IP

Wednesday, May 26, 2010

Saya minta maaf

Minta maaf. Dua perkataan yang ringkas tetapi sukar dilafazkan oleh kebanyakan orang. Malah bagi kanak-kanak atau remaja, tindakan meminta maaf mungkin tidak wujud dalam kamus hidup jika tidak 'diperkenalkan' terlebih dahulu oleh ibu bapa. Tetapi, apakah keperluan tindakan meminta maaf sememangnya perlu diterapkan dalam diri?

Kita semua melakukan kesalahan. Ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi, kesalahan atau kesilapan kecil yang kita buat mungkin memberi impak berlanjutan kepada orang lain jika tidak disusuli dengan maaf. Ia mendidik kita daripada mempunyai sifat ego yang keterlaluan. Apabila meminta maaf, bahasa tubuh dan renungan mata juga penting dan boleh berkata-kata. Kata maaf yang disertakan dengan renungan mata menunjukkan rasa kesal si pengucap.


Warkah buat teman….

Teman,

Saya minta maaf. Saya sudah banyak buat dosa dan salah terhadap awak. Selama ini, saya buta. Saya tak pernah nampak segala pengorbanan yang dah awak buat untuk saya. Awak layan dengan penuh kasih sayang yang tidak pernah kurang walau sedikit pun. Disebabkan kebutaan hati ini, Saya tak menilai semua itu.

Teman,

Saya minta ampun sebab saya tuli selama ini. Sepanjang hidup ini, sudah banyak yang awak tegur dan beri nasihat. Tapi, saya tak pernah endahkan semua itu. Padahal, teguran yang awak bagi itu untuk saya amalkan, tetapi saya hindarkan. Nasihat-nasihat yang awak berikan saya anggap hanyalah sebuah bebelan yang membingitkan telinga. Tapi, sebenarnya, awak tak pernah macam itu pun dekat saya dulu. Awak setia mendengar rengekkan saya. Awak layan setiap kerenah saya. Apa yang saya minta, awak penuhi. Malah, awak tak simpan rasa kecil hati dekat saya, walaupun hati awak saya toreh-toreh. Saya tak pernah jumpa orang yang seikhlas awak.

Teman,

Tak ada tempat yang buat saya rasa selesa selain daripada berada di sisi awak. Awak, Saya minta maaf kalau kata-kata saya selama ini ada yang kasar dan mengguris hati. Saya mohon ampun kalau segala perbuatan saya selama ini menyakitkan pandangan mata awak, yang boleh buat awak terasa hati, saya betul-betul minta maaf. Ketahuilah, sekarang ini tak perkataan yang lebih bermakna selain daripada, ‘awak maafkan Saya‘.

No comments:

Post a Comment