Kegagalan demi kegagalan yang aku alami saat membangunkan impianku. Namun ianya tidak mematahkan semangatku walaupun aku rasakan banyak rintangan dan dugaan dalam hidupku. Keadaan memaksaku menjadi orang terjerumus dalam lingkunganku dan kerana keadaanku.
Aku sedar bahawa hidup tidak selalu mudah. Hidup tidak selalu menjanjikan kegembiraan. Kadang kala hidup sangat kejam. Apa yang terjadi tidak selalu sesuai dengan harapan. Dalam hidup, ada ketikanya aku merasa lelah, kehilangan harapan bahkan menyerah. Perjalanan hidupku menunjukkan kepada aku bahawa untuk meraih impian kita harus berani mencuba dan terus mencuba. Yakin dengan apa yang dilakukan. Pantang menyerah. Bersabar dan terus berusaha.
Merasakan pahitnya hidup adalah kehidupan sebenarnya, suatu kebanggaan apabila diawali dengan perih pahit dan kemiskinan agar kita mahu berusaha menjadi orang yang berjaya. Aku ingin membalikkan segalanya menjadi suatu keberhasilan dan kejayaan.
Seperti kata Jamal Abdillah didalam lagunya…
Perjalanan Ku
Dalam perjalananku masih mencari
Warna indah kehidupan
Yang kini semakin hilang serinya
Ditelan suara kepura-puraan
Di dalam meniti pencarian ini
Tidak juga ku temui
Sinar kedamaian yang di cari-cari
Yang tinggal hanyalah wajah kehampaan
Di mana letaknya nilai kejujuran
Untuk ku jadikan arah hidup
Mungkin ini hanya menguji ketabahan
Sebelum ku temui erti kebahagiaan
Akan ku pegangkan keyakinan hati
Meneruskan perjalanan
Dengan hati-hati keberanian
Semoga hidupku tak kecundang lagi
No comments:
Post a Comment