IP
Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Livin' in a dream

Can't read what's in your mind
For today I find you a total different kind
Where are those days you made me dream
I wonder if they ever will come true in life
I wish to be with you every moment of my life
And the same was with you, once upon a time
I have all your dreams treasured in my mind
Which is it be true in this life of mine?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 11, 2010

Pesanan buat si dia

tolong...
tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
tolong betitahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga...
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana ditelapak itu syurganya...
tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya...
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...
tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...

tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...



Ya Allah Ya Tuhanku...
telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini...
sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik, yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi,
maka permudahkanlah urusanku, permudahkanlah urusan dia dan permudahkanlah urusan kami berdua...
Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim...
lindungilah imanku Ya Allah, lindungilah iman dia Ya Allah & lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini...
Amin... Ya Rabbal Alaminn....



Cinta...
Karya indah Sang Pencipta...
Dimulakan di syurga...
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa...
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa...
Dengan kadar yang berbeza...
Cinta sebenarnya tidak buta...
Cinta adalah sesuatu yang murnu, luhur dan diperlukan...
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan...
CINTA, MENCINTAI atau DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia...
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri...
Pilihan adalah di tangan kita...
Ke kiri atau ke kanan, kita yang tentukan...
Jikalau tertarik kerana parasnya, keelokkan parasnya dapat menyesatkan...
Jikalau tertarik kerana kekayaannya, kekayaannya dapat musnah...
Tertariklah kepada yang memberikan senyuman, keranan senyuman dapat menceriakan hari mendungmu...

Saturday, October 9, 2010

Bersediakah saya?

Satu kelemahan diri adalah susah untuk percayakan sesiapa. Tapi bila kepercayaan sudah bersemi, saya meletakkan kepercayaan itu mengatasi segala-galanya. Benar kata arwah mak, you need to trust people around you, you need to learn to fly on your own, but you don't need to cry alone. Yes mom, I've learned it, a hard way. But the most important is learn and improvise.

Banyak betul kerja yang separuh siap yang tak dapat siapkan. Sakit badan dan minda mengganggu dan tidak mengizinkan saya untuk meneruskan apa yang sudah terancang. Lately, terasa penat sgt. Rasa semuanya overstretch.

Apapun saya agak terganggu dengan beberapa pekara yang membuatkan aku berfikir banyak kali pada hari ini:

"Perlukah aku teruskan?"

Dalam hidup, ayat ini umpama tergantung... teruskan apa? Kita letakkan simbol tanya itu pada semua persoalan diri. Adakah kita bersedia untuk belajar menghadapi apa yang ingin kita tempuhi?

Adakah kita bersedia pada cinta ini?
Adakah kita bersedia dengan cabaran hidup ini?
Adakah kita bersedia untuk terus mencari?
Adakah kita bersedia untuk dilukai?
Adakah kita bersedia memulakan semula?
Adakah kita bersedia untuk dosa dan pahala?
Adakah kita bersedia untuk hari kemudian?

Perlukah kita teruskan? Bersediakah kita?

Satu persoalan manusia yang biasa, hari ke sehari.

Tepuk dada, tanya selera.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 8, 2010

Perbelanjaan utk persediaan


(Muka b4 kena kacau hehe)


Smalam lepas balik koje kali ke-2, kacau aida n anis smpi ngekeh gelak x tahan geli kena geletek n kata "abah x good boy, xnak kawan". Anis smpi nangis kena cium hehehe.

Kena marah ngan wife sbb time tu dh kul 10, dh patut time tido, dia kena pujuk anis, dia dh penat katanya hehehe.

Masa amik napas mengah kacau bebudak, ternampak bil2 shopping dr Mydin, Giant, MyMydin etc. Bila amati, byk gak duit kua wat beli brg2 utk anis. Walaupun byk mende recycle dari kakak2 dia, ratusan gak abis. Dari wet tissue smpi baju tido etc. Menung kejap. "Patutla cam kering bulan nih". Tu belum lagi beli brg2 dapur yg wajib tiap2 bulan. Laju kua hehehe, lambatnya 25hb.

