IP

Tuesday, May 4, 2010

Tahniah...

Tahniah kerana berjaya mengubahsuai blog template kepunyaan orang. Manusia memang pandai mengubahsuai dari mencipta. Dari kereta ke rumah ke motor ke bentuk badan etc....

Saya berjaya mengubah blog dari yang standard kepada yang menyerupai Blackberry. Sungguh seronok dan asyik mengubahsuai sehinggakan masa berlalu dengan pantas. Secara tidak sedar sudah beberapa jam didepan Notebook mengubahsuai html script menjadi seperti sekarang walaupun hati masih tidak puas.

Bercakap berkenaan pengubahsuaian, sedar atau tidak, perubahan begini banyak berlaku kepada manusia. Samada kawan, teman, kekasih, isteri atau suami, anak-anak yang mana kadang-kadang tidak sempat untuk mengikuti dan memahami.

Perubahan sebegini memerlukan pemahaman, penerimaan dan pengadaptasian. Bukan sesuatu yang senang akan tetapi jikalau diberi masa, penerangan dan tunjukajar, insyallah perubahan paradigma akan berlaku secara berhemah tanpa memberi impak yg besar.

Mengapa perubahan ini berlaku?

1. Adakah perubahan fizikal mereka seakan-akan memberi statement bahawa mereka bukan seperti dulu?
2. Adakah mereka masih sudi menerima saya?


Apakak impaknya?

It hurts me so much that people can change so drastically.
Saya tahu, saya tak perfect.
Saya tahu, saya juga banyak dah berubah.
Saya tahu, mereka juga tak perfect.
Mungkin hati mereka, sifat mereka masih sama, saya yakin...


Kata-kata pendorong... Mungkin...
Semua ni pernah berlaku kan ...
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat...
susah nak cari seseorang yang memahami...
walau macam mana pun si dia lakukan...
kita still setia kan ...
walhal, mungkin ada ramai lagi yg leh ganti...
itulah maknanya "SAYANG"...
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan ....
nak wat camne....
redha je la.... walau pun terluka...
hurmmmmm...

No comments:

Post a Comment