IP

Saturday, July 31, 2010

Memoir hari Jumaat

Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat boleh jadi permulaan dan juga pengakhiran. Semalam beberapa perkara berlaku yang memberi pengakhiran kepada kisah yang bermula.

Server PDC kami telah meragam beberapa hari. Semalam ianya menunjukkan taringnya. Selepas didiagnose, backplane KO tu sebab power xleh nak on. Harddisk pun sama. Dia berhenti memberi khidmat. Nasib sy membuat RAID, ttpi still 1 HD kena ganti. Now windows plak corrupt. Xleh masuk windows lepas login. Hadui. Petang ni kena buat recovery. Syahdu...

Semalam juga saya berhenti mengharap utk berpindah kerje dan permohonan refinancing saya. Cukup lah. Lama dah menunggu. Tiada jawapan. saya menerima takdir. Bukan rezeki saya. Xpe lah. Mungkin ada rezeki dilain hari.

Hari jumaat juga adalah hari pengakhiran utk sebuah persahabatan yang tercipta setelah sekian lama. Memang banyak kenangan antara kami. Secara keseluruhan banyak yg saya pelajari. Banyak belajar tentang hidup, bantu membantu, bertolak ansur, belajar apa itu berpasangan, kasih syg. Byk untuk ditulis. Semuanya indah utk dikenang.

Saya cuba memberi dorongan kepada diri sendiri bahawa berakhirnya sesebuah persahabatan itu bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan. Baru saya sedar dan faham bahawa setiap persahabatan juga ada Tarikh Luputnya. Expired date persahabatan saya telah pun bermula.

Saya nak gunakan kesempatan yang ada dalam blog ni untuk ucap terima kasih, minta maaf & semoga kita sama-sama berjaya dan dapat capai matlamat hidup kita.

Sent via BlackBerry Smartphone

No comments:

Post a Comment