Tu pun hymm cover bill bersalin. Klu x mana nak cari RM3,200 utk bil ibu n RM800 utk anis nak bayar ke Sunway Medical Centre??? Bule pitam. Tp bagi sy, rezeki Allah yg tentukan. Klu duit dihabiskan mengikut syariatnya, mengikut kehendakNya, insyAllah ada la cara dia nak tolong. Dia x zalim kat umatNya, sebaliknya umatNya selalu membelakangkanNya.

Sy syukur ngan pemberianNya. Selama ni, keluarga masih cukup makan pakai, bil2 masih mampu bayar, walaupun ikat perut, still anak2 masih kenyang. Masih boleh sy beri apa yg mereka perlukan.

Keluarga n kengkawan (my cronies) byk membantu dlm mencorakkan halatuju n pemikiran sy. Mereka jd my backbones. Membantu sy dlm bentuk idea and wang ringgit. Mereka x berkira. Sy x mampu membalas jasa mereka. Sy berdoa moga Allah membalas dgn setimpal jasa mereka terhadap sy. Seems like I owed them my life.

Mekasih and I love u all....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, October 5, 2010

Cinta Seorang Ayah

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.

Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pergi. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?

Aku jauh...... bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah pilihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu....

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.

Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 2, 2010

Jangan jadi ‘Kera Sumbang’

Hanya dengan kombinasi yang seragam di sudut teknik dan masa memberi kayuhan yang terbaik. Ini akan menghasilkan tenaga yang optima bagi mendorongkan kepada kejayaan yang dihajati. Itulah apa yang boleh kita perkatakan di dalam sukan berkayak yang melibatkan beberapa peserta dalam satu pasukan. Perlu ada kerjasama berpasukan.

Itulah realiti dalam hidup ini tidak kira secara unit kecil mahupun organisasi yang besar. Kombinasi yang seragam dengan saling berkasih-sayang, teknik berkomunikasi yang baik dan memberi perhatian dan masa merupakan aspek penting dalam keharmonian hidup.

Persahabatan yang diperkuatkan dengan jalinan ukhuwah mempunyai kemanisan yang luar biasa.

Jangan menjadi 'kera sumbang' dengan mementingkan diri sendiri sahaja. Tidak boleh ditegur dan tidak suka orang lain mendapat kelebihan. Dengan menganggap yang lain tidak betul padahal diri sendiri tidak pula setara mana. Mereka ini selayaknya tinggal di hutan atau di gua-gua sahaja jika dituruti kehendak hati ini.

Mereka yang dalam golongan 'kera sumbang' ini perlu diberi sedikit pengajaran. Agar 'kesumbangan kekeraan' yang sedemikian dpt dikurangkan dan menyertai kembali kelompok masyarakat yang harmoni itu. Diri sendiri kena berubah kerana tu lebih afdal dan bukan sebab suruhan. Juga kena sedar siapa diri kita sebenarnya didalam masyrakat.

Budaya ziarah, bertanya khabar, memberi sesuatu samada kebendaan atau khidmat pertolongan adalah diantara ramuan baik untuk dibudayakan. Berlapang dadalah, jangan dikira, bangsa atau warna kulit. Semuanya berhak untuk disantuni dan menyantuni. Berhak disayangi dan menyayangi. InsyaAllah aman dan tenteram kehidupan ini.

'Syurga itu amat luas dan boleh dikongsi bersama.' Mengapa kita berhajat untuk menghuninya secara keseorangan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 30, 2010

Kenapa lelaki bujang suka bini orang / perempuan berumur?

Td dok berdiskusi ngan kengkawan. Salah 1 topik adalah seperti diatas. Mmg hangat dok ym smpi kebas ibu jari dok menekan huruf. Nasib keypad qwerty. Klu x jem jari, bule mc hahaha.

Ni antara yg sempat sy copy-paste and diolahkan utk senang nak paham kepada sesapa yb baca blog sy. Sy guna A & B.

