IP

Wednesday, May 5, 2010

Pesanan Buat Kita

Surah Al-‘Asr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

................................

Raihan : Pesanan Buat Kita

Wahai manusia janganlah kau lupa
Kita ini adalah hamba pada-Nya
Kita dijadikan untuk membuat kebaikan
Bukannya untuk membuat kemungkaran

Wahai manusia kitalah hamba-Nya
Kita harus sabar mentaati-Nya
Kita harus sabar meninggalkan larangan-Nya

Dalam mengejar cita-cita mu
Janganlah kau cuba mengambil jalan yg mudah
Janganlah berdusta mengambil hak orang lain
Yang bukan dari milik mu

Dalam persahabatan mu janganlah mengkhianati
Sahabatmu yang sejati
Dalam perjanjianmu janganlah berjanji
Jika tidak menepatinya

Hitam putih susah senang kehidupan
Perlu ditempuhi dengan tenang
Semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat
Tuhan jadikan untuk mendidik kita
Carilah keredhaan-Nya

...............................

Hanya ingin berkongsi, Suatu ketika dahulu, saya penah mendengar ustaz ada berkata bahawa semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit. Beliau cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’. Betul juga, fikir saya. Kemudian, beliau cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati, Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

Ketiga, kuat fizikal, Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

No comments:

Post a Comment