IP

Tuesday, August 14, 2012

Berubah untuk diri sendiri

Dipetik dari kata Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ramai antara kita apabila dok tersinggung dengan kelakuan atau percakapan sahabat, kita sentiasa berharap agar dia berubah sikap, supaya kita tidak lagi tersinggung pada kelakuan atau percakapan beliau.

Namun, ramai tidak sedari itu juga antara perkara yang mencari nahas dalam hubungan antara manusia - iaitu sentiasa mengharapkan orang lain berubah untuk keselesaan diri sendiri, tapi sendiri tidak berubah.

Mengapa mencari nahas? - kerana biasanya orang tersebut tidak akan berubah, maka segala harapan padanya untuk berubah akan berkecai, dan akhirnya menambah kecewa, dendam pada orang yang mengharap.

Jangan selalu dok berfikir penyelesaian kepada sesuatu masalah dalam hubungan sesama manusia ialah orang lain itu berubah, walhal penyelesaian sebenar adalah pada diri sendiri - kita yang harus berubah dulu.

Umpamanya, anda tersinggung dengan seorang sahabat yang anda rasa tidak menjaga kepentingan anda sebagaimana anda menjaga kepentingan dia...

Jika anda harapkan sahabat berubah untuk menjaga kepentingan anda sebagaimana anda menjaga kepentingan dia adalah jalan mencari nahas untuk merosakkan hubungan kerana ia susah berlaku dan pembaris setiap orang berlainan.

Sebaliknya ia adalah lebih mudah kalau kita yang berubah dengan mengubah pandangan pada dia, bahawa itulah beliau yang sebenarnya, dan jangan ada expectation banyak sangat pada beliau - keadaan akan menjadi lebih tenang dan hubungan akan mencapai lebih kesefahaman dan kurang sengketa dalaman hati.

Banyak perkara, jika kita inginkan perubahan, ia bermula daripada diri sendiri, dan bukan harapkan orang lain berubah.

Sekadar renungan untuk pagi ini.

Senyum.

Midnite Quote

Friday, August 10, 2012