IP

Saturday, May 29, 2010

Loneliness... part 2


Akhirnya ku temui sinar ....

ku yakini janji Ilahi, ku sabar menanti hari berganti hari, bulan-bulan ku biar berlalu, tahun terus berlari tanpa ku sedari, ku temui sinar di lorong sunyi aku berlari menghampiri, tetapi ia bukan mentari yang ku cari rupanya hanya sinar sang pelangi, namun ku syukuri nikmat kurnian Ilahi, yang pasti bukan miliku abadi. "Ya Allah, jangan biarkan daku mencintai kurniaan mu, melebihi rasa cinta & kasih ku pada Mu"

Akhirnya ku temui sinar yang menerangi umpama datangnya bidadari. Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci. Hadirnya bagaikan ada rahsia yang tersendiri. Aku biarkan arah mengelirukan diri. Aku biarkan diriku meremang kebumi. Aku tersesat bagaikan tiada bererti. Aku terdampar, hanya doa menemani. Kabus yang berlari ku tinggalkan begitu kerana aku tidak akan bertingkah seperti dulu. Tika disepi malam hanya bertemankan bintang, hati ku merayu pada Mu tuhan yang satu moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui Mu. Ku hanya mampu berserah pada Mu tuhanku... Hanya pada NAMA, hanya satu PINTA ku. Hanya pada KASIH kan ku serahkan JIWA ku. Hanya pada CINTA, hanya itu JANJI ku. Hanya pada SATU aku IMANkan JIWAku. Aku merayu pada Mu yang SATU moga ditempatkanku bersama CAHAYA seperti mereka yang setia dengan Mu

Amin....

(Copy-paste-ammend)

Sent via BlackBerry Smartphone

Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment