IP

Sunday, October 30, 2011

Sebab-Sebab Perempuan Menipu Di Dalam Perhubungan

Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah.

Keretakan sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu lelaki. Untuk lelaki pula mungkin pada entri akan datang.

1. Bosan

Hati perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang terjalin. Malah, mereka merasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa bosan dengan pasangan mereka.

2. Balas Dendam

Mungkin seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai.

Bak kata pepatah orang putih "What you give you get back" tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.

3. Hidup Terkongkong

Semua orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci. Percaya satu sama lain adalah penting.

4. Power Of Money

Semua orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia.

Dengan duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir sahaja dan tidak ramai.

5. Orang Ketiga

Kebanyakan perempuan menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka itu.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.

Muhasabah diri

Jokes of the day

Vietnamese come, dogs & cats missing.
Bangladeshi come, Malay girl missing.
Chinese girl come, husband missing.
Politicians come, Mongo........ girl missing.
Policeman come, drugs missing.
Election comes, government funds missing.
Election lost, documents missing.
Release true report, doctor missing.
Tell the truth,whole family missing.
Expand Air Force, jet engines missing.
NEXT ELECTIONS COME, x tau sapo pulok MISSING.harap2 jange brehem ali


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 29, 2011

Quote of the day

" Kehidupan kita berpasang pasangan, Saling memerlukan. "

" Kita umpama kopi hitam pahit pekat, Manakala pasangan kita bak gula, Bila dibancuh sebati seiringan "

Tetapi yang mencacatkan pandangan, Adalah piring alas yang retak atau sumbing.

Renungkanlah.....


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Renungan pagi sabtu

Dari FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah....


As salam sahabat FB yg d kasihi n d rahmati Allah.

Kita ada mata yg memandang keluar. Tu sbb kita mudah nampak salah org lain n sukar nak nampak kesalahan sendiri.

Org yg hebat sentiasa sibuk cari salah sendiri n betulkan diri hingga takde masa nak cari salah org lain. Amat malang org yg sibuk cari salah org lain tapi tak sedar salah sendiri. Org ini akan sentiasa buat dosa, sukar nak ubah diri, Allah benci, org menyampah dan diapun tak redha akan dirinya. Tu sbb banyak komplen, mengutuk, mengumpat, stres n jarang bersyukur dgn apa yg dia ada.


Hari ini mari kita lihat ke dlm diri kita n cari apa yg tak betul n segera betulkan agar Allah syg n manusiapun syg. Mana tahu hari ini hari kita yg terakhir!

Wassalam


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Padang Arafah luas tempat kita menghampar jiwa...

Semua lebur jadi satu tanpa batas etnik, warna kulit, latar budaya dan sejarah. Ihram putih yang membalut tubuh-tubuh kita sebagai simbol kesatuan.

Semua kesatuan: asal usul, tujuan hidup, jalan hidup yang kita tempuh untuk mencapai tujuan itu.

Arafah itu seperti lukisan jiwa-jiwa yang digantung di dinding sejarah...

Seluruh jiwa menyatu dalam lukisan yang rumit; disatukan oleh kekuatan yang lahir kekuatan; kekuatan cinta yang lahir kekuatan iman.

Tiba-tiba kita semua merasakan kerendahan hati yang tulus.

Lalu jiwa kita hampar bagai permadani; silakan semua orang duduk di sana.

Perbedaan-perbedaan ini, etnik, warna kulit, latar budaya dan sejarah seketika berubah menjadi sumber keindahan yang menghiasi langit kehidupan kita.

Sebuah pemaknaan yang indah dalam prosesi haji, do'akan kami untuk bisa menyusul kalian ke tanah suci!

Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Mendengar, mudahkanlah jalan kami memenuhi impian haji...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 28, 2011

Sudut renungan

Banyak orang berusaha mencari kebahagiaan sejati, kita berjalan kesana dan kemari mencarinya, kadang-kadang kita terlupa akan apa yang sudah dimiliki, bahkan kadang-kadang sampai melupakan tanggungjawab seperti yang sepatutnya.

Renungkanlah dan cubalah lihat ke dalam diri sendiri, sesungguhnya telah terdapat sinar kebahagiaan didalamnya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 27, 2011

Cinta dan kesabaran

Cinta itu adalah kesabaran kerana kita akan mudah terluka oleh orang yang kita cintai. Semakin besar cinta kita kepadanya semakin perit dan terluka hati kita akibat daripada perbuatannya.

ALLAH SWT membentuk dan melatih kita melalui luka dan derita, bukan kepada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan dan kesabaran yang mampu kita miliki untuk menjalani kehidupan ini.

Cinta dan kesabaran adalah 2 elemen penting didalam sesuatu perhubungan. Bersabarlah dengan pasangan anda kerana anda tentu sangat menyayangi pasangan anda...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Motivasi pagi

Cinta itu tidak bersyarat, kuat dan tidak lekang dek waktu. Sekiranya kita diuji oleh orang yg kita cintai dan dia menyakiti, mengkhianati kita namun akhirnya dia kembali menyesal dan meminta bantuan daripada dan kitapun memaafkannya...

Itulah cinta yang dipenuhi dengan kesabaran dan tiada syarat.


"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,." - Surah Al Baqarah : 155


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

The Good Left Undone

http://m.youtube.com/watch?gl=US&hl=en&client=mv-google&v=70hIRnj9kf8

Rise Against - The Good Left Undone

In fields where nothing grew but weeds,
I found a flower at my feet,
Bending there in my direction,
I wrapped a hand around its stem,
I pulled until the roots gave in,
Finding there what I'd been missing,

But I know...
So I tell myself, I tell myself it's wrong.
There's a point we pass from which we can't return.
I felt the cold rain of the coming storm.

All because of you,
I haven't slept in so long.
When I do I dream of drowning in the ocean,
Longing for the shore where I can lay my head down,
I'll follow your voice,
All you have to do is shout it out.

Inside my hands these petals browned,
Dried up, fallen to the ground
But it was already too late now.
I pushed my fingers through the earth,
Returned this flower to the dirt,
So it could live. I walked away now.

But I know...
Not a day goes by that I don't feel this burn.
There's a point we pass from which we can't return.
I felt the cold rain of the coming storm.

All because of you,
I haven't slept in so long,
When I do I dream of drowning in the ocean,
Longing for the shore where I can lay my head down,
I'll follow your voice,
All you have to do is shout it out.

All because of you...

All because of you...

All because of you,
I haven't slept in so long.
When I do I dream of drowning in the ocean,
Longing for the shore where I can lay my head down,
Inside these arms of yours.

All because of you,
I believe in angels.
Not the kind with wings,
No, not the kind with halos,
The kind that bring you home,
When home becomes a strange place.
I'll follow your voice,
All you have to do is shout it out.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 26, 2011

Missing piece

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Quote of the day

"Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you. Love me and I may be forced to love you." ~ William Arthur Ward~
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, October 25, 2011

Gaddafi - facts can't be denied

http://askarme.posterous.com/im-not-a-gaddafi-fan-but-facts-that-cant-be-d
1971-libyan-leader-muamma-024
  1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.
  2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.
  3. Home considered a human right in Libya – Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi’s father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.
  4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$ 50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.
  5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.
  6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms – all for free.
  7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it – not only free but they get US $2, 300/mth accommodation and car allowance.
  8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.
  9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.
  10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.
  11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.
  12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.
  13. A mother who gave birth to a child receive US $5, 000
  14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15
  15. 25% of Libyans have a university degree
  16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country. 


Renungan dipagi selasa

Bila MATA tidak terhalang maka hasilnya adalah PENGLIHATAN

Bila TELINGA tidak terhalang maka hasilnya adalah PENDENGARAN

Bila HIDUNG tidak terhalang maka hasilnya adalah PENCIUMAN

Bila MULUT tidak terhalang maka hasilnya adalah PENGECAPAN

Bila HATI tidak terhalang maka hasilnya adalah CINTA dan KEBENARAN

Bila SEMUANYA tidak terhalang maka hasilnya adalah KEBIJAKSANAAN dan HIKMAH


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 24, 2011

Idea terkejut

kasih dan sayang itulah milik Tuhan…jika kita ikhlas memberi maka ikhlas orang menerima nya.

pendek kata … dimana ada pohon yang rendang di situlah kita berteduh dan di mana adanya dermaga di situlah juga rindu berlabuh.

Seperti juga dengan masakan ianya terletak pada sejauh mana kita letakkan rasa kasih dan juga sayang kita dalam masakan tersebut, jika semua ini ada …masakan akan menjadi lebih enak..

saya berpegang kuat pada kenyataan ini...percayalah bahawa Tuhan itu tidak pernah memungkiri janji


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, October 23, 2011

Keinsafan

Keinsafan,
Perasaan nan halus datang membelai jiwa,
Ia seperti hujung jarum yang menikam lembut naluri manusia,
Memberi ketenangan kepada insan luhur dek dosa,
Memberi jalan kehidupan sebenar kepada pendosa.

Keinsafan,
Kehidupan dalam kegelapan masih boleh diterangi cahaya Ilahi,
Umpama layar perahu yang masih boleh dibaiki,
Begitulah kehidupan manusia apabila datangnya keinsafan diri,
Cerah cahaya llahi menyinari hati nurani,
Gerbang hati si pendosa terbuka dengan sendiri,
Menerima keinsafan dengan setulus hati nan suci.

Keinsafan,
Dicipta untuk manusia yang dalam kesesatan,
Disedarkan dengan sentuhan naluri perasaan,
Lalu ku tinggalkan segala kejahatan semalam,
Ku lontarkan jauh kenangan nan silam,
Ku buang segala perbuatan kejam yang pernah ku lakukan.

Keinsafan,
Memberiku jalan kedamaian dalam kehidupan,
Ku tadahkan kedua tangan memohon keampunan,
Titisan butir mutiara jatuh berkejaran mengaburi pandangan,
Kedamaian menguasai diriku sekarang,
Terima kasih ku ucap kepada Mu Tuhan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 22, 2011

Pesanan

Kata seorang sahabat kepada saya,
Sebuah cinta dan harapan menjadi debu berterbangan......

Jika cinta terbang meninggalkan
Ertinya ia menagih kebebasan
Bukan untuk dikunci simpan

Biarkan ia teroka semesta alam
Biarkan ia cari kepastian
Biarkan ia ketemu kebenaran

Jangan pula dipalu gendang dendam
Walau di hati luka mendalam
Mintalah dariNYA ketenangan...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 21, 2011

Tau kah hubungn antara 2 bola mata manusia?

Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama, melihat bersama dan tidur pun bersama. Walau mereka tak pernah melihat satu sama lain.

Persahabatan harusnya seperti itu. Walaupun tidak pernah saling bertemu atau melihat tapi kita harus selalu bersama berkongsi suka dan duka. (Menegur, Menyapa, dan Mengingatkan)

Sekadar berkongsi......


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 20, 2011

Tuesday, October 18, 2011

No Subject

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 17, 2011

Quote

A friend asking me with regards to the quote "I'm not upset that you lied to me, I'm upset that from now on I can't believe you" ~ Friedrich Nietzche, posted in one of my friend fb wall. I'm speechless.

I'm not really know the situation she's facing now. All I can say is that she is going very tough time and need our supports. I can guess and matching the puzzles to use as my analogy and analysis but it is not right to conclude and give my opinion without knowing the real cause(s).

To my asking friend, we just wait and see if she is willing to share her stories. From there we give our answers the best we possibly known. Hopes it will ease her pain and give some ideas how to solve her problems.

After all, that's what friends are for kan...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jangan bersedih

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda...
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percayai diri anda sendiri..

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri...

Jangan sedih bila orang lain memaki hamun anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain...

Jangan sedih bila orang selalu mengkritik anda..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mahu perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh...
Tapi sedihlah karena anda tidak mahu bangkit semula.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar daripada pengalaman.

KETAHUILAH...
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar..

Selamat menjalani hari hari yang bahagia...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tazkirah

"Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT...."

Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kuliah Medan Ilmu 5 Januari 2010.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Suatu Masa

Sinar.fm
1:12pm

Otw balik dgr lagu ni. Me on MC. Lama x dgr. Best gak. Rentak dia mcm bercerita....


Artist: M Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Motivasi pagi

"Doa itu adalah ibadah." -Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2969.

Berdoalah pagi ini,

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan keindahan budi pekerti, muliakanlah aku dengan ketakwaan dan baikkanlah aku dengan kesihatan." Amin.

Doa itu mampu mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin, yang biasa-biasa menjadi tidak terkata, yang berat jadi ringan, yang jauh menjadi dekat. Itulah dahsyatnya kekuatan doa. Dengan doa segalanya menjadi mungkin atas izin ALLAH SWT.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, October 16, 2011

Mana mak?

From FB wall yang saya subscribe. Very sad short story but ni lah realiti.....


PERINGATAN Untuk Anak-Anak Yang Lalai walaupun BAIK!

Oleh Ust Yusof Embong


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana?'

Mak jawab, " Ada di dapur tolong siapkan makan."

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak?"

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"

Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, "Entah."

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian.....

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih lagi sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usianya......

------------------------------------------------------

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ingatan untuk semua

Sahabat yang dirahmati Allah yang masih mempunyai ibubapa.....

Hari Isnin sampai Jum'at kita sibuk bekerja atau menuntut ilmu,

hari Sabtu banyak di antara kita yang melepas penat dengan bersenang senang bersama teman / insan yang disayangi,

hari Minggu kita istirahat dan bersiap siap kembali untuk hari Isnin....

Sudahkah kita meluangkan beberapa minit untuk orang tua kita?

Menelefon, mengirim pesan, atau tersenyum untuk mereka...

Kita semua sangat mencintai orang tua kita, salah satu jenis cinta yang diwajibkan Allah swt......


"Orang tua adalah 'pusat' menuju Syurga. Bila engkau mau, silakan engkau pelihara. Bila tidak mau, silakan untuk tidak memperdulikannya."
[HR. Ahmad 26272]


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Renungan time lunch

Hidup ini tumpang menumpang, di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah.

Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak.

Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita..

... alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 15, 2011

Lawak malam ahad

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

"Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab,

"Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir" ..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, ..

"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab,

"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..

"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA BLACKBERRY

1. MODEL : Tukar gambar setiap 5 minit

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan >:O >:O (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan BBM yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka ganti status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk nama atau status!

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa! Contoh {otw ke 1utama} kemudian {di 1utama shopping jap} kemudian {tgk wyg di 1utama} bla..bla..bla..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 14, 2011

Tazkirah petang jumaat

Sebagai renungan...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 13, 2011

Secrets....

Lunch td tgk move The Sorcerers Apprentice (2010). Biasa la download. Best gak. Nicholas Cage never fail to impress me. Here is the song from that movie that meaningful to hear.

One Republic - Secrets

and the lyrics...

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess

'Til all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that'll light those years
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God
Amazing that we got this far
It's like we're chasing all those stars
Driving shiny big black cars

And everyday I see the news, all the problems that we could solve
And when a situation rises, just write it into an album
Seen it straight to gold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that'll light those years
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that'll light those years
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that'll light those years
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

All my secrets away
All my secrets away




Smile





Wednesday, October 12, 2011

Coretan dari HTAR

Ayat yang biasa kita dengar "apa yang berlaku ada hikmahnya", "Dia lebih mengetahui kenapa ujian itu diberi". Memang betul. Allah akan menurunkan sesuatu ujian bertepatan dengan kemampuan hamba-Nya. Setiap kita akan / pernah merasai kesusahan, kesedihan, menyebabkan kita terduduk dan terkapai.

Mengapa Allah menguji kita sebegitu rupa?

Jawabnya tidak lain, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita dan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya. Cuba kita imbas kembali, berapa banyak kita mengingati-Nya? Dengan kerja yang berlambak, soal keduniaan kerapkali menjadi keutamaan. Allah sentiasa mengingati kita, tetapi kita lalai mengingatinya.

Allah mahu kita berfikir dan bermuhasabah diri.

Setiap yang berlaku tersimpan pengajaran. Maka jadikanlah pengajaran itu sebagai pedoman di masa akan datang. Mungkin hari ini kita dalam kesedihan dan kesusahan, tetapi akan tiba masanya Allah akan memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak pernah jangka. Teruskanlah berdoa kepadaNya, berserah kepada-Nya setelah berusaha.

Insyallah.......



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lyrics

Sinar.fm
7:25am


Britney Spears - Everytime


http://m.youtube.com/watch?desktop_uri=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DfAXgGWY6X5E&v=fAXgGWY6X5E&gl=US


Notice me, take my hand
Why are we strangers when
Our love is strong
Why carry on without me

Everytime I try to fly, I fall
Without my wings, I feel so small
I guess I need you, baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, it's haunting me
I guess I need you, baby

I make believe that you are here
It's the only way I see clear
What have I done
You seem to move on easy

And everytime I try to fly, I fall
Without my wings, I feel so small
I guess I need you, baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you, baby

I may have made it rain
Please forgive me
My weakness caused you pain
And this song's my sorry

At night I pray
That soon your face will fade away

And everytime I try to fly, I fall
Without my wings, I feel so small
I guess I need you, baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you, baby


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 10, 2011

Reasons

I count the ways;
With dreamy eyes
of my million reasons to
I love you

I count the things;
with a heartfelt smile
of my million reasons to
feel in love with you

I count the times
Without a cup of regret
Not even a whisper of sigh
When you make me laugh or cry

By million ways you show
Shall be my million reasons to know
Why I should love you?
By the million things you do
Will be the reasons my love fully grow

Of all the reasons I know
My heart knows one reason; though
For my heart knows every bit of you
Is the only reason why I LOVE YOU.

I love you not with the ways
not with the things
not by the times
but I love you when my heart says
' I LOVE YOU'


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, October 9, 2011

Tanda keikhlasan

Setangkai mawar cinta untuk pencinta kebenaran,
Seluhur budi bicara sebagai tanda ingatan,
Segunung intan permata tidak ku mampu tunaikan,
Untuk membuktikan keikhlasan..

Hanya untuk dirimu yang bernama teman,
Ku ukirkan kenangan indah kita,
Untuk dijadikan perhiasan hati,
Ku lagukan kata-kata terindah.

Sebagai peneman di kala sunyi,
Memori yang tercipta antara kita,
Aku sematkan dalam album jiwa,
Penuh kenangan kita bersama.

Gurauan manja menyerikan suasana,
Seperti pelangi yang menyerikan dunia,
Ah.. begitu indah persahabatan kita kan?
Semuanya kerana Berkat dan Rahmat yang Esa.

Tiada amarah yang tersulam antara kita,
Segala teguran diterima dengan hati yang terbuka,
Malah, terselit rasa syukur tidak terhingga,
Kerana.. Allah memberi kau sebagai teman yang setia.

Menasihati saat aku terleka dengan godaan dunia,
Menggembirakan diriku pabila duka menghimpit jiwa,
Kau tulus menghulurkan persahabatan,
Untuk keredhaan Allah dalam kehidupan.

Setangkai mawar cinta aku lakarkan,
Kepada dirimu pencinta kebenaran,
Sebagai keikhlasan yang kau berikan,
Hanya kerana Allah dan Rasul junjungan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 8, 2011

Motivation of the day

Life is a book with many chapters. Some tell of tragedy, others tell of triumph. Some are difficult, dull or ordinary, others intense and exciting.

The key to success in life is to never stop on a difficult page, to never quit on a tough chapter. Champions have the courage to keep turning the pages because they know that a better chapter always lies ahead.

...... because with Allah all things are possible .....


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 7, 2011

Expression

Expresi.....


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gurindam Jiwa

Years in memories :
2004... 2005... 2009... 2011...

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Renungan bersama

Tong yang kosong mengeluarkan bunyi yang kuat ketika diketuk, namun ketika makin dipenuhi dengan isi, ia akan makin kurang bunyi yang dikeluarkan.

Begitulah juga kita yang mungkin pada awalnya tidak mempunyai ilmu sehingga kuat kesombongan kita, namun ketika makin diisi dengan ilmu, maka kita akan makin tunduk rendah hati menyedari hakikat ini.

Mana satukah kita.....


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 5, 2011

Yg kita lupa

Tiada istilah angan-angan dalam kehidupan, hnya istilah perancangan..

Namun jika setiap perancangan itu tidak menjadi kenyataan itu bukannya bermaksud apa yang kita rancangkan bukan yang terbaik untuk kita, tetapi ianya adalah disebabkan perancangan ALLAH adalah lebih baik untuk kita.

Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya.

Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita.

Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak.

Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup.

Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, October 4, 2011

Doa

Wahai Tuhan
Ya Rahman Ya Rahim
Engkau hidupkan kami lagi
Hari ini
Untuk kami meneruskan kehidupan
Semakin hari semakIn dekat kami
Dengan kematian
Masa yang berlalu tak akan kembali
Itulah hakikat nya
Selangkah demi selangkah
Anak anak kami membesar di hadapan kami
Kami beri kasih dan sayang
Kami memberi segala yang terbaik
Untuk anak anak kami
Jadikanlah anak anak kami
Anak anak yang soleh dan solehah
Selamatkan mereka dari segala fitnah
Dunia
Jauhilah mereka dari segala ujian yang
Tidak dapat dipikul oleh mereka
Berilah ilmu akhirat
Ilmu agama dan ilmu dunia
Yang boleh menjadi jembatan titian kasih mereka pada Mu dan juga kami
Dan seluruh keturunan kami
Dan sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Muhasabah DIRI

Pesan pada DIRI..
jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. pada insan yang tak mengerti..

Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, sekali kau dilukai, sampai bilapun tetap kau ingati..

Pesan lagi pada DIRI, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 3, 2011

Sebagai renungan

Sebagai manusia yang serba lemah dan tidak berdaya, fitrah kita adalah berusaha. Gunakan akal, iman dan ilmu sebagai panduan.

Akan tetapi, segala ketentuan adalah hak ALLAH. Tidak semua yg kita mahu akan kita perolehi. ALLAH maha teliti dan maha sempurna percaturan-Nya.

Semuanya diatur mengikut cara-Nya yang tersendiri. Apa yg kita mahu belum tentu ianya sesuatu yg kita perlu...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Trivia

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta

Februari - Aku gigit

Mac - Aku belasah

April - Aku peluk

Mei - Aku terhantuk

Jun - Aku terkentut depan

Julai - Aku menari dengan

Ogos - Aku pergi dating dengan

September - Aku lambai dekat

Oktober - Aku muntah depan

November - Aku jerit dekat

Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku

2 - Komputer aku

3 - Liverpool

4 - Garfield

5 - Musuh dalam selimut aku

6 - Gangster

7 - Handphone aku

8 - Gerrard

9 - Driver Bas

10 - Semut

11- Kawan baik aku

12 - Polis

13 - Taik kucing

14 - Patung barbie

15 - Lee Chong Wei

16 - Mak Mertua aku

17 - Mak tiri aku

18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku

19 - Makcik kantin

20 - Sharifah Amani

21 - Upin dan ipin

22 - Siti Nurhaliza

23 - Spongebob

24 - Cristiano Ronaldo

25 - Bapuk/Maknyah

26 - Kawan aku

27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia

28 - Jiran aku

29 - Orang gila

30 - Taylor swift

31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem

Hitam - Sebab aku gila

Pink - Sebab aku suka single

Merah - Sebab mak aku suruh

Biru - Sebab aku tak tahan

Hijau - Sebab aku baik hati

Ungu - Sebab aku cemburu

Kelabu - Sebab bomoh suruh

Kuning - Sebab suka hati aku la

Oren - Sebab aku baru putus cinta

Coklat - Sebab aku tak tentu arah

Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~

Gurau2 jakkk..

jngn ambil hati yerk ^_^

copy n paste . :))


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 1, 2011

The feeling

FOR a number of people, the feeling of having been disowned by their most trusted was the greatest and most profound insult, causing deep wounds in the self-as-a-whole.

Most felt they had given up their innocence, their physical, mental and spiritual wholeness, for no meaningful reason.

And to have defend themselves helplessly against the careless abandon, cold disregard and dishonorable values and ideals, compounded the hurt.

Few can comprehend and cope psychologically with such rejection and unspoken violence to their pride and humanity.

(From a friend page)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone