Tengah syok tgk katun Ultraman Cosmos, sy dpt sms yg intipati bercerita tentang kisah lalu. Tetiba satu perasaan dtg dlm diri. Tentang hati dan perasaan. Satu kisah dan cerita.....
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat hati pernah terpaut. Mengingati kekasih lama bukan suatu perkara yg tidak normal. Jangan sesekali cuba melupakan kekasih lama, semakin kita cuba melupakan, semakin kita akan teringat. Biar sahaja ingatan itu berlegar dlm kepala kita.
Jadikan ia sebagai satu lipatan sejarah kisah cinta kita yang lalu. Menjadi panduan utk kita menjadi insan yg lebih baik sebelum perpisahan berlaku. Tiada siapa inginkan perpisahan, tetapi kita kena akur dgn ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah disebalik perpisahan yang menguris hati.
Sama ada kita yg memutuskan atau kita yg diputuskan, pasti ingatan terhadap bekas kekasih lama pasti akan timbul sekali sekala. Perasan sedih atau kekesalan yang timbul biarkan ianya berlalu.
Teringat kata-kata ini,
Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping,
Setelah kau pergi,
Tinggalkan kasih sayang, yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada, sayang itu
Still I have, in my eyes
Still I have forever
Still love her, in my mind
Still love her forever
Sent via BlackBerry Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
si vous pensez vous vous ennuyez de moi, je vous ennuyez de toi aussi
ReplyDelete