Perlukah kita mementingkan diri sendiri? Persoalan ini kemungkinan besar dihadapi oleh semua manusia. Bila kita perlu mementingkan diri? Seingat saya, semasa ditemuduga ketika memohon kerja, saya selalu mengatakan "Jika diterima masuk ke syarikat ini, saya akan menerimanya dan saya akan buat yang terbaik”. Ketika itu penemuduga mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan saya berbanding dengan calon-calon lain. Jika mereka menerima saya mungkin ada orang lain yang terpaksa di tolak permohonannya. Adakah saya bersikap mementingkan diri ketika itu?
Kadang-kadang, kita memotong barisan kereta yang beratur panjang menunggu di trafik light, lantaran kita mahu cepat. Sedangkan, sebenarnya kita telah menyusahkan berpuluh-puluh kereta yang sedang sabar menunggu giliran. Kita fikir, “alah, kereta aku je… bukan beri kesan mana pun...” tapi, kalau 50 orang berfikiran yang sama, tidakkah sangat-sangat sudah menyusahkan kereta-kereta lain yang sudah pun beratur panjang yang mungkin juga mahu cepat?
Kadang-kadang, kita fikir, kita mahu cepat, jadi kita parking di mana-mana sahaja yang mem’block’ kereta orang. mungkin kita fikir, “alah, sekejap aje. nanti aku alih lah kereta tu…” mungkin dalam 5-10 minit tu kereta yang kita ‘block’ tu ada kecemasan yang tak boleh di tunggu barang seminit dua pun? bukan kah sangat-sangat menyusahkan?
No comments:
Post a Comment