A : secara jujur, bagi saya perempuan berusia 30-35 tahun berada pada tahap kecantikan mereka yang tertinggi. pernah mengatakan pada seorang wanita yang berumur 33 tahun yang saya sudah jatuh cinta pada dia tapi cinta saya ditolak kerana perbezaan umur yang jauh; 8 tahun…  ps: saya memang suka wanita berumur berbanding wanita sebaya dan jauh lebih muda dari saya. lagi satu wanita mengandung adalah sangat cantik dan seksi. pelikkan saya? wahahahah

B : uiks… si A tu pernah jatuh cinta ngan orang yang tua dari dia 8 tahun!! waaa tak sangka.. tapi jodoh pertemuan di tangan tuhan kan… hehehe… anyway, every girl or women is beautiful as long they believe in it… tak payah harap orang cakap kita lawa baru nak caya.. have more confident k…
A : B, betul wei. aku lebih mudah jatuh hati pada perempuan yang lebih tua dari aku sebab mereka lebih matang dan tidak memeningkan. tu pasal kawan-kawan perempuan aku yang sama baya dengan aku sangat bengang dengan aku. diorg cakap aku ni gile 
A : hulamak… awek ni mesti cun gila kan? owh! kenapa aku ni memuji wanita yang jauh lebih berumur dariku. bukankah taste aku wanita berumur. aduss… parah seh

Persoalan yg sy dpt kupaskan dari perbualan diantara A & B.....

1. Kenapa agaknya keadaan ini boleh berlaku? Bini orang perempuan berumur ada daya tarikan yang lebih berbanding anak dara ke?

2. Maybe lelaki pandang bini orang perempuan berumur sebab golongan ini  ada banyak pengalaman tentang alam rumah tangga dan berpengalaman tentang melayan kehendak lelaki.

3. Lelaki zaman sekarang maybe lebih suka kepada wanita yang serba tahu kerana mereka tidak suka untuk memikirkan sesuatu yang remeh dan temeh.

Bagi saya mungkin sebab bini orang perempuan berumur ini fikirannya lebih open minded, sudi mendengar dan pandai memberi nasihat atau memujuk, lebih caring, understanding dan tak banyak karenah sangat berbanding anak dara. Kalau berborak, conversation tu lebih meluas topiknya dan sometimes lebih menghiburkan.

Sebenarnya pada sy lelaki suka bermanja.  Perempuan yang dah kahwin ni lebih pandai memanjakan laki. tak percaya? Tengok betapa ramai lelaki yang dah hilang skill untuk bancuh teh sendiri, nak sidai tuala sendiri, nak iron baju sendiri bila dah kahwin. sebab apa?? sebab dimanjakan oleh seorang isteri

Perempuan yang macam mana yang lelaki suka?

1. Berdikari - Lelaki suka dengan perempuan yang berdikari. Kerana dianggap tidak menyusahkan.

2. Feminin. – Perempuan yang "perempuan" dianggap lebih menarik oleh lelaki.

3. Pandai mengurus kewangan. – Lelaki selalu berfikir, perempuan yang boleh mengurus kewangannya bererti ia juga pandai mengurus kewangan rumahtangga.

4. Cantik. – Walaupun cantik itu subjektif, setidaknya lelaki tidak malu membawa anda di tempat umum atau diperkenalkan pada rakan-rakan.

5. Boleh mengawal emosi. – Lelaki mahukan perempuan yang sabar untuk menghadapi sikap mereka yang kekadang seperti orang yang gila kurang sabar.

tapi yang pasti, lelaki sangat suka dengan perempuan yang cerdas, kelakar dan boleh menjadi pendengar yang baik

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 29, 2010

Rasa pendek je arini

Sy arini rasa cepat sgt. Mcm x cukup jam. Apa sy buat tah. Masuk pagi sy mkn nasi lemak petronas. Pastu dh ngadap audit. Byk mende dia nak. Lyn le lah.

Dlm masa yg sama format pc RPC. Dari smalam lg. Pelik rasa, lepas format, install windows, tp xleh nak masuk windows. Hang je kat icon windows. Dh 3 kali cuba format. Still x jd. Puas google tp xde jwpan. Pending smpi now.

Lunch kua ngan apai aida islam gi mkn aiskerim special kat sek 2. Islam belanja. Arini lastday dia. Dia ngidam katanya. Lepas ni dia dh ke other side of shah alam. Sy doakan dia berjaya. Sedih gak. Baru nak mesra. Bule jd kwn rapat cam yg lain.

Balik opis, ngadap nb ngantuk gila. Tersengguk2. Pelik hj tgk. X tahan. Cam ada clock. Letak je kepala kat meja terus lelap. Xde warning. Dpt 15 mins. Lega jap.

Pastu fairus dtg. Katanya xleh nak online. Test sume ok tp xleh nak surf. Pelik. Serious pelik. Tekan sana tekan sini rupanya IP yg di assign x function. Tukar no lain ok. Pakai no 38 xleh. X paham.

Pastu wat keje jap dh 5:15pm. Terus kemas2. 5:35pm balik amik bebudak. Smpi umah kul 7:00pm. Bila dpt duduk rasa penat. Lenguh sgt esp kaki.

Jap lg nak mkn.... Lapo....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Just a thought

Apa yg sy tulis ni I took from few blogs and articles and I translate it into my own understanding and interpretation. Quite nice reading but am I can be a good writer? Hahaha

Lama tul nak abiskan my writing kali nih. Smpi tido2. Ia berkenaan chain reaction in human relationship. What we do will give impact whether direct or indirect usually to more than few people around us. Selalunya people yg close lah.

One example yg I read about anak kua umah n balik lewat. Mak la selalu ada guts feeling and suspicious feeling and all the feelings nih. Ayah selamba tekak je. Janji anak balik dh n bagitau nak gi mana. Just pantang bila anak tipu. Esp anak dara yg about SPM age. Yg sedang tgh membesar.

Anak bila kua xkan (ada yg berani ckp) nak ckp kua ngan 'kwn lelaki' berdua, tgk wayang, dating, holding hands, or to some extend kiss on the cheek (pipi je ke?), lite hugs (ada ek?), duduk rapat2 secluded area and bla bla bla lagi lah.

Kat sini kata these authors, anak itu dh belajar menipu (kepada mak ayah and of course sang penciptalah), berdua2an dgn bukan muhrim (bab dosa pahala ni x berapa pandailah, sendiri leh interprete), tidak menjalankan tugas sebagai anak (belajar, menjaga adik2, membantu ibubapa etc), menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit (duit prepaid la kot), dan byk lg lah.

Author ni kata, ibubapa selalu akan kasi nasihat, teguran, curfew, ada yg limit access to certain facilities, ada yg pukul dan few others lah.

Tapi sebenarnya kenapa anak itu melakukan aktiviti tu?

Jawapan senang : peer pressure.

Tapi is it true? Didikan bermula dari rumah katanya. Setiap hari kat TV bercerita (astro jgn ckp lah). Good or bad ibubapa yg mencorakkan. Katanya ibubapa indirectly nurture anak2 to behave camtu and ibubapa biasanya kua pagi balik mlm. Xde masa nak be with anak2. Ada anak2 dok di boarding school. Bila masa katanya anak2 nak mendapat kasih syg. Yg beri kasih syg adalah bibik. Tu yg anak2 power ckp indon hehehe. Anak2 lg syg bibik dari mak ayah.

Author tu kata lagi secara dasarnya semua bermula dari perut. Klu mak masak (org kg kata air tgn mak), anak2 insyallah akan akur. Laki bule jd lembut hati (bukan nasi kangkang dh la hehehe). Tp katanya dlm seminggu berapa kali sgt wife/ibu masak utk keluarganya? Selebihnya mamak, bibik la jwbnya.

Dimana kemesraan itu? Kejujuran anak2 terhadap ibubapa semacam hilang. Bila sekali menipu 'lepas', akan ada kali ke-2 dan seterusnya. Akhirnya, x kenal dh anak itu.

Panjang lagi cerita ni. Me cut short je lah.

Cuba kita reflect balik katanya. Kita dgn mak ayah kita, kita dgn adik beradik kita, kita dgn suami/isteri kita, kita ngan anak2 kita. Kita dgn sang pencipta. Tu yg paling dekat ngan kita. Yg jauh cam kwn2 kita, jiran kita, kariah kita etc etc etc.

Adakah kita jujur dgn mereka? Adakah kita telus? Adakah kita jd mcm ketam?

Sy pun sama......

Bersambung.....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 21, 2010

Don’t You Just Hate Being Ignored?

Have you ever filled out a contact form on a website or sent an email and weeks later you are still waiting for a response?

Unless you have been extremely lucky you probably have experienced this and felt a little frustration or even felt angry.

This issue is not restricted to large companies. It seems from reading a number of small business blog posts, especially the ones that are enjoying healthy growth, responding to emails appear to be lessening in importance.

Contact Page. If you think about it, apart from spammers and scammers, people are contacting you for a reason. They have taken the time to fill out the form or write the email and for the most part they are expecting a response and not in a month’s time. Their request or enquiry is important and they expect you to return the email.

Impressions Last. As people go through your website they form impressions. If you invite them to contact you and you do not respond in a timely manner, then their lasting impression may not be that favorable.

Solutions. As harsh as it may sound one solution may be to not have a contact form or email address if you are not going to answer them. At least this is being honest. Or you may want to consider hiring a Virtual Assistant.

It isn’t a good feeling being ignored and you just never know if the ones you ignored might be the ones you need in the future.

Cerita hari ini

Pagi ni semua berjalan normal sehingga morning assy. Sy kena ckp pasal one point lecture yg sepatutnya haji. Dia dh siapkan skrip "berani gagal". Last2 bila kat rostrum, sy buat script sendiri based on his script. Tah paham tah idak pendengar. Kejap je ckp. Pastu yg lain cam biasa lah. Umi naik ckp pasal org nak melawat hymm + audit. Jaini pun sama cite pasal CA, pasal increment, pasal audit, pasal 25thn (budget ciput) bla2. Bosan....

Pastu wat routine job. Tgk system ok ke x. Malas nak wat extra job. Abiskan install pc sy yg baru format. Sy discover trendmicro blocking my installation. I dunno how but that's what happen. Then when I unload the antivirus, everything seems normal. Works fine! Mystery....

Ptg ada briefing pasal visit. Biasalah kena wat 5S here n there. Zahiri berleter pasal surau n kantin n surrounding. Yg kena HR n maintenance haha.... As usual.

Pastu jaki minta tolong buat BOI. Yg pelik BOI session is over the tempoh penggantungan. 2 kali postponed by HR n esok is the day. Still, budak tu digantung keje tp gaji penuh. Tu tah bila nak kua result. Katakanlah dept nak terminate budak tu but based on technicallity, budak tu hanya dpt lite sentence. How aaa?? Funny kan....

Pastu balik lyn anak2. Tgk dia org dok gaduh2 bergurau lg senang hati. Lyn kerenah dia org. Sume nak bercerita serentak. Sy angguk2 n geleng2 hehehe. Sume nak gain attention. Menghiburkan....

Ada ketika yg simple leh jd complicated. Yg senang jd susah. Sbb apa? Ada yg berkata bende yg dia bukan ahlinya. Ada yg bercakap mcm tong kosong. Ada yg x tau apa dia ckp. Ada yg ckp tp x prepare. Ada yg berlakon bila dia ckp. Yg tau makin terkunci mulut. So sad kan....

Somehow... Do say things that u know and ready to say.... and say it with ur heart and soul....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 19, 2010

Muhasabah diri

Lama gak x berjaga mlm. Kat luar hujan x berenti. Lebat pelan lebat pelan smpi astro kua msg "services currently not available" from time to time. Seronok plak rasa. Sunyi je. Bersama deraian hujan, jiwa terasa aman.

Lama dh jiwa x berapa tenteram. Byk yg berlaku dan cuba sy selesaikan. Ada yg mampu ada yg tidak. Ada yg pergi ada yg dtg kembali. Ada yg menggembirakan x kurang gak yg mendukakan. Mmg hebat dugaan. Sumenye kena lalui. Dari sehari ke sehari kena tempuhi. Ada ketika sy terpaksa merangkak dan menghisut utk mencari jwpan.

Syukur kerana sy masih waras berpikir walaupun ada ketika terasa hilang pertimbangan. Jiwa terasa bagai disiat2 dan now sy cuba mencantumkan kembali satu persatu. Ada ketika terasa ingin meninggalkan apa yg sedang dilalui dan memulakan semula ttpi adakah itu tindakkan pengecut? Penat sgt.

