IP

Saturday, July 17, 2010

Sekadar renungan

Saya yakin banyak yang mengalami situasi ini. Patah hati. Perkara yang sering dilakukan sebagai pengubat adalah melupakan mantan kekasih kita. Tetapi pada saya ianya sesuatu yang amat sukar.

Kekadang ia datang tanpa salam. Menjadikan kita sangat penasaran. Membuatkan seluruh sistem badan bagai terhenti. Menjadikan kita kacau bilau. Minda dan hati tidak dapat merasionalisasi. Membuatkan kita terpaksa melakukan sesuatu yang drastik untuk melupakan senario itu.

Kenapa ia masih datang mengetuk pintu hati?

Saya tiada jawapan untuk itu. Saya pun kekadang sama saja. Hahaha.

Setiap saya berusaha melupakannya, maka semakin itu pula saya semakin ingat dia, ingat senyumnya, ingat renungan matanya, dan ingat bicaranya. Kekadang saya juga mengharapkan ada keajaiban untuk saya melupakannya.

Tetapi kenapa hati masih tidak dapat menerima takdir ini?

Kenapa diri masih merindui dan mengingati orang itu?

Kenapa susah untuk melupakannya?

...arrgghhhh!!..

PERGILAH WAHAI KENANGAN!!!!!

AKU MAHU KETENANGAN!!!!

Sent via BlackBerry Smartphone

1 comment: