IP

Saturday, July 24, 2010

Anak-anak...

Sebuah coretan dan renungan...

Bila tgk anak2 sy, dh besar dh mereka. 2 dh sekolah, 1 tadika, 1 dh pandai berkata2 n 1 otw. Bulan 10 ni jangkanya. Cepat sungguh. Rasa baru je dia org lahir. Serasa byk masa sy terlepas melihat mereka membesar.

Setiap hari, mereka dh makin kurang masa dgn sy. Siang hari mereka ke sekolah atau taska, mlm, mereka sibuk buat h/work atau tgk tv dan lepas tu tido.begitulah rutin harian. Hari minggu je lah kalau ada pun.

Pada sy, wkdays dh sibuk ngan keje. 8 smpi 5:30 dh kat opis. Kekadang smpai 9 10 mlm bila khidmat diperlukan. Smalam smpai kul 11. Balik dh penat atau balik anak2 dh tido. Bila masa nak lyn kerenah mereka. Bila masa nak tgk h/work mereka. Bila masa nak tgk tv ngan mereka. Bila masa nak bertanya khabar kehidupan mereka.

Wkends dh sibuk ngan rutin hari minggu. Kemas umah, beli brg dapur, basuh baju n kasut, nak masa utk diri sendiri. Masa utk suami / isteri, memasak dll. Tu belum kira kalau khidmat di tempat kerja diperlukan. Kekadang nak gak kua ngan kengkawan. Belum kira kalau ada sedara dtg umah, ada wedding, ada function kena attend etc etc.

Bila masa utk mereka? Bila masa nak penuhkan hak2 mereka sebagai anak2? Mana tanggungjawab kita sebagai ibubapa mendidik mereka?

Bila mereka tidak cemerlang dlm exam, kita kecewa, ada yg marah, ada yg salahkan cikgu dan sekolah etc etc. Tetapi kita x terpikir, adakah kita bersama mereka setiap hari? Mengulangkaji pelajaran mereka bersama? Melihat mereka membesar? Menegur salah dan silap mereka? Menjadi rakan mereka? Mereka mungkin x paham kehidupan kita, tetapi adakah kita cuba utk memahami mereka?

Bagi yg ada maid, mereka seperti melepaskan tanggungjawab mereka kepada maid. Dah la setiap hari paling lama mereka bersama kita pun max 1 - 2 jam. Cukup kah? Jadi, maid lah menjadi ibu mereka. Day in day out. Sehinggakan ada anak2 kwn2 sy yg pandai ckp indon. Meraung bila maid balik bercuti or for good. As if ibu mereka meninggalkan mereka. Maid lah tempat mereka melepaskan perasaan mereka. Suka duka mereka, pahit manis mereka. Sehinggakan ada anak2 kwn2 sy yg x kisah x borak ngan mak ayah tetapi x boleh hidup tanpa maid.

Sayu bila tgk anak2 sy dh kurang mesra ngan sy. Lebih rapat ngan ibunya. Cam disconnected. Tapi sy kena terima itu sebab dh itu yg berlaku. Kena beli jiwa mereka balik. Mereka ada perasaan. Mereka pun ada hak.....

To be continued....

Sent via BlackBerry Smartphone

No comments:

Post a Comment