Mmg apa kita nak belum tentu kita dpt, somehow make believe (angan2? khayalan?) terpaksa sy lakukan utk neutralkan keadaan. Ada ketika berlaku split personality. Jgn meletop tetiba dh la. Posssibility tu dh ada. Cam sleeping volcano, waiting to erupt.

Takut memikirkan. Apa2 outcome dari action sy selepas ni mmg sy xde backup plan. Sy x prepare. Byk yg berlegar dlm kepala, semuanya memerlukan jawapan yg pantas, konkrit, padu lagi jitu. Jawapan yg menentukan hala tuju....

Ya Allah....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 18, 2010

Taman tasik shah alam

Tgh menunggu anak sedara sy smpi dari ipoh. Kak dia (tua 2 3 tahun) drive dr ipoh. So yg ni numpang. Kak dia dulu blajo kat UITM. Now wat practical kat hospital selayang. Hanya tau ke sini je. So melepaklah sy kat tasik.

Lama dh x mai sini. Best gak lepak. Tgk perangai org. Ada yg dtg ngan keluarga, ada cam suami isteri, ada bercouple, ada bebudak sekolah melepak. Byk ragam. Sy pun lama dh x bawa bebudak mai sini. Tgk lah lepas wife bersalin la kot. Kot je lah hahaha.

Bila tgk org bercouple mesra sungguh. Makan bersuap, ckp pun kat cuping telinga, senyum sentiasa di bibir, kemesraan dan kasih syg jelas di mata dan perlakuan. Berpegangan tgn. Hope sampai ke akhir hayat mereka begitu.

Yg berkeluarga sibuk melayan anak2 berlari kesana kesini bergembira. Seronok rasa terlepas kot. Mak ayah mesra borak, gelak ketawa. Sesekali tegur anak2. Cam dlm drama plak kerenah mereka. Seronok tgk.

Bila dok menung ni, teringat kisah2 yg sy lalui, kisah2 yg sy baca, kisah2 kat tv pasal keluarga yg agak goyang. Byk sebab kenapa jd gitu. Just kesian gak kepada parents and anak2 yg terpaksa menghadapi. Moga mereka tabah n bersabar atas dugaanNYA.

Sy rasa tenang kat sini. Anak sedara dh smpi n dok mkn. Sy teman smbil boraking n yming n blogging. Best nya bahasa hehe. Rasa lapang dada dan minda. Sy pun lama dh x pegi laut. Selalu ngadap laut buat sy rasa hepi sgt. Selalu teman sy ikut. Dia pun suka. Selalu kami gi esplanade.

Dugaan dan cubaan dari Allah swt utk membuatkan kita menjadi manusia lg bagus...

Terpulang camne kita nak melihatnya...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cerita wayang kat tv time raya

Td terlelap. Baru bgn. Tgk kat tv cite I'm not single. Memula x perasan and x amik pot, tetiba terdgr lagu dari Dakmie "Yang Terindah". Terimbau kenangan tgk cite Adamaya Adam-Maya-Dani.

Bila diamati dan tgk, cerita dia telah diadaptasi ke siri tv. Nama2 watak still sama. Dalam versi wayang towards the end Dani kawin ngan Lisa, versi tv, Dani jd x betul.

Versi wayang & tv. Sama je jalan cerita. Ending je berbeza sikit. Versi tv, Sein-Lisa-Apatah nama, wayang, Farid-Lisa-Awal. Teringat watak2 kat Adamaya. Jln cerita wayang diextendkan watak2 dlm versi tv. Diperhalusi cerita.

Sigh.....

Terimbau cerita aku.... Me-her-him....

Tetiba jiwa terasa sayu. Rasa rindu yg mencengkam......

