Apa jua perkara yang kita lakukan, pasti dimulai dengan niat. Niat itu adalah doa dan setiap perbuatan itu hendaklah disertai niat . Niat atau doa ini sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengubah cara hidup kita. Kuasa tersebut adalah getaran-getaran aliran tenaga positif yang akan merangsang minda bawah sedar kita dan secara tidak langsung mengubah bio-kimia tubuh untuk melakukan sesuatu.
Apabila seseorang itu berniat, bermakna ia telah memberikan arahan kepada minda dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. Kuasa fokus hadir, dengan adanya kuasa niat. Daya tahan juga wujud dengan adanya niat. Ketabahan dan kesabaran juga datang kerana adanya niat. Niat memainkan peranan yg besar dalam hidup kita secara sedar atau tidak.
Akan tetapi ada ketikanya niat tidak menghalalkan cara. Seperti Robin Hood merompak orang kaya untuk diberikan kepada yang miskin. Walaupun niatnya bagus tetapi caranya mencuri. Mencuri adalah salah. Sama juga dalam kehidupan kita. Adakala kita lakukan sesuatu perkara dengan alasan untuk kebaikan bersama.
Ada juga rancangan yang dilakukan akan menyebabkan ada pihak yang terguris rasa. Walaupun niatnya baik iaitu untuk kebaikan bersama akan tetapi cara yang digunakan mungkin tidak dapat diterima oleh pihak yang lain. Tambahan pula jikalau tindakan yang dilakukan seperti melepaskan batuk ditangga atau emosi menguasai akal atau aksi melebihi pemikiran atau terdapat tekanan yang menyebabkan berlakunya tindakan yang boleh di ragui kesahihan.
Walaubagaimanapun, pihak yang terguris perasaan kena hadapi dengan sabar. Kena terima secara zahirnya walaupun batin merana. Bukan senang untuk menghadapi, menerima dan memandang kehadapan. Masa akan mengubati. Sokongan diperlukan untuk bangkit semula.
Jauh disudut hati, perasaan rindu, sayang, kasih masih menghantui. Seperti kasih pungguk kepada bulan, kasih uda kepada dara, kasih Mohamad kepada Khatijahnya.
Seperti .....
rasa itu masih setia
terperosok jauh dalam jiwa
alam bawah sedar
sengaja dinafikan kewujudan
apa lagi diangkat menjadi tuan
biarkan rasa itu kekal di situ
tak mekar dibaja sayang
tak mati disimbah benci
dipetik payah dipandang indah.
No comments:
Post a Comment