IP

Tuesday, December 28, 2010

Suatu doa dan harapan....

YA ALLAH, kau berikanlah kesedihan padaku, agar ku kenal erti kebahagiaan. Kau berikanlah dugaan padaku, agar ku kenal erti kesabaran. Kau sinarilah cahaya nur dihatiku, agar dapat ku melihat segala kebaikanmu. Kau bukakanlah pintu hatiku untuk mendengar seruanmu, agar dapat ku kembali bersujud padamu. YA-ALLAH.

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu. Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana. Insya-ALLAH

Justeru itu, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Adakah ianya masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya kerana ianya masih belum terlambat untuk kita berubah. Insya-ALLAH

Beringatlah bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri. Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun.

Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment