Ya..tidak dapat dinafikan, pemilihan sahabat amat penting kerana sahabat boleh mempengaruhi kita, boleh memusnahkan kita dan boleh juga membuatkan kita terkeliru dengan matlamat kehidupan sebenar. Justeru, pilihlah sahabat yang boleh membawa kita mencintai dan mendekatkan diri kepada sang pencipta.
Persahabatan yang terjalin sewajarnya dapat membantu menjadi pembakar semangat dalam mengejar cita-cita, pendorong kepada azam yang kita bina dan saling bertolongan dan bekerjasama sewaktu susah dan senang.
Sahabat sewajanya mampu menjadi cermin diri untuk menyedarkan kita daripada berterusan melakukan kesilapan dan kesalahan, menyedarkan kita erti ukhwah yang dihulurkan serta mengingatkan kita tujuan kita mengenalinya.
Harapan kita, saya dan anda agar kita tergolong dalam kalangan orang yang dinaungi dan dirahmati olehNYA.
Alhamdulillah..sebuah persahabatan yang dihulurkan dengan ikhlas, beramuankan kasih sayang dan ukhuwwah fillah amat saya hargai. Sahabat sekalian, jasamu dikenang, budimu disanjung, keluhuranmu berkekalan dalam ingatan dan tunjuk ajar serta nasihatmu, InsyaAllah tersemat di sanubariku.
Terima kasih sahabat...
Sent via BlackBerry Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment