Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Friday, April 27, 2012
Thursday, April 26, 2012
Ingatan tulus ikhlas
Jika anda mahu menjadi seseorang dalam hidup, jika anda mahu mencapai sesuatu, jika anda mahu menang, selalulah mendengar kata hati mu, dan jika ianya tiada memberi sebarang jawapan, Mohonlah dan ber DOA dengan penuh kesungguhan dan keyakinan serta fikirkan dan bayangkan kedua dua orang tua mu.
Dan kemudian anda akan dapat mengatasi segala halangan, semua masalah akan selesai, kejayaan akan jadi milik mu, hanya untuk mu …..
Sent from U Mobile
Monday, April 23, 2012
Pelajaran dari kekhilafan diri .... part II
Pelajaran dari kekhilafan diri
Saturday, April 21, 2012
Pernahkah…
Itulah saat di mana TUHAN ingin kita berbicara kepada-Nya, merayu kasih pada NYA, melepas segala kesedihan kita pada nya...Renungkanlah,
Sent from U Mobile
Wednesday, April 18, 2012
Mind twister
P3S4N4N 1N1 UN7UK M3M8UK71K4N 84941M4N4 074K K174 80L3H M3L4KUK4N P3RK4R4 H3847 . P3RK4R4 M3N4KJUBK4N . P4D4 4W4LNY4 494K 5UK4R 74P1 K1N1 074K 4ND4 5UD4H 80L3H M3M84C4NY4 53C4R4 4U70M471K . 74HN14H ! H4NY4 0R4N9 73R73N7U 54H4J4 Y4N9 80L3H M3M84C4 73K5 1N1 . 70L0N9 F0W4RD J1K4 4ND4 80L3H M3M84C4 73K5 1N1
Sent from U Mobile
Bila dah terpaksa
Dh la subject dia x minat. Kalu kasi maths ke science xdela camtu gayanya. Mungkin ikut style sy. Dulu sy sekolah rendah pun sama. Subject baca je lelap. Sekolah menengah je baru ada minat. Along angah pun show same symptoms. Bila dh terpaksa creativity pun kurang.
Sy pun sama. Sy tau now sy salah bidang. Bila keje hr, byk mende kena membaca n be creative dlm mengarang. Tu yg jd terpaksa. Tu yg bila bgun pagi mmg terpaksa bawa diri ke opis. Really dragging my feet. Tp buat masa ni apa boleh buat sbb tu periuk nasi to support my family. Mmg terpaksa layan.
Byk cth bila dlm keadaan terpaksa. Terpaksa tunjuk muka baik bila dpn mertua. Terpaksa lyn org yg kekadang rasa nyampah sbb nak jaga air muka. Terpaksa buat things yg against our principle. Terpaksa berborak thou xde topic nak borak. Terpaksa this terpaksa that. Mmg penat.
Somehow I wish I can be selfish. Dun give a damn apa people say bout me. Tp sy hidup bermasyarakat. Kalu dok dlm gua sorg diri lainlah. Be cruel. Terpikir gitu. Tu yg kekadang kita mkn diri. Tp pikir balik, nabi lagi teruk dugaan. Cabaran dia nak tegakkan Islam dimuka bumi. Tp sy ngaku sy x penyabar cam nabi. Mmg niat nak gitu. Tu yg terpaksa.
Dlm rship pun sama. X kisah la berkawan ke, bercinta ke, berkahwin ke, kita terpaksa hadapi kerenah the other party yg kekadang really contradict. Terpaksa layan thou kekadang really menyakitkan hati esp bila the other party x jujur ke, bohong ke, curang ke, etc etc yg kekadang mmg jelas nmpk dpn mata tp x ngaku or x ckp. Kena lak kita syg that person. Mmg terpaksa.
So apa solution or moral of the story (kwn sy suka beno guna ayat tu)?
Tah. Sy xde jwpan. Sy pun hadap je. Mungkin kena ada open communication ke, talk heart-to-heart ke, improvise ke, eliminate ke, ignore ke, or others.
Tp I know, 4 me, I need to start somewhere. Kena ada cut off. Time is against me. Smpi bila kan. People say life begins at 40. Maybe now is the time for me to start something. Do or die. Prepare for any consequences. If I need to start from scratch, so be it. Selalu sy buat swot analysis. Mungkin dh x relevant kot.
Hmmmm pilihan yg sukar but as always, 1st step is always the hardest things to do. Kena kuat determination.
May Allah kabulkan niat sy.....
Nite....
Sent from U Mobile
Sunday, April 15, 2012
Saturday, April 14, 2012
BBM
Buat sy tersenyum hikhikhik....
Participants:
-------------
asri, -̶̶•-̶•̸Ϟ•̸J ǑŦǍǏ Ƨ̷ЄМ̤̈ǙŦ ptt •̸Ϟ•̸-̶̶•-̶ *MY* <3¥øu'®
Messages:
---------
-̶̶•-̶•̸Ϟ•̸J ǑŦǍǏ Ƨ̷ЄМ̤̈ǙŦ ptt •̸Ϟ•̸-̶̶•-̶ *MY* <3¥øu'®:
Kdg2 sya BBM awk..
Kdg2 tidak..
Kdg2 sya reply..
Kdg2 tidak..
Tapi jgn risau, brpe
byk kdg2 tue..
Awk tetap "KAWAN" sya
Bkn utk kdg2..
tapi utk
SELAMANYA(",)
I <3 my friends :*
Sent from U Mobile
Kenapa berbohong
Try google and here is few reasons:
Anak yang berbohong ternyata banyak ragamnya. Ahli psikologi membahagikannya kepada tujuh golongan iaitu:
i. Bohong imajinatif.
Biasanya anak senang berfantasi kerana rnengimpikan sesuatu. Apa yang dibayangkan dalam fikirannya sering diungkapkan dalam bentuk gambar. Dia tidak dapat menerima perbezaan antara imajinasi dan realiti. Apa pun yang dikatakannya dianggapnya realiti, padahal orang dewasa menganggapnya sebagai pembohongan.
Mendengar cerita dapat memberi pengaruh yang besar kepada anak. Pada suatu ketika, dia menganggap dirinya sebagai pahlawan dan berikutnya, dia menganggap sebagai doktor ahli bedah. Imajinasi seperti itu adalah petanda yang si anak memiliki akal yang sihat. Ibu bapa tidak perlu khuatir. Tetapi bila perlu, ibu bapa mesti menjelaskan kepada anak siapa dirinya yang sebenar.
ii. Bohong ambiguiti.
Seorang anak mungkin berkata bohong kerana dia tidak secara tepat mengetahui sesuatu kejadian atau kerana membesar-besarkannya. Kadang-kadang dia tidak mampu menjelaskan sesuatu kejadian secara terperinci dan tidak dapat mengungkapkannya secara efektif. Dalam keadaan seperti ini, ibu bapa harus bersabar menghadapinya sambil mencari kebenaran daripada kejadian yang diceritakannya.
iii. Bohong minta perhatian.
Ramai ibu bapa kurang memperhatikan anak mereka, misalnya apa keinginan dan pandangan anak. Bahkan ibu bapa sering melarang anak melakukan sesuatu di depan orang ramai hingga menimbulkan sakit hati pada diri anak. Keadaan ini akan dapat menimbulkan gangguan kejiwaan seperti perasaan tertekan kepada anak. Anak juga belajar berbohong untuk menarik perhatian orang lain terhadap dirinya.
Dalam keadaan ini, seorang anak mungkin misalnya, berpura-pura berlari sambil berteriak: "Rumah pakcik terbakar!" Ketika seluruh anggota keluarga terkejut dan berlari menuju rumah yang disebutkan, si anak berasa senang kerana dengan berbuat demikian dia membalas sakit hatinya. Salah siapa apabila anak berbohong seperti itu?
iv. Bohong kerana dendam.
Kadang-kadang anak bertengkar dan bahkan berkelahi sesama sendiri atau antara adik beradik. Biasanya seorang daripada mereka akan menaruh dendam dan cuba mencari sokongan ibu bapa dengan menuduh yang lainnya berbohong serta dialah yang benar. Ibu bapa atau pendidik harus berhati-hati untuk tidak cepat memihak, apatah lagi pertengkaran atau perkelahian antara anak biasanya tidak mempunyai alasan munasabah. Sebaik-baiknya, ibu bapa berusaha mendamaikan dan berbicara dengan baik pada anak yang berbohong sambil membimbingnya mengatakan apa sebenarnya terjadi.
v. Bohong membela diri.