Ya Allah....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 17, 2010

1st day koje...


arini memula keje lepas lama bercuti raya. boring gak sebab member sebelah meja mc la plak. siap isnin cuti. dah kena amik alih baca pasal motivasi time assembly. pendek la plak dia nye karangan utk baca. nak kena ulas kasi panjang sikit, klu x rasanya 2 mins pun bule abis. baca je lah, kira apa. ada kepentingan ke? hahaha....

ari ni banyak melepak dari koje. lepas tgk system cam ok je, saya dok format pc saya. bawa balik kg time raya cam mengong plak jd nya. *.dll file byk yg corrupt. tah nape tah, repair pun x menjadi. restore pun out. geramnye pasal, format la apa lg n now dok install files. bule lah pelan2. cam hampeh pun ada rasa. dah la install windows 7, server plak 2003. x berapa nak matching. dah kena manual configure. haduiiiii... sakit je ati.

bila dipikirkan balik kan, dalam hidup kita ni pun, byk yg corrupt dah system. cara kita berpikir, cara kita react, cara kita bawa diri, cara kita berbicara, cara kita menangani masalah dan sebagainya. ianya akan membawa kepada sistem badan dan minda kita akan lumpuh pada sesuatu ketika. kena restructure balik hidup. cam wakeup call gitu. sebabnya, nak install senang, nak repair, troubleshoot tu yg payah sebab dah berserabut, dah bersawang, dah berselirat, tu belum dikira dengan system badan yg dah diupdate, di uninstall, di delete, mahupun di install ngan software baru dalam diri kita.

kita jarang wat backup diri kita. sebab selalunya kita bz. bila dihisab diri, byk yg garbage yg pada kita tu penting. yg important n urgent selalunya kita wat sambil lewa. tu yg jd sayu tuh. masa 24 yg di peruntukkan tidak di maksimumkan penggunaannya. byk yg kita lupa, byk yg kita buat x endah, byk yg kita tolak tepi. selalunya kita kejar kepada keseronokan diri, apa yg kita nak pada jam tu, jarang kita gunakan utk kegunaan akan datang. kekadang malas pikir atau pikir tiada kesudahan atau ahhh lantak lah, janji hepi atau kita choose to ignore.

sebenarnya... apa yg kita nak dalam hidup?


kenapa kita x kejar yg tu?

susah nak jawab..... setiap orang ada pandangan sendiri.... "tepuk dada tanya selera"....

Thursday, September 16, 2010

Safely landed

Just got back from my hometown dlm kul 8:00 td. Lepas ngangkat barang2, kemas2, mandikan bebudak, lepak2, makan2 rasa lega jap.

Now kul 10:20, baru abis balas email kengkawan, sms, ym, bbm, fb and baca blog kengkawan. Seronok tau perkembangan kengkawan. Ada baru dpt baby, ada yg ayah kat spital accident, ada yg masih kat pulau perhentian holiday, ada yg dh koje, ada yg kena standby, ada yg masih on leave, ada yg join the techno freak clan memaximize penggunaan teknologi dihujung jari.

Mandi? Lum lagi.
Gosok baju koje? X lg.

Pakai je la apa2 yg nampak x menjolok mata esok hahaha....

Penat tp x ngantuk... Haduiiii....

Layan Mr. Bean Holiday... Hopefully ngantuk hehehe....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Logik pun bule jd x logik

Now otw ke KL. Dh smpi Ipoh. Rest umah akak jap. Anto buah dokong. Ngah dh siap masak. Apo laie makan je la hehe

Terkenang perangai anak2 sy time raya. Sentiasa hilang dari pandangan. Bila lapar tau plak balik umah hehe. Jenis kejap ada kejap xde. Bila balik cam itik jln pulang petang. Lenggang kangkung. Bila tanya, jwpan xpenah complete hehe.

Bila kat kg deme ni cam merdeka. Merayap ikut sedap tekak. Cam xde sape halang. Atuk n nenek pun backup. Tu makin ngada. Walaupun berbuih mulut pesan, nak gi memana ckp. Pegi ngan sapa. Kua jgn lama. Berjenis2 lg pesan tp selamba je langgar.

Mula terpikir mana tanggung jwb sebagai anak kan. Pastu kita akan pot pet pot pet marah cite pasal tanggung jwb, etika, bla bla cam popcorn tanpa dengung, idram, baris atau sabdu. Bebudak akan tunduk je tp dok tau la paham ke x hehehe.

Terbayang perangai sy. Klu nak gi memana bukan nak ckp pun kat wife ke, klu dulu kat arwah mak or ayah. Just kata nak kua, balik lewat. Bukan pikir pun apa mereka rasa. Camno nak ceramah kat anak2 klu kita sendiri x ikut kan.

"Kepimpinan melalui teladan" "Jgn jd seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul" "Bapa borek anak rintik" "Jika bapa kencing berdiri anak akan kencing berlari" "Like father like son"

Tu sume pepatah menceritakan perihal sikap kita. Ada sikap kita buat xpe, anak xleh ikut. Mana tanggung jwb kita. Kita ngan mak ayah, kita ngan suami, kita ngan isteri, kita ngan anak2. Kita pun bukan ada explain kemana kita nak gi, ngan sape kita gi, berapa lama kita gi, apa tujuan kita gi. Padahal tanggung jwb dan kommitment kita lg tinggi. Ada ketika melibatkan dosa pahala. Kita pun amik mudah. Camno nak anak ikut kan kan kan.

Klu HYMM "5S bermula dari sy" klu diri? Tu kekadang sy diam je. X berani nak tego anak2. Let wife do the talking. Sy pun byk x betul. Sikit2 lah betulkan diri.

Jap lagi nak gerak... Now rest la dulu baru lepas mkn... Ahhhh bukak butang seluar hahaha......

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 15, 2010

Catatan hari ini

Harini maybe last day kat kg. Esok dh balik kl. Lusa keje. Sekejap je cuti. Dh nama keje ngan org. Kena ikut lah. Arini pun dh monteng. Kena cari MC la jwbnya. Biarlah.
Malas nak pikir.

Pg ni jp lg nak balik umah kak sy. Ingat nak panjat pokok dokong ngan rambutan. Katanya ada yg masak. Tu pun klu rajin. Klu x, anak sedara sy lah.

Terasa rindu ngan kengkawan. Dekat seminggu x jumpa. Rindu ngan kedai manis. Rindu ngan ikan bakar. Rindu nasi ayam pak mal. Rindu dia. Majuk ngan dia. Rindu serindu rindunya hahaha..... Cam lagu plak... Nnti jumaat kita bergumbira kui kui kui. HYMM? PM hahahaha

Tgk anak2 bergumbira, gelak ketawa, gaduh2 berebut mainan, main bunga api... Ilang resah didada. Now wife gi Pasir Mas beli brg2 naik motor. Klu ngan kete mau jem ya amat.

Taun ni tv sume cite hantu. Tah apa2 tajuk. Susuk. Momok. Ablasa. Congkak. Jgn pandang belakang bla bla. Dari takut hingga gelak ketawa. Ngarut. Ni tahun hantu kot. Time raya tayang cite gitu. X paham. Sensitiviti dh ilang. Komersial lg penting.

Entahlah....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 14, 2010

Cerita ceriti

Susah senang hidup mmg kena lalui sendiri. Makin berusia manusia makin banyak rasa yg menghimpit jiwa. Susah senang, gembira duka, terhimpit, tersepit, tersadung dan sewaktu dgnnya.

Ada ketika dpt diselesaikan, ada ketika terpaksa menjeruk rasa. Tu dh adat. Bukan selalu berpihak kepada yg meminta. Cuma kena mempelajari dan kehadapan.

Hanya doa dan harapan mengiringi.....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cerita pagi ini

Pagi ni bermula mcm biasa. Suasana masih senyap. Bebudak masih landing tido. Me n my partner masih senyap. Me baru lepas siram kete (ADP666) ngan air solat hajat, minta dijauhkan segala mara bahaya.

Hari ni nak mengantar menantu kat Peringat, KB dlm 12:30 berkumpul di stesyen minyak shell Pasir Mas. Harap2 x jem. Tahlah. Tp org dh start berniaga dan membeli belah nak balik KL. Hopefully traffic smooth.

Bila berperangsangka n tiada keyakinan, meragam lah. Mmg kasih syg sedang diuji, mmg ada terkeluar dari landasan atau norma ttpi pengalaman sepatutnya mematangkan pemikiran. Jgn cepat membuat kesimpulan.

Berbicaralah.....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone