IP

Monday, May 3, 2010

Kerenah manusia


Hari baru bulan baru. Sepatutnya hari yang menggembirakan kerana selepas bercuti 2 hari. Minda dan jiwa terasa tenang. Namun apa yang berlaku sebaliknya.

Pepagi lagi telah disergah kononnya tidak mengambil berat terhadap apa yang berlaku. Tidak berlaku adil terhadap organisasainya. Tidak memikirkan kepentingan dan kesegeraan terhadap tarikh dan waktu.

Ahhh persetankan semua itu. Apakah boleh berpikiran sedemikian? Apakah boleh melupakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi?

Kini banyak yang ku pelajari susah senang kehidupan. Bukan mudah untuk menuju kehadapan. Banyak elemen yang akan menarik kebelakang. Hanya kecekalan diri yang mampu membuatku bertahan. Jikalau dibiarkan, ianya membawa kepada kemudaratan, kehancuran dan kemusnahan.

Teringat lagu Aishah yg pagi tadi diputarkan di Sinar.fm

Aishah - Kemaafan Dendam Yang Terindah

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

( korus 1 )
Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

( korus 2 )
Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

( ulang korus 1, 2 )
Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah...

1 comment:

  1. Perhaps the person is truly sorry for crushing your love for her.....
    Perhaps she didn't understand how much she was hurting you.....
    Perhaps she still misses and wished that you can forgive her....
    Perhaps?

    ReplyDelete