Bohong jenis ini biasanya dilihat dalam keluarga iaitu ibu bapa bersikap kuku besi. Anak, kerana takut mendapat hukuman fizikal atas kesalahan yang dilakukan, lalu bercakap bohong. Jika keluarga itu diliputi suasana yang intim, anak tidak perlu berbohong. Bahkan mungkin dia terlebih dulu menyatakan persoalannya dan mencari bantuan ibu bapa untuk memecahkannya, atau dia dengan terus terang menjelaskan alasan tindakannya.
Bohong jenis ini sering terjadi berkaitan kegiatan sekolah. Banyaknya kerja rumah yang tidak dapat diselesaikan di rumah menyebabkan anak berbohong untuk menghindarkan hukuman. Dalam hal ini, ibu bapa atau pendidik perlu memperhatikan kemampuan anak agar dia tidak dimalukan di depan teman kelasnya, atau kalau tidak, dia akan terpaksa berbohong.
vi. Bohong egois.
Bohong jenis ini digunakan untuk memperdaya orang lain. Dengan berbohong, seorang anak berasa lebih mudah memanfaatkan orang lain untuk memenuhi keinginannya. Bohong jenis ini bukan sahaja terbatas pada anak, malah ia juga terjadi di kalangan orang dewasa.
vii. Bohong untuk menunjukkan kesetiaan.
Anak-anak berbohong terutama di sekolah kerana kecenderungan dan mereka terikat pada teman kelas. Dalam hal ini, pendidik harus selalu berkata benar walaupun keadaan mungkin menimbulkan kerugian sesaat.
Dalam kebanyakan keluarga, berbohong sudah menjadi epidemik dan ramai ibu bapa melakukannya.Mereka menganggap enteng perilaku tidak terpuji itu dan tidak bimbang perbuatan itu boleh menular kepada anak mereka.
Ibu bapa yang bercakap bohong di rumah akan meracuni jiwa anak dan seterusnya meracuni masyarakat untuk menyimpang dari jalan lurus yang diajar agama.Anak tidak hanya membohongi dirinya atau membohongi orang lain malah akhirnya akan membohongi Tuhan.
Anak adalah amanah Allah. Memberi mereka contoh pembohongan adalah bentuk ketidaksetiaan kepada masyarakat dan kepada-Nya.
Ni baru anak ngan ibu bapa. Kita pun sama. Kekadang tu yang terkeluar bohong sunat. Indirectly kekadang kita yang ngajar mereka.
Bila pikir balik, saya pun ada gak bohong. Bohong ngan kekawan, mak ayah, adik beradik etc etc. Bila la nak minta maaf. Haduiiiiii.....
Rasa bersalah especially to people yang saya care.....
Saya minta maaf.....
Sent from U Mobile
Thursday, April 12, 2012
Senyumlah
Dengan senyuman sahaja dapat menjalinkan hati-hati manusia walaupun ada kalanya lisan lidah tidak jelas difahami. Namun dengan hanya menguntum senyuman sudah bisa untuk mentautkan hati-hati yang tersembunyi tapi begitu berarti.
"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam menghadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"
Jika kita berkeyakinan untuk berani berdepan perkara-perkara besar dalam menulusuri arus kehidupan, maka kita akan memiliki semangat dan azam yang besar yang bisa untuk memusnahkan segala bentuk halangan dan dugaan yang bakal menerjah tiba.
Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman.
Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan.
Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"...
Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata.
Jangan terus bercerita tentang masalah sampai lupa untuk berbicara tentang penyelesaian. Berbahas tentang masalah seolah-olah tiada lagi jalan keluar darinya sedangkan sifat kita sendiri yang suka memperbesarkan masalah. Tidak salah untuk berbicara tentang masalah, namun apa yang paling utama adalah mencari solusi dalam mengatasi masalah itu.
Jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu semalam dan sama sekali ia tidak dapat memberi manfaat jika kita terus diambang kesedihan. Pandanglah ke belakang untuk menilai semula masalah dan mulakan langkah untuk mengatasi masalah hari ini serta teruskan usaha untuk memadam kesedihan hari semalam.
Ketika kita sedang bersedih dek kerna kemiskinan mahu pun kesengsaraan yang sedang dideritai, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan lagi kesusahan kita? Ketika kita sedang bersedih di atas kritikan dan kata-kata hina lagi nista pada kita, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan mengobarkan lagi semangat mereka yang selama ini mahu melihat kita terus jatuh?
Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.
Sent from U Mobile
Wednesday, April 11, 2012
Bicara buat teman
Teman...
Sudilah kiranya
Mendengar bicara
Bicara sayu
Dikau semakin jauh
Jauh dariku
Dan pandanganku
Surat pengganti diri
Selalu kukirim untuk dirimu
Namun entah mengapa
Tiada balasan
Yang kau kirimkan
Teman, Mengapa dikau
Tak memahami diriku ini
Teman, Mengapa dikau
Diam menyepi ketika ini
Kiranya aku yang bersalah
Maafkan keterlanjuranku
Teman
Kuatkan semangat
Di dalam menempuh tiap dugaan
Aku tetap berdoa
Dalam menanti kejayaanmu
Sent from U Mobile
Tuesday, April 10, 2012
Kemesraan dan kasih sayang
Dan di dalam keluarga, kemesraan adalah bukti cinta yang mengundang persetujuan Tuhan bagi semua DOA yang meminta kedamaian dan kesejahteraan.
Sent from U Mobile
Sunday, April 8, 2012
Renungan zohor
Itu sebabnya, peribadi yang penyayang dan penuh kasih menjadi peribadi pilihan – sebagai belahan jiwa, sebagai pasangan hidup, sebagai partner, dan sebagai pemimpin.
Sent from U Mobile
Friday, April 6, 2012
Sebuah pelarian
Berlari aku untuk meleraikan
sesuatu nafas yang telah buntu
harus dileraikan,
persoalan yang memburu
demi jawapan yang tidak pasti,
aku berlari cuba merlepasi sesuatu
atau aku yang dikejar tak menentu,
aku berlari untuk melepaskan diri
atau aku yang hilang arah tuju
aku berlari sendiri
dalam mencari kebebasan hakiki,
sehingga nafas ini belum terhenti lagi,
dan aku berlari lagi,
untuk merasakan ketenangan pada diri,
dan cuba untuk membuangi
segala keresahan dihati ini,
berlari dan terus berlari
supaya hilang segala yang dibayangi,
agar kebahagiaanku
datang menjelma kembali.
Sent from U Mobile
Thursday, April 5, 2012
Quotes & Pedoman
1.
jangan pernah ragu untuk melangkah. Bayangkan saja wajah mereka yg kita sayangi…. Melangkahlah demi kebahagiaan mereka
2.
Kehidupan ini ibarat kenderaan yang dikemudikan dengan bantuan roda yang disebut keluarga dan bahan bakar yang disebut sahabat.
3.
Cinta adalah menerima, memahami, dan rela berkorban demi kebahagiaan bersama.
Cinta adalah kekuatan yang paling kuat di dunia. Cinta yang dapat melakukan apa saja
4.
Don't trust too much
Don't hope too much
Don't love too much
Don't hate too much
Because
That too much
Can hurt you so much
Sent from U Mobile
Tuesday, April 3, 2012
Yang remeh temeh
Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang
Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng
Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Sent from U Mobile
Sunday, April 1, 2012
Kata-kata Lukhman S
Lama kelamaan pecah jugak batu yang keras tapi ada kalanya
Nasihat itu harus diberi bagai mengetuk
Paku di dinding yang keras
Kena hentakkan yang kuat
Semua itu adalah tanda kasih sayang
Seperti kata Tuan Islah kita:
Memberi nasihat ertinya sayang... kalau tak sayang tentu dia hanya membiarkan kita terus dlm kesalahan....
Sent from U Mobile
saya follow...
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
spageti..11 years ago
-
2012......iam back12 years ago
-
Demi masa12 years ago
-
-
-
-