IP

Monday, July 5, 2010

Berdaya saing...

Apabila kita didalam perhubungan, selalu kita lupa untuk meningkatkan tahap diri kita. Kita perlu evolve untuk memantapkan lagi apa yang ada. Ayat senang supaya pasangan kita senang hati hehe.

Dari segi pengetahuan, setiap pasangan perlu mendalami ilmu. Kena jadi people with brain. Baru syok borak. Boleh borak apa saja whatever under the sky. sampai satu ketika, rasa sayang, cinta, rindu bukan dah hilang, tetapi sebagai kawan lebih menonjol kerana ianya lebih kepada pertukaran dan percambahan minda. Jangan jadi bimbo atau dol.

Dari segi rupa paras, ni pompuan selalu tergugat. Memang lelaki suka kepada kecantikan. Nak jenis maya karin, vanida imran, wardina. Pompuan akan meroyan untuk maintain diri. Banyak lah cara dibuat semata-mata untuk nampak cantik dimata lelaki. Lelaki pun sama. Walaupun bulat tu satu bentuk tetapi jangan sampai jadi bob ku2. Tu dah terlebih bulat hehe. Apa pun, yang penting kesihatan.

Dari segi penjagaan diri, bab ni pompuan memang cukup terrer. Tak cukup cat muka, wangian yang memeningkan sehingga kepada cara berpakaian yang memusykilkan. Akan tetapi ada juga yang jenis tak mandi pagi, bau.. Masyallah dan pakai yang sama dua tiga kali dan rupa elok sikit dari pontianak hehe. Lelaki pun apa kurangnya sekarang. Metroseksual. Mengalahkan pompuan. Akan tetapi kesederhanaan and kebersihan tu penting. Jangan over atau under.

Apa pun kita kena ukur baju dibadan sendiri. Kena nilai diri. Buat gap analysis. Dimana kita sekarang. Ada ketika kena terima kemampuan dan kebolehan diri. Proses memajukan diri kena seiring dengan kesungguhan dan keupayaan yang ada.

Ada ketika kena sedar yang enggang layak terbang dengan enggang. Pipit kena terima hakikat. Jangan menongkah arus. Memang ada enggang dengan pipit bersama, akan tetapi sekufu tu lebih afdal. Hajat walaupun menggunung tinggi, kena terima hakikat bahawa kita dicipta untuk golongan itu sahaja.

Proses penambahbaikan (kaisen) perlu ada. Itu dituntut. Kehidupan akan lebih ceria, lebih berwarna, lebih happening.

Ok doc dah panggil. Nak jumpe pasal penyakit saya and amik ubat.

Till then...

Sent via BlackBerry Smartphone

1 comment:

  1. nowadays there's a lot of genetically modified "animals".... the pipit maybe an enggang perhaps? or vice versa? haha

    ReplyDelete