

• My mother taught me about JUSTICE.
"One day you'll have kids, and I hope they turn out just like you!"


"M" - is for million things she gave me,
"O" - is for the way she never grows old,
"T" - is for the tears she shed to save me,
"H" - is for her heart of purest gold,
"E" - if for her eyes, with love - light shining,
"R" - means right, and right she'll always be

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 1, 2011

Remember

Remember the laughs
Remember the smiles
Remember the times we had for a while
Remember the good
Remember the bad
Remember the love that we once had
Remember with a smile
Remember with a tear
Remember the times you held me in fear
Remember the kisses
Remember the hugs
Whatever you do don't forget US....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Doa seorang isteri

Copy paste from fb that I subscribe....


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
 
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu'atun 'Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi
 
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
 
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
 
Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
 
 
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
 
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
 
Amin Ya Rabbi Allamin..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone