Tadi ketika sedang asyik melihat NCIS:LA, mesej terakhir diterima dari seorang rakan “I don’t agree with friends come and go. They COME when you use your heart, they GO when you use your Ego”.
Pendek kalimat yang digunakan. Akan tetapi amat mengganggu nurani saya dan mengakibatkan minda saya berputar untuk menganalisa kenapa dan mengapa.
Kenapa perkataan itu digunakan dipengakhiran kata? Memang semua yang ada tidak kekal. Yang hidup pasti akan mati. Yang muda pasti akan tua. Yang berkerja akan berpindah kerja. Semuanya akan berubah. Kawan – kawan pun silih berganti, dari zaman tadika sehingga ke zaman bekerja.
Segala hal sudah pasti berubah dalam kehidupan kita ini.
Pada satu ketika akan ada teman yang datang, merasai kesesuaian dan berharap semoga hubungan akan berlanjutan, menghabiskan masa bersama, tertawa dan bahkan menangis bersama, melakukan segala aktiviti bersama tanpa menyedari akan sampai ke kemuncaknya. Perjalanan yang paling mulus pun pasti memiliki kelemahan. Ketika kelemahan itu hadir dalam perhubungan menyebabkan pertembungan berlaku.
Ketika itu apa yang harus dilakukan?
Apakah kita akan bertindak mengikut kata hati atau bertindak mengikut Ego kita?
Apa yang ditulis oleh kawan saya, itu hak nya. Tetapi pada saya ada ketikanya teman datang dan pergi. Ada ketika kita menyukai teman itu pergi, ada ketika terpaksa, ada ketika merelakan, ada ketika pasrah. Akan tetapi ada teman yang setia sepanjang kita mengenalinya. Walaupun berbagai dugaan melanda, dia masih disitu. Tetap utuh mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Namun saya sangat setuju dengan kalimat keduanya. Ego memainkan peranan cukup berkesan dalam menghancurkan sebuah persahabatan. Ia menyebabkan yang senang menjadi susah, yang lurus menjadi bengkok, yang tegang tersimpul mati. Ego akan menyebabkan berlakunya penyesalan dikemudian hari. Samaada dizahirkan secara lahiriah atau batiniah. Sebuah peribahasa lama “Bila terantuk baru terngadah”. Selalunya begitulah.
Yang mana satu pilihan kita ?
No comments:
Post a Comment