Facebook. Satu nama yang tidak asing lagi sekarang. Dimana-mana orang bercerita. Yang kecil, yang besar, yang muda, yang tua semua bercerita tentangnya. Seiring dengan perkembangan teknologi, dengan adanya blackberry, iphone, broadband, membuatkan facebook is within reached.
Saya pun ada. Saya akui, sekali saya log in dalam Facebook, saya akan cuba sebanyak mungkin untuk pergi ke page kawan-kawan saya di dalamnya at least walaupun lama tak bertemu, dapatlah 'update' perkembangan mereka, jadi takdelah macam ketinggalan bas je sampai TAK TAHU yang si polan tu dah beranak, si polan tu dah kerja tempat baru dan sebagainya.
Sepanjang berFacebook ini, ada perkara yang saya suka dan sedih sebenarnya. Yang membuatkan saya gembira bila dapat tahu kawan-kawan yang dah berjaya dalam karier atau kehidupan mereka. Kalau dulu kat sekolah dialah yang paling bengap ya amat, sekarang ni rupa-rupanya dah pun jadi tokoh korporat berjaya.
Tak kurang juga kat sekolah dulu dialah awek paling 'selebet', sekarang ni dah macam Rozita Che Wan, Maya Karin, Wardina. Geram tengok hahaha.
Yang membuatkan saya sedih bila dalam Facebook jugalah saya dapat tahu yang rakan ni rupanya dah bercerai, rakan ni sakit dan ada rakan ni rupanya dah meninggal dunia. Tu belum lagi cerita-cerita yang tak sedap didengar.
Kekadang rasa biar takde Facebook pun takpe, tak sanggup rasanya bila benda-benda sampai di telinga tetapi itulah yang dikatakan teknologi, tak bolehlah ketinggalan sangat kan.
Entah apa pula yang akan muncul di masa akan datang, cuma kekadang teringin sangat nak hidup tanpa handphone, Facebook dan emel, entah apa rasanya kan.
Sent via BlackBerry Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment