IP

Friday, July 23, 2010

Sekadar renungan...

Kadang-kadang di sebalik tiap perlakuan terselit maksud yang mendalam. Begitulah rencah kehidupan masa kini. Yang berkuasa kan terus berkuasa yang lemah kan terus menjadi lemah. Jika kita tidak waspada dalam meneliti arus semasa kita akan mudah kecundang suatu detik nanti.

Sikap manusia tidak dapat kita telah. Pelbagai ragam pelbagai cita. Apa yang termampu hanyalah kita dapat merancang kerana tuhan jua yang akan menentukan segalanya. Kadang kala kita sudah melakukan yang terbaik namun apalah kudrat kita untuk menghalang sesuatu yang tidak kita ingini.

Namun jangan kita terlalu pantas menyalahkan takdir atau cuba mempertikaikan apa yang terjadi kerana pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara. Ingatlah bahawa kemampuan kita amat terbatas, begitu jualah dengan akal kita untuk memikirkan segalanya.

Jika dahulu kita pernah hidup susah dilingkungi dengan masalah yang tak kunjung padam dan kini kita sedang hidup dalam suasana yang kita impikan, bersyukurlah kerana jika kita asyik terleka kelak nanti mungkin kita akan merana. Jika dahulu kita pernah hidup bahagia tetapi kini kita menanggung sengsara, jangan kita lekas merintih. Tabahlah menghadapi segalanya kerana mungkin di hadapan kita menanti impian kita.

Justeru jangan ada istilah kecewa dalam diri, betahlah menghadapi apa jua onak dan duri. Redhalah dengan kehendakNya kerana Dialah yang mengatur segalanya dan mungkin satu hari nanti kan terhidang apa yang dimahu. Tatkala itu kita kan rasa betapa gembiranya hati bercampur sayu mengenang kisah lalu. Itulah pengalaman.

Jika ada yang mahu pulang ke pangkal jalan janganlah kita cerca masa lampaunya sebaliknya sinarkanlah harapannya. Hala ini untuk keuntungan bersama jua kerna mungkin suatu hari nanti kita jua akan melakukan kesilapan, kita masih punya ruang untuk membaiki kesilapan.

Manusia boleh berubah dan sesiapa pun boleh berubah dan jangan terkejut andai seorang yang baik bertukar menjadi liar sedangkan yang jahat menjadi baik. Semuanya bergantung kepada kita sama ada dengan fikrah madiyyah kita atau pun mempraktikkan kemurnian akhlak.

No comments:

Post